Showing posts with label Musafir - 609. Show all posts
Showing posts with label Musafir - 609. Show all posts

Sunday, February 21, 2010

Balik Kampung - Pergi dan balik ke Kluang - Kemalangan - 11

Salam semua.

Entri ini saya sendiri pun keliru hendak kata balik saya memang tinggal di Shah Alam, hendak dikatakan pergi saya memang sejak 25.12.2
010 telah mulai tinggal di Kluang, walaupun buat sementara waktu tetapi telah masuk dalam istilah bermukim dan kali ini masih pergi atau balik ke Kluang untuk tinggal di sana buat beberapa purnama lagi agaknya, sementara anak mendapat kelulusan bertukar ke Bangi atau Putrajaya.

Cadangan awal hendak bertolak ke Kluang pada pagi ini tetapi bertukar fikiran pula kerana pada pagi ini hendak ke Pasar Tani Shah Alam terleb
ih dahulu untuk membeli ikan segar dan berbagai barangan lagi di sana.Bertolak ke Pasar Tani jam 7.30 pagi dan kembali ke rumah jam 9.00 pagi, kemudian bersantai sambil menyiapkan mauduk ini untuk separuh jalan dan melayani ahli keluarga, jiran dan anak cucu.Insya Allah akan bertolak jam 3.00 petang nanti.

Biasalah, saya kalau ke Pasar Tani akan singgah berbual-bual dengan Man Kedah di gerai jualan ikannya di penjuru bersebelahan dengan Pasaraya Giant dan membiarkan isteri memilih ikan yang disukainya.Mengikut kata Man Kedah ikan pun berkurangan di pasaran pada masa ini, mungkin juga cuaca yang mempengaruhinya. Apa pun kita kenalah berserah kepada Allah sambil mematuhi-Nya dalam menjaga alam sekitar, memang pun dalam menjalani kehidupan ini semua pihak perlu menjaga, memelihara dan memulihara kesinambungan wujudnya alam sekitar yang berkualiti.Khemah Man Kedah berbeza dengan khemah yang lain, khemah gerai ini lebih panjang, keluasan tapaknya sama sahaja.

Insya Allah akan bersambung di Kluang nanti.
Sebaik sahaja sampai di Kluang nanti saya akan sambung cerita perjalanan ini kerana setakat ini kisahnya masih di dalam pengetahuan Allah kerana manusia hanya mengetahui peristiwa yang telah berlaku sahaja, apa yang akan berlaku di dalam perjalannan nanti masih menjadi tanda tanya, manusia hanya berusaha dan berdoa agar diberikan sesuatu yang baik untuk mereka.

#######################


Sekian. Wassalam.