
Nampak sedikit tapi baunya masya Allah.
Hari ini saya memohon maaf sekali lagi kepada mereka yang melayari laman Kehidupan Bersih, tajuk blog namanya Kehidupan Bersih, tapi yang hendak dicakap dan disampaikan ini bukan perkara bersih, ini berkara tidak bersih.Sejak hari Khamis , Jumaat, Sabtu dan hari ini Ahad. Cuba bayangkan dalam tempoh tersebut, apa yang akan terjadi kepada perut ikan dan sampah-sampah lain yang berada di dalam tempat sampah yang jarak hanya kurang lebih 20 kaki dari Ruang Tamu. Adakah sekali lagi saya kena bawa sampah ini ke tempat yang pernah saya tinggal dahulu kerana di sana sahaja yang saya tahu ada tong sampah. saya dah pusing kot dekat-dekat ni tong sampah tak ada. kalau ada pun kepunyaan persendirian (kilang). masa saya tulis ini jam dah pukul 10.03 pagi sampah tersebut masih belum dikutipnya lagi. Busuknya dah sampai ruang tamu. Lalat dan langau tidak berhenti-henti keluar masuk rumah.
Mungkin anda bertanya tulisan ini , adakah orang berkenaan membacanya, kalau baca pun macam manakah dia nak datang angkat, sebab entah di mana lokasinya, buat apa tulis, buat penat jari ja.
ok.ok. Saya tulis ada beberapa tujuan dan objektifnya;
(1) Untuk meluahkan perasaan tidak puashati atau luahan minda yang selalu saya sebut atau senaman minda. ( kalau minda sering digunakan akan berfungsi sebagai awet muda, he he betul tak )
(2) Bukan untuk kepentingan diri, tidak disebutkan lokasi sebab di tempat lain pun terdapat masalah seperti ini. ( jadi menembak banyak ekor lalat dan langau hanya dengan satu peluru sahaja , jimat kan ... )
(3) Menyedarkan diri dan orang lain bahawa berjanji itu adalah suatu amanah, kalau tidak ditunaikan menyusahkan ramai orang, dalam hal ini pihak yang bertanggungjawab tentulah telah berjanji dengan pihak tertentu bahawa merekalah yang mengutip sampah di kawasan tertentu, upah atau kos telah ditentukan dan dibayar, begitu juga penduduk membayar cukai pintu dan lain.
(4) Juga ingin menyedarkan bahawa pangkat atau kelulusan yang tinggi tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa pun, kalau sikapnya tidak turut berubah ke arah sikap yang positif dan mahmudah.

Ini di kawasan kedai berdekatan, tiada arah di sinilah tempatnya.
Pelan dan perancangan di atas kertas memang sangat cantik dan indah serta canggih. tiap-tiap rumah di kawasan perumahan terancang disediakan tempat sampah di depan rumah yang dibina bersekali dengan pagar dan lantai berjubin lagi, sampah akan dikutip pada tiap-tiap hari. Dengan itu penduduk tidak akan terhidu bau busuk tersebut, lalat dan langau tidak mungkin akan membiak di situ. kalau kita masuk ke taman-taman perumahan kita tidak akan melihat sampah di mana-mana pun. Barulah nampak ceria dan menarik.Betapa indahnya perancangan tetapi pelaksaannya jauh tersasar, kalau tidak mampu kutip pada tiap-tiap hari letaklah tong sampah di tempat yang sesuai berhampiran dengan taman dan tong sampat ini hendaklah dipantau, walau pun perlu dipantau setiap hari, jumlah tong seperti ini tidak banyak. Bila berlaku petugas tidak datang mengutip sampah , penduduk sendiri boleh membawa sampah tersebut ke tong sampah awam itu.
Perancangan seperti ini hanya boleh berjaya kalau pelaksananya berktrampilan dan proaktif, jika pelaksananya seperti pahat dengan pemukul, keadaannya pi mai pi mai tang tu juga.
Pada minggu ini lalat dan langau membiaklah nampaknya di kawasan rumah kami. kalau tetamu datang saya akan beri kertas tisu untuk sumbat hidung tetamu supaya dapat mengurangkan bau busuk dan akan dipalit sedikit belacan untuk menukar bau tersebut kepada bau belacan, bau belacan memang tidak boleh diatasi dengan mana-mana bau di separuh dunia ini, minyak atar pun tidak boleh lawan dia.
Sekali lagi saya memohon maaf kalau bau busuk itu meresap masuk ke dalam komputer anda, hai buat lawak pulak, bukan marah sangat pun sebab tu boleh buat lawak. saya bukan marah, cuma meluahkan pandangan, kalau-kalau ianya membawa sedikit kebaikan , kalau tidak banyak pun. sikit pun ok.
Sekian. Wassalam.


