Saturday, June 30, 2012

Politik - Pengalamanku di Johor

Salam semua.
PAS di Johor 


Dalam tahun 70an saya berada di Johor dan sempat menambah ilmu dan pengalaman di sana dengan melihat, memerhati dan bergaul dengan mereka. Kebetulan saya tinggal lebih kurang 100 meter sahaja dengan rumah Abd.Razak Ahmad, pada ketika itu beliau sangat aktif dalam PSRM, saya tidak pasti apa jawatannya di dalam parti, apa pun yang saya pasti beliau bukanlah orang UMNO dan Istana Bukit Siren lokasinya berhampiran dengan tempat kediaman saya dalam jarak yang sama juga, di tepi rumah Abd.Razak terdapat lorong lalu lalang ke jalan raya atau ke Pantai Lido ( kini Danga Bay ) .

Sering  juga  saya melihat Almarhum Sultan Ismail melintasi laluan di antara rumah Abd.Razak dengan tempat kediaman saya,  pemandu baginda selalu mengangkat tangan menyapa saya, saya membalasnya dengan rasa suka dan gembira. Pada suatu ketika Abd.Razak bertanding atau menjadi calon dalam suatu pilihan raya melawan BN, panas juga suasana kempen pada tahun tersebut, saya tidak ingat tarikh pilihan raya umum berkenaan tetapi tidaklah sepanas dan sehebat di Kedah,Perlis,Kelantan, Trengganu, Perak dan Pulau Pinang. PAS dengan BN memang merentap sejak saya masih bersekolah lagi di negeri-negeri utara dan pantai timur yang disebutkan itu.

Pada tahun 70an saya tidak pernah melihat bendera Parti PAS di Johor, saya tidak pasti sama ada ianya wujud atau tidak, tetapi yang saya dapat kesan ialah wujud orang PAS di dalam UMNO, maksudnya di dalam lubuk hati mereka tersirat perjuangan dan semangat PAS tetapi mereka berada di dalam UMNO sebagai ahli UMNO kerana UMNO terlalu menguasai masyarakat Melayu di Johor pada ketika itu sehingga mereka yang tidak bersetuju dengan UMNO pun terpaksa masuk UMNO supaya  kehidupan mereka lebih selamat dan tidak mejadi kera sumbang, tegasnya mereka terpaksa mengikut masyarakat sekeliling, mungkin mereka ini berfikir bahawa pada ketika itu belum sampai masanya lagi untuk menunjukkan sikap mereka  yang sebenar.


Saya terpanggil untuk menulis artikel ini setelah terbaca dan terlihat gambar yang tertera di atas di dalam Harakahdaily -Edisi Bahasa Melayu. Kalaulah benar seramai itu kehadiran orang Johor ke Himpunan Hijau Johor bermakna apa yang saya ceritakan di atas telah berlaku perubahan dan anjakan yang sangat luar biasa seperti pergerakan dan anjakan air ketika banjir. Aliran dan arus air pada ketika banjir tiada siapa yang mampu menghalangnya. 

Empat atau lima tahun yang telah lalu saya pernah melihat orang PAS sedang berceramah apabila kebetulan saya melalui jalan yang berhampiran dengan tempat mereka mengadakan ceramah tersebut, bilangan yang hadir hanya di antara 100 - 150 orang sahaja.Agaknya perubahan mereka yang menghadiri Himpunan Hijau itu  berlaku selepas tahun 2008 dan kesan daripada terdedahnya maklumat di alam maya yang sukar hendak disekat dan dihalang, kini maklumat hanya berada di hujung jari, malah mereka boleh berintraksi dengan lebih ramai kenalan yang berada di negeri lain dengan secepat kilat berbanding pada masa sebelumnya.

Tidak kenal tidak cinta.


Saya menjangka dan mengandaikan berubahan ini akan bergerak laju dan pantas kerana mereka menggunakan tenaga sedia ada yang tersimpan dan terpendam begitu lama dan tersorok di dalam UMNO, bukan sahaja PAS yang berani panggung kepala, PKR juga turut mengambil bahagian seiring dan tidak ketinggalan DAP yang telah lama menempah beberapa tempat di sana, kesannya Pakatan Rakyat menjadi lebih  berupaya dan kuat. 

Apa yang telah, sedang dan akan berlaku semuanya kehendak Allah. Manusia hanya merancang Allah jua yang menentukan.


Sekian...wallahu aklam.














Agama dan politik tidak pernah berpisah, umpama poket dengan baju.


Salam semua.

 Agama (Islam) dan politik tidak pernah berpisah ianya seumpama poket dengan baju, keadaannya  sentiasa melekat di antara satu sama  lain, ibarat agama itu saiznya sangat besar dan politik  itu sangat kecil hanya sekadar menumpang di dalam Islam, seumpama poket yang tertampal di baju, poket akan bergerak mengikut pergerakan baju. Islam ajarannya mencakup keseluruhan hidup makhluknya di dunia dan di akhirat, adalah tidak lojik sama sekali jika dikatakan politik tidak bercampur dan menyentuh ajaran agama (Islam), adakah Allah tidak menilai manusia ketika mereka berpolitik sehingga manusia yang dikenali sebagai politikus itu boleh membuat apa sahaja tanpa dinilai Allah termasuk rasuah, membunuh dan lain-lain aktiviti pilitik yang merosakkan hidup manusia lain. Lojiknya tentulah tidak demikian kerana Allah telah berfirman mengenai perkara tersebut dalam surah Al.Zalzalah. 
   
     
 Bermaksud,
[7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
 [8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
 
Dan terdapat banyak lagi ayat-ayat al.Quran dan al.Hadis yang berkaitan dengan pentadbiran,pemerintahan, pengurusan, kepimpinan atau kemasyarakatan.
Berdasarkan ayat di atas dapatlah kita mengambil pengajarannya bahawa setiap saat dan detik, aktiviti manusia akan dinilai oleh Allah dan dibawa di dalam perbicaraan di akhirat nanti.

Di sepanjang kehidupan manusia di dunia ini, mereka  diwajibkan merealisasikan kehidupan itu berdasarkan ajaran dan panduan yang termaktub di dalam al.Quran dan al.Hadis (sunnah) dengan menghayati, mematuhi dan mentaatinya. Tiada bidang yang terkecuali daripada perintah yang Maha Agung itu, semua bidang terikat dengan perintah Allah tersebut, sama ada perniagaan, politik dan bidang kehidupan yang lain.

Sekian...wallahu aklam.




Friday, June 29, 2012

Adakah orang Melayu sifatnya takut nak berubah ?




Mesin tuai padi
 Artikel ini merujuk kepada pengalaman yang telah lalu di mana suatu perubahan besar yang telah dilakukan oleh kerajaan pada suatu ketika dahulu, iaitu pelaksanaan Projek Rancangan Pengairan Muda dan penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada tahun 1970,( mungkin akhir tahun 60an - tidak pasti ). Projek ini menumpukan kepada tanaman padi dua kali setahun di Kedah.

DAHULU.
Pada peringkat awal terdapat ramai di kalangan petani  yang merasai gelisah dengan pelaksanaan projek yang akan menghasilkan  pendapatan berganda kepada mereka. Mereka takut dan susah hati menghadapi perubahan ini kerana banyak amalan tradisi yang terpaksa mereka tinggalkan, mereka juga takut kudrat tidak mencukupi untuk menguruskan petak sawah mereka dengan menggunakan tenaga zahir dan bantuan kerbau peliharaan mereka. Situasi setelah berlaku tanaman dua kali setahun tidak dapat mereka bayangkan, mungkin penerangan dan penjelasan dari pihak kerajaan tidak mencukupi pada ketika itu  menjadikan ilmu mereka dalam hal tersebut tidak mencakup di luar kebiasaan dan tradisi mereka, dengan itu mereka takut untuk berubah atau menerima projek baru tersebut.Sesungguhnya dalam apa hal sekali pun manusia memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup untuk meyakinkan kehidupan atau tindakan mereka.

Orang Melayu pada ketika itu juga tidak ramai yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan kerana mereka rata-rata mencari rezeki melalui bertani atau menangkap ikan sebagai nelayan pesisir pantai.  Baik petani atau nelayan pendapatan mereka sekadar cukup makan sahaja, ketika itu juga tidak wujud mana-mana orang Melayu bertani atau menangkap ikan kemudian didagangkan hasil pendapatan mereka, semua hasil yang mereka perolehi akan dijual kepada orang tengah yang bukan bangsa Melayu, kebiasaan ini menjadi tradisi di dalam kehidupan orang Melayu dan sukar hendak berubah, agaknya pada ketika itu mereka tidak banyak peluang menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut. Terbukti ilmu pengetahuan menjadi punca perubahan bagi sesuatu bangsa tanpa ilmu pengetahuan mereka akan menjadi makanan  kepada orang bijak pandai dan tidak terkecuali bijak pandai  bangsa sendiri dan juga bangsa lain.

KINI



Kini mereka telah berubah dan pendapatan mereka pun telah bertambah tetapi perubahan itu berlaku secara terpaksa , namun demikian perubahan tanpa rela sepenuh hati itu telah memberi kebaikan kepada mereka, tetapi perubahan seterusnya mereka masih ragu-ragu.

Sebenarnya tanpa ilmu pengetahuan semua orang takut untuk berubah dan berhijrah.Orang bukan Melayu pun tanpa pengetahuan dan ilmu yang cukup mereka juga takut untuk berubah dan berhijrah. 

Orang Melayu takut berubah dan berhijrah bukan takut membuta tuli tetapi mereka memerlukan penjelasan dan penerangan yang secukupnya sebelum mereka membuat keputusan untuk berubah dan  berhijrah atau sebaliknya.Pihak yang ingin mengekalkan kehidupan yang sedia ada atau tidak mahu masyarakat berubah atau berhijrah meninggalkan mereka, mereka akan menyorokkan maklumat atau menghalang maklumat baru dengan berbagai cara dan kaedah supaya tidak sampai kepada masyarakat umum.


POLITIK.
 Pilihan Raya Umum ke 13 akan menyusul tidak berapa lama lagi
walau pun tarikh sebenarnya masih menjadi rahsia, namun demikian kita masih dapat meneka bahawa ianya tidak lama lagi kerana tarikh luputnya sudah hampir ...wallahu aklam. Rakyat yang berfikiran kritis dan kreatif akan mencari maklumat sendiri sebelum membuat keputusan memilih parti pilihan mereka, mereka tidak mengharapkan media pro parti pemerintah untuk mengetahuai kebaikan parti lawannya kerana para pemimpin di pihak parti lawan tidak pernah diberi peluang oleh media pro kerajaan untuk mereka memberi penjelasan kepada rakyat mengenai wawasan parti mereka.Saban hari dan malam media ini hanya menceritakan kebaikan di satu pihak sahaja, maka amat sukar bagi rakyat biasa membuat penilaian secara adil dan  memilih yang terbaik.

Adalah adil kalau media perdana itu wujud dalam arti kata yang sebenarnya iaitu memberi peluang yang sama kepada semua parti yang berdaftar secara sah mengikut perlembagaan negara. Media bertanggungjawab memberi maklumat yang betul dan benar kepada khalayak pembaca dan pendengar supaya rakyat dapat memilih atau memberi mandat kepada parti yang terbaik (yang sesuai dengan apa  yang tercatat di dalam perlembagaan) untuk memerintah negara tercinta ini.

Bagi rakyat yang kurang terdedah dengan maklumat maka  para pemimpin yang tidak berpeluang menggunakan media yang dikatakan media arus perdana itu terpaksalah mereka ini turun padang mendekati rakyat tersebut, walaupun mereka boleh berbuat demikian tetapi usaha mereka tidak mencakup keseluruhannya berbanding dengan parti yang berpeluang menggunakan media perdana, inilah rupa paras yang dianggap tidak adil atau bertanding di atas padang yang tidak sama rata.

Sekian...wallahu aklam.

Tuesday, June 26, 2012

Apakah pendapat anda.Jika Pilihan Raya di Musim Haji ?

Salam semua.


Tarikh Pilihan Raya
Maklumat yang ditumpangkan di FB Lee Noh...

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji.


Oleh
Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID).


Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-


Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.


Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.

Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :

(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2

Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :

وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.


Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.


Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.


Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :


وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.


Sekian dari kami,

1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman



   #################################### 

Artikel yang ditulis sebelum ini.

Kapal Laut.
Rumah Api

.Di antara Rumah Api dan Kapal laut yang tertera di atas pihak manakah yang mempunyai kewajaran untuk mengelak dari bertembung dan berlaku kebinasaan.Rasanya tidak siapa pun boleh memaksa Rumah Api yang sifatnya statik supaya mengelakkan diri dari dilanggar oleh kapal. Sejak berabad-abad kapallah yang wajib dan perlu mengelakkan diri daripada Rumah Api yang dibina berhampiran pesisir pantai itu.Semua pihak sedia maklum bahawa Rumah Api tidak boleh bergerak dan berganjak.

Kalau Rumah Api dilanggari tentulah Kapal yang akan dipersalahkan, kalau dilanggar dengan sengaja menggambarkan nakhodanya tidak mempunyai etika dan akhlak yang mulia. Maka berdosalah di atas kejahatannya itu.

Di antara tarikh Pilihan Raya dan tarikh menunaikan Fardu Haji yang mana satukah tarikh yang boleh diubah dan dibuat penyesuaian. 

Diharap rakyat Malaysia dapat berfikir dengan betul dan rasional dalam hal ini.


Sekian...wallahu aklam.

Sunday, June 24, 2012

Suasana Karnival Ceria MPP Zon 3. Shah Alam.



 Gambar-gambar yang sempat dirakamkan  di Karnival Ceria MPP. ZON 3. Tasik Seksyen 7. Shah Alam, pada Ahad.23 Jun 2012.


Mungkin gambar-gambar yang dimuatkan di dalam artikel ini boleh menjadi kenangan kepada AJK. MPP. ZON 3 dan para pengunjungnya.



Dua pengayuh Basikal Baring (roda tiga) yang tertera itu  bukanlah peserta  perlumbaan basikal tersebut , mereka hanya mencuba kebolehan masing-masing.

 
 AJK MPP ZON 3 bergambar bersama doktor dan bakal doktor dari Management and Science University (MSU)

Seorang AJK bergambar bersama doktor-doktor yang sedang membantu pengunjung karnival ini.

               YB.Dr.Yaakub dan Pn.Sarimah Ahli MBSA sedang memotong buah  tembikai untuk diberikan kepada pengunjung Karnival Ceria.
 

YB.Dr.Yaakub Sapari (Kota Anggerik) sedang melayan penggemar durian......................youtube-leewantam
 
.
Buah-buahan untuk nikmati
 
Menyaksikan pertandingan main dam.
Pertandingan Dam Haji Gergasi. 


 Terima hadiah.
DJ sedang sebok.
DJ Mohd.Rafie.


Sekian...Wallahu aklam.
..

Saturday, June 23, 2012

Karnival Ceria MPP ZON 3 - Bersama YB. Yaakub Sapari Kota Anggerik (Video)

Salam semua.

Karnival Ceria MPP ZON 3. Shah Alam. Sedang YB.Dr.Yaakub Sapari Kota Anggerik berucap pada waktu yang sama Pertandingan Dam Haji Gergasi sedang dijalankan, kelihatan dua peserta berligar-ligar di hadapannya menggerakkan dam masing-masing dalam usaha mencari kemenangan.

.
 

Sekian... wallahu aklam.



Karnival Ceria MPP Zon 3 - Shah Alam (Video)

Salam semua.

Pada hari ini Sabtu 03 Syaaban 1433 bersamaan 23 Jun 2012 MPP ZON 3 Shah Alam dan MBSA telah menganjurkan Karnival Ceria di Dataran Tasik Seksyen 7, berbagai acara diadakan dengan mengutamakan Pemeriksaan Kesihatan untuk berbagai peringkat umur.program ini mendapat kerja sama MSU.
 

 
DJ bergurau untuk menceriakan suasana.





 http://www.youtube.com/user/leewantam
Sekian...wallahu aklam.

Tuesday, June 19, 2012

Info Haji - Seawal jam 2-4 pagi para jamaah Haji mulai bergerak ke Masjidil Haram - video

Salam semua.

Sedang beriktikaf.
Seawal jam dua,tiga atau empat pagi para jamaah Haji telah bangun dan  pergi ke masjid, sama ada ke Masjid Nabawi ketika mereka berada di Madinah atau ke Masjidil Haram semasa mereka berada di Makkah. Sementara menunggu tibanya waktu Subuh mereka melakukan ibadat sunat, di antaranya mereka bersolat sunat Taubat, solat sunat Tahajjud, solat sunat Hajat, solat sunat Tasbih dan lain-lain, melakukan solat sunat seperti inilah dinamakan "Qiamullail" ( Bangun tengah malam untuk beribadat ), jika solat-solat  ini dilakukan secara beramai-ramai bukanlah qiamullail yang sebenar, cara demikian termasuk di dalam istilah masih belajar.  




 Klik ....leewantam - You Tube ...
akan muncul banyak lagi informasi.
                Bacaan : Sheikh Abdulkarim Omar al.Makki.


Perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila sampai di masjid nanti, di antaranya:

1. Membaca doa sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam masjid - Sebelum duduk lakukanlah solat sunat Tahiyatul Masjid dan setelah memberi salam berniat iktikaf iaitu niat berhenti di dalam masjid dengan itu sepanjang kita berada di masjid akan dikurniakan pahala oleh Allah Taala.

2. Kemudian lakukan solat sunat yang disebutkan di atas tadi dan ditamatkan dengan solat sunat Witri ( Witir ). Sekiranya setelah selesai  solat sunat Witir dan waktu Subuh masih belum masuk boleh diteruskan dengan membaca al.Quran sehingga azan Subuh.

3. Sangat malang dan rugilah kalau para jamaah tidak tahu melakukan solat-solat tersebut. Untuk mengelakkan daripada berlaku perkara seperti itu, mereka yang belum mahir melakukan ibadat-ibadat tersebut di atas, mulai sekarang mereka perlulah pergi belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan.

4. Di kiri kanan jalanraya atau laluan yang kelihatan di dalam video tadi terdapat deretan  kedai-kedai yang kebangakannya menjual pakaian di samping barangan keperluan jamaah Haji, Kebanyakan penjual boleh berbahasa Melayu. 

Sekian dahulu...Wallahu aklam.

Info Haji - Dataran Masjidil Haram - video.

Salam semua.
Sebahagian daripada jamaah Haji hanya berpuas hati bersolat di  dataran ini sahaja. kalau masih ada ruang untuk masuk ke dalam masjid itulah sebaik-baiknya, berusahalah mendapatkan saf hadapan. Orang Malaysia tidak bersolat di sini, mereka berusaha sedaya upaya untuk masuk ke dalam masjid dengan cara datang lebih awal dan sentiasa bersiap siaga untuk bersolat di dalam  Masjidil Haram.


Ulasan ringkas.

1. Video ini dirakamkan melalui telefon bimbit  Nokia C3 sahaja, rakaman dibuat  dalam perjalanan pulang setelah menunaikan solat  Isyak - di dataran ini bukan sahaja para jamaah  yang kelihatan di dalam video ini duduk berehat tetapi mereka juga bersolat di sini, malah ada yang bermalam di dataran dan tidak menempah hatel.

2. Bersolat di dalam masjid adalah lebih baik kerana jaraknya lebih hampir dengan imam atau saf depan, kalau pun tidak berjaya berada di saf hadapan, sekurang-kurangnya bersolat di dalam masjid yang dibolehkan kita beriktikaf.

3. Rakaman ini dibuat di hadapan Babussalam/ Pintu Salam,  kebanyak para jamaah yang keluar dari arah pintu ini menuju ke hotel yang terletak di Jalan Ibrahim Khalil dan kiri kanannya.Hotel-hotel lama di sekitar Jalan Ibrahim Khalil dan berhampiran Masjidil Haram akan diruntuh dan akan dibina hotel-hotel ( fondok) baru - sekarang dalam proses.

4. Para jamaah yang mendiami lokasi ini sering terganggu dengan pasukan yang membuat kerja-kerja pembersihan .

Info mengenai mengerjakan Haji melalui video.

Salam semua.
Aras atas sekali/bumbung.
 Semua   umat Islam yang baligh mengetahui atau wajib mengetahui bahawa menunaikan Fardu Haji itu adalah wajib ke atas mereka seumur hidup perlu melakukannya sekali bagi mereka yang mampu atau mencukupi syarat-syaratnya.

 

 Beberapa info mengenai Ibadat Haji ( Khasnya mengenai Tawaf dan lokasinya ).
1 - Suasana tawaf yang kelihatan di dalam video ini adalah tawaf di Dataran Kaabah iaitu di lokasi utama/afdal untuk bertawaf - pandangan dari atas - kelihatan penuh sesak tetapi bagi mereka yang belum mengerjakan Haji jangan bimbang hal ini kerana setiap saat terdapat mereka yang sempurna 7 keliling akan keluar dari lokasi tersebut.oleh itu setiap saat jugalah kita berpeluang untuk turun bertawaf - situasinya akan berlaku kesesakan bersilih ganti dengan kelapangan - kadang sesak dan kadang rasa lapang dan berangin - tidak sepanjang masa sesak.

2 - Video ini dirakamkan  dari aras paling atas atau kadang-kadang disebut bumbung, di aras ini juga boleh bertawaf tetapi terpaksa berjalan jauh kerana bulatannya agak besar atau paling besar berbanding dengan lokasi di bawahnya.( kelihatan juga di dalam video di atas orang sedang bertawaf - tidak ramai ) - Bersebelahan  dataran solat di  aras ini  terdapat salah satu lokasi Sae.


3 - Kalau tidak salah pemerhatian saya lokasi tawaf terdapat 3 tempat iaitu (a) Di Dataran Kaabah, (b) Di aras 3 dan (c) Di aras 4 - atas sekali  atau disebut juga  bumbung.
                                       Dataran Kaabah.

4 - Masjidil Haram mempunyai 4 aras yang digunakan untuk bersolat berjamaah - (a) Aras 1 iaitu aras yang sama dengan Dataran Kaabah, kalau tidak perhatikan betul-betul ramai yang tidak menyedari wujudnya aras ini kerana ianya berada di bawah.
 (b) Aras 2, aras ini sama paras dengan muka bumi ( tiada ruang tawaf). (c) Aras 3, aras ini terdapat ruang tawaf di hadapan walaupun ianya kurang jelas tetapi kita akan melihat orang sedang bertawaf  sepanjang masa dan (d) Aras 4 iaitu aras yang tertinggi sekali  iaitu atas bumbung - ramai juga orang bertawaf di sini, bertawaf di aras ini kurang gangguan tetapi meletihkan kerana terpaksa berpusing jauh.

5. Kalau bertawaf di aras 3 atau  4 (atas sekali) sukar menjaga arah bahu kiri supaya mengadap ke Kaabah/Kiblat selain daripada kepenatan sebab jaraknya lebih jauh berbanding dengan bertawaf di Dataran Kabah.

Artikel seumpama ini akan bersambung pada artikel/video  berikutnya nanti.

Sekian dahulu...Wallahu aklam.

Bandingan : Kapal dan Rumah Api - Tarikh Pilihan Raya dan Tarikh Menunaikan Haji

Salam semua.


.Di antara dua objek dan isu ini pihak manakah yang mempunyai kewajaran untuk mengelak dari bertembung dan berlaku kebinasaan.Tidak siapa boleh memaksa Rumah Api yang sifatnya statik supaya mengelakkan diri dari dilanggar oleh kapal. Sejak berabad-abad kapallah yang wajib dan perlu mengelakkan diri daripada Rumah Api yang dibina berhampiran pesisir pantai itu.Semua pihak sedia maklum bahawa Rumah Api tidak boleh bergerak dan berganjak.

Kalau Rumah Api dilanggari tentulah Kapal yang akan dipersalahkan, kalau dilanggar dengan sengaja menggambarkan nakhodanya tidak mempunyai etika dan akhlak yang mulia. Maka berdosalah di atas kejahatannya itu.

Di antara tarikh Pilihan Raya dan tarikh menunaikan Fardu Haji yang mana satukah tarikh yang boleh diubah dan dibuat penyesuaian. Diharap rakyat Malaysia dapat berfikir dengan betul dan rasional dalam hal ini.

 =================

Maklumat yang ditumpangkan di FB Lee Noh...

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji

Oleh


Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)


Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-


Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.


Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.

Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :

(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2

Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :

وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.


Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.


Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.


Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :


وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.


Sekian dari kami,

1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman


Sekian...wallahu aklam.

Monday, June 18, 2012

Gambar dan video krew TV ALHIJRAH mengendalikan siaran langsung Selangor Berselawat.

Salam semua.

Kebiasaan kita hanya melihat dan menonton mereka yang di dalam corong kemera krew sahaja tetapi krew-krew nya yang berada di belakang kamera kita jarang melihat dan mengenali mereka. Di dalam artikel ini hanya sempat merakamkan gambar-gambar mereka itu dari jarak jauh sahaja kerana penulis sebagai salah seorang menonton rancangan ini tidak boleh bergerak dari tempat duduk kerana berbuatan demikian akan mengganggu rakaman, apa pun terimalah seadanya. 


Sedang menyampaikan persembahan
Memberi arahan tertentu.
Fokus
ceramah itu adalah selingan sementara muncul acara seterusnya. 
Arahan perlu dipatuhi.
 Di antara persembahannya - rakaman ini tidak lengkap.
Rehat dulu sementara menunggu giliran.


Sedang memerhatikan krew yang lain sementara menunggu mengambil    giliran untuk fokus semula

Cukup sekadar ini dahulu.Terima kasih  kepada anda yang melayari laman ini..wassalam.