Friday, July 31, 2009

Pesta Buku Negeri Selangor 2009.



Salam Semua.

Jam 3.00 petang tadi selepas balik dari solat Jumaat , saya bersiap-siap pula ke bangunan PKNS di Pusat Bandar Shah Alam, agaknya pasal geram kerana pagi tadi banyak gambar tidak boleh snap kerana bateri telefon
bimbit lemah.

Pemergian buat kali kedua ke pesta buku, banyaklah juga gambar yang dapat diambil. Temanya Pesta Buku Negeri Selangor 2009 tetapi pengisiannya berbagai-bagai aktiviti. Saya melibatkan diri dalam aktiviti yang berbelanja dan percuma, aktivitinya rahsia hehehe, yang tidak rahsia hanya yang dipamerkan di bawah ini.
Esok 1hb.Ogo
s 2009 hari terakhir.
Lapangkanlah masa untuk membawa anak-anak ke sana, sekur
ang-kurangnya dapat memberi motivasi kepada mereka.


TAWAS
Tabung Warisan Anak Selangor.

Klik gambar insya Allah boleh dibaca.
#############

###########################
Firman Allah bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu ( utuk orang lain ), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan ( serba-serbinya ) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat ora
ng-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan agama ( di kalangan kamu ) - beberapa darjat . Dan ( ingatlah ), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."
Surah Al.Mujaadalah ( 11 )
##########################


Pelbagai jenis buku dipamerkan
oleh Pelbagai Toko Buku.



Pertunjukan untuk Kanak-kanak.

MATEMATIK

######################


Galakan anak-anak anda menjadi ahlinya.


Gerai cempedak goreng

Gambar Hiasan.

Pesta buah-buahan -
Bersyukur kepada Allah Taala atas limpah kurnia rezeki-Nya kepada kita semua.


Sekian.Wassalam.

Thursday, July 30, 2009

Informasi ringkas untuk kebaikan kanak-kanak.

Salam Semua.

Dalam entri kali ini saya sertakan informasi ringkas mengenai kanak-kanak untuk panduan ibu bapa yang masih muda . Kehidupan pada zaman kanak-kanak sangat sensitif terutamanya mengenai kesihatan mereka, mereka sering diserang berbagai penyakit. kekadang mereka mengalami demam setiap bulan dan hilang selera makan.

Di sini saya ingin memberi panduan untuk memulihk
an selera makan kanak-kanak. Caranya sangat mudah dan ada beberapa pilihan, saya hanya ingin memberikan dua caranya sahaja yang sering saya lakukan sejak lama dahulu sehinggalah sekarang. Insya Allah berkesan.

Daun Betik.

Cara-caranya:

Mandi Daun Betik ( papaya ).
1. Ambil beberapa helai daun betik dan diramaskan bersam
a air di dalam sebuah bekas seperti baldi atau seumpamanya untuk mengeluarkan getahnya, kemudian ditapis dan ambil airnya sahaja.

2. Air yang bercampur dengan getah daun betik t
adi dibuat mandi.

3. Mandikannya mulai daripada bahu ke bawah dan tidak
melibatkan bahagian kepala.

4. Ketika yang sesuai untuk mandi ialah pada tarikh di antara 16 - 30 haribulan mengikut taqwim hijrah , pada tarikh 16 sehingga 30 haribulan itu kita kenali sebagai bulan turun.

5. Mandikannya sehari sekali sahaja sama ada pada waktu pagi atau petang dan laksanakan beberapa hari, biasanya setelah 3 hari diamalkan atau lebih awal lagi ianya telah menunjukkan kesan, iaitu selera mereka telah mulai pulih. Lihatlah sendiri perbezaannya.

Mandi Daun Keriang dan Daun Samak.
Kaedahnya sama seperti di atas, cuma dalam kaedah ini dicampu
r daun keriang dengan daun samak. boleh juga kita gunakan satu jenis sahaja, cuma mungkin kurang berkesan.


Daun Samak

Daun Keriang.
Pokok Keriang.


Daun Halban

Daun Halban.

Air rebusan akar halban menjadi ubat untuk orang dewasa.



Selamat mencuba.


Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

------------------------


Wednesday, July 29, 2009

Kertas Jawapan Lukisan Ghaib.







Kertas Jawapan Lukisan Ghaib.

Entri ini adalah sambungan daripada entri yang telah lepas seperti dijanjikan akan disambung ceritanya di dalam entri kali ini. Walaupun cerita ini mengenai pengawas peperiksaan tetapi ceritanya agak berlainan sedikit kerana kesilapan dan kelemahan kali ini adalah seratus peratus dilakukan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan. Peristiwa pertama berlaku di selatan dan yang satu lagi di utara Tanah Air.

Pada tahun 1980an saya ditugaskan menjadi Penolong Pengawas Peperiksaan SPM di salah sebuah sekolah di Bandar Sungai Petani. Kedah Darul Aman. Pada hari pertama dan beberapa hari berikutnya peperiksaan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Pada hari peperiksaan subjek Lukisan mulai peperiksaan dimulakan sehinggalah kertas jawapan dikutip semuanya berjalan lancar, semua pelajar menjawab dengan baik dan juga menggunakan masa sepenuhnya, cuma seorang calon sahaja yang menyerahkan kertas jawapan lebih awal, beliau menggunakan masa menjawab tidak sampai sejam dan berpuashati dengan jawapannya yang telah siap itu kerana jawapannya telah siap dan kelihatan sempurna maka Ketua Pengawas bersetuju menerima jawapannya dan membenarkan pelajar tersebut keluar dewan dan balik.

Berusaha tangga kejayaan.

Ketua Pengawas Gelabah.
Setelah tempoh masa peperiksaan tamat, Kertas jawapan Lukisan dikutip daripada setiap calon mengikut arahan yang telah ditetapkan. Setelah para pengawas menerima semua kertas jawapan,seperti biasa masing-masing mengira kertas jawapan tersebut dan dicampurkan kesemuanya, setelah dicampurkan kesemuanya yang berada pada setiap Penolong Pengawas, jumlahnya tidak akur dengan jumlah kehadiran calon. walaupun dikira beberapa kali, akhirnya dibuat pemeriksaan disetiap meja calon, juga tidak dijumpai, kertas jawapan Lukisan yang agak besar itu masih ghaib daripada pandangan semua Penolong Pengawas, termasuk Ketua Pengawas. Tentu sekali degupan jantung Ketua Pengawas semakin menjadi-jadi kerana sekiranya jawapan tersebut tidak dijumpai beliau terpaksa menjawab nanti dengan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Setelah semua usaha yang dibuat itu tidak berhasil maka Ketua Pengawas dalam keadaan gelabah itu mulai mendapatkan alamat pelajar yang berkenaan iaitu pelajar yang hadir tetapi tiada kertas jawapannya. Kami masih bernasib baik kerana ramai kekawannya masih berada di kawasan sekolah. alamat tersebut diperolehi daripada kekawannya, Sekali lagi kami bernasib baik kerana beliau tinggal hanya lebih kurang 3km jaraknya dari sekolah, iaitu di kawasan Kuaters Polis Hutan yang mana sekarang ini kawasan tersebut telah dirobohkan dan digantikan dengan pembangunan baru berdasarkan Pelan Pembangunan Sg.Petani yang terkini. Kini di kawasan itu terdapat Balai Polis, Taman Perumahan, hotel dan beberapa pasaraya seperti Tesco dan lain-lain.

Akhirnya saya bersama Ketua Pengawas pergi ke rumah pelajar tersebut, sesampai di rumahnya beliau masih berpakaian sekolah sedang menikmati minuman. Ketua Pengawas memaklumkan hal tersebut kepadanya dan beliau menegaskan bahawa beliau memang menyerahkan kertas tersebut kepada Ketua Pengawas. Ibu bapanya mulai membebel kepadanya, kesian dia. Ketua Pengawas dengan bahasa yang lembut dan indah menyatakan bahawa semua perkara yang berlaku ini mungkin kesilapan dan kesalahan kami. Jangan bimbang kami akan beri beliau lukis semula dalam tempoh masa yang sama.

Kami semua rasa lega.
Pelajar tersebut kami bawa semula ke Dewan Peperiksaan untuk beliau menjawab dan melukis semula, semua pengawas menunggu kepulangan kami, sesampai sahaja di dewan, pelajar tersebut diberi semula kertas lukisan kosong untuk beliau menjawab buat kali kedua. proses menjawab semula tiada masalah kerana ketika itu tiada apa-apa subjek menjalani peperiksaan. Setelah pelajar berkenaan menjawab dalam masa hanya beberapa minit, pada ketika yang sama Ketua Pengawas memasukkan semua kertas yang telah diterima ke dalam Kertas bungkusan yang telah siap sedia di atas mejanya. Semasa Ketua Pengawas membuka kertas bungkusan yang telah dilipat-lipatkan lebih awal itu, rupa-rupanya kertas jawapan yang dicari-cari itu telah dimasukkan terlebih dahulu di dalam bungkusan tersebut, iaitu selepas sahaja kertas jawapan itu diserahkan kepada Ketua Pengawas hampir sejam lebih awal daripada kekawan yang lain. Ketua Pengawas terlupa apa yang beliau telah bertindak terhadap kertas jawapan tersebut. Sebenarnya dengan memasukkan kertas jawapan itu dapatlah Ketua Pengawas menyediakan bungkusan lebih awal berpandukan kertas tersebut dapatlah beliau melipatkan kertas bungkusan yang tebal itu dan senanglah nanti apabila hendak membungkus nanti, Malangnya ketika beliau berbuat demikian tiada seorangpun daripada kami yang melihatnya. sebab itu ketika beliau melupainya tiada siapa yang dapat mengingatkannya.
Kami semua rasa lega dengan terjumpanya kertas jawapan misteri itu.

Pelajar tadi dihantar balik ke rumah dengan selamat, begitulah cerita kertas jawapan subjek Lukisan yang ghaib dan berhantu itu hehehe.

Tugas sebagai Ketua Pengawas dan juga Penolong Pengawas adalah amat berat tanggungjawabnya, perlu mempunyai disiplin yang tinggi dan mematuhi prosedur sepanjang masa kerana prosedur yang disediakan itu semata-mata untuk menjaga kualiti dan ketulusan pelaksanaan peperiksaan dan menjaga kesahan sijil yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Sekiranya pengawasan dan kawalan diabaikan keputusan yang diperolehi para pelajar tidak menunujukkan hakikat yang sebenar, tegasnya keputusannya akan diragui.

Sejak dahulu lagi taraf pengawasan dan kawalan peperiksaan kita memang berkualiti dan dihormati sehingga kini.


Berusaha tangga kejayaan.
 
Sekian.Wassalam.






Ketua Pengawas Peperiksaan SPM Gelabah.




Dalam entri pada kali ini Leenoh ingin menceritakan dua pengalaman yang sukar hendak dilupakan walaupun peristiwa itu telah berlaku puluhan tahun yang lalu. Kisah ini mungkin dapat memberi pengajaran dan teladan kepada anda terutamanya guru-guru yang masih bertugas.

Ketika Leenoh bertugas di Johor Baru, iaitu di salah sebuah Sekolah Menengah yang terletak di Jalan Abd.Samad, ketika itu di kawasan ini terdapat dua bangunan Sekolah Menengah dan sebuah Maktab Perguruan serta sebuah Sekolah Menengah menumpang bangunan pada sesi petang. Bermakna tiga buah Sekolah Menengah dan tidak berapa tahun kemudiannya sebuah sekolah yang menumpang itu berpindah ke bangunannya sendiri di Tasik Utara.

Ketua Pengawas Gelabah.
Pada akhir tahun 1973 Leenoh dilantik menjadi Penolong Pengawas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) di sebuah sekolah yang terletak bersebelahan dengan sekolah Leenoh mengajar. Sebagai seorang guru yang pertama kali menjadi Penolong Pengawas Peperiksaan Leenoh hanya mengikut arahan sahaja, sebagai orang baru menjadikan dirinya sangat taat kepada arahan ketua, lagipun Leenoh tiada apa-apa pengalaman sebagai Penolong Pengawas, beliau hanya berbekalkan pengalaman mengawas peperiksaan dalaman di sekolahnya sahaja.

Peraturan pengawasan peperiksaan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia memang memadai dan mungkin yang terbaik, sekiranya dipatuhi semua tugas akan menjadi telus dan selamat.

Cerita dipendekkan.
Mengikut peraturan peperiksaan seseorang calon yang sedang menjawab soalan boleh menyerahkan jawapannya selepas calon telah mendudukinya selama lebih 40 minit atau 30 minit sebelum masa sebenar tamat iaitu bagi calon yang siap lebih awal tetapi waktu hampir peperiksaan tamat mereka tidak dibenarkan menyerahkan kertas jawapan, sekiranya dibenarkan keadaan dewan peperiksaan dipercayai akan menjadi tidak terkawal oleh itu dalam kes ini semua calon hendaklah menunggu di meja masing-masing sehingga masa sebenar tamat dan kertas jawapan akan dikutip serentak dan disusun mengikut angka giliran untuk mengelakkan keciciran.

Cerita dipendekkan lagi.
Seorang calon telah mengambil keputusan awal menamatkan sesi menjawabnya setelah kurang lebih 40 minit beliau menjawab soalan dan memohon keluar dewan. Ketua Pengawas membenarkannya keluar Dewan Peperiksaan dan memaklumkan kepadanya bahawa kertas jawapan tinggalkan sahaja di dalam meja colan dan akan dikutipnya kemudian, dengan harapan apabila mengutipnya nanti kertas jawapan tidak perlu lagi diubab-ubah kerana kertas tersebut terletak mengikut angka giliran dan juga mengikut tertib angkanya.
Apabila masa peperiksaan tamat dan Pengawas Peperiksaan pun mengutip kertas jawapan mengikut barisan seperti mana di dalam arahan, setelah semua kertas dari semua calon yang hadir pada hari peperiksaan tersebut dikumpulkan, setiap pengawas mengira kertas jawapan yang berada ditangan masing-masing dan dicampurkan kesemuanya oleh Ketua Pengawas dan dibandingkan dengan calon yang hadir, hasilnya jumlah yang diperolehi tidak akur dengan angka kehadiran calon, kertas jawapan kurang satu skrip, semua pengawas diminta supaya mengiranya sekali lagi, hasilnya sama juga. Ketua Pengawas mulai gelabah, Pengawas diminta mengiranya kali ketiga sambil itu Ketua Pengawas pergi memeriksa setiap meja calon, semua meja calon kosong. Degupan jantung Ketua Pengawas tentu sekali semakin kencang kerana kiraan kali ketiga juga mendapat keputusan yang sama.

Akhirnya Penolong Pengawas mengesan calon yang tidak menyerahkan kertas soalan, didapati calon yang keluar awal tadi tidak meninggalkan kertas jawapannya di dalam meja seperti yang diarahkan. Maka kamipun mencari kertas jawapan calon tersebut yang mungkin telah direnyukkan dan dibuang di dalam tong sampah di tepi dewan tersebut, Kami bernasib baik, memang berlaku seperti yang disyaki, dua helai kertas calon tersebut berada di dalam tong sampah.

Tindakan Ketua Pengawas mengarahkan calon supaya tinggalkan kertas jawapan di dalam meja dan akan dikutip kemudian itu adalah tersilap dan tidak tepat, sepatutnya Ketua Pengawas atau salah seorang pengawas menerima kertas tersebut terlebih dahulu kemudian diletakkan di dalam meja yang masih di dalam pengawasan, Ketua Pengawas bersangka baik kepada calon tersebut tetapi malangnya calon berkenaan tidak jujur atau tidak mengetahui akibat daripada perbuatannya itu.

Pembaca sekalian, kertas itu tidak kosong seperti anda sangkakan. Dua helai kertas tersebut penuh dengan tulisan dan berbagai cerita nakalnya dipaparkan di situ, di antara ayat yang masih Leenoh ingat ialah " Ibu bapaku suruh aku pergi ke Sekolah Ugama tetapi aku ponteng dan ibu bapa aku suruh aku baca buku , aku lebih suka bermain giter...jadi macam mana aku boleh jawab soalan Sains yang amat susah ini". ( ayatnya mungkin tidak tepat tetapi mesejnya tepat ). Dua helai kertas ini kami hantar bersama kertas calon-calon lain kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pemeriksa kertas yang menerima kertas jawapan ini tentu akan tersenyum selepas membacanya dan sebagai guru beliau juga mungkin akan merasai dukacita dengan sikap pelajar seperti ini. Satu lagi perkara yang pasti ialah pemeriksa tersebut akan mendapat bayaran tanpa bersusah payah memeriksanya. Walau apapun Pemeriksa masih mengikut peraturan dan kami juga mengikut peraturan.

Selagi peraturan dan prosedur dipatuhi selagi itulah juga tugas kita akan dianggap dan dinilai sebagai tugas yang telus dan bertanggungjawab.

Peristiwa Kedua "Ketua Pengawas Peperiksaan SPM Gelabah" akan muncul dalam " entry" yang akan datang dengan tajuk " Kertas Jawapan Lukisan Ghaib".


Sekia. Wassalam.

Tuesday, July 28, 2009

Aku Merapu Lagi.



Salam semua.

Hari ini aku teringin nak merapu sikit, kata orang utara merapu ialah bercakap sia-sia dan lagha, tetapi merapu dalam entri kali ini, sikit saja, baiknya masih banyak. kita selalu dok dengar manusia kata harimau tu binatang
yang kejam dan ganas, ada tambah lagi katanya harimau Raja di rimba dan macam-macam lagi, harimau makan kerbau, lembau, kambing, bunuh manusia dan macam-macam lagi. Betul ka tuduhan tu kejam dan ganas tu, mai kita tanya dia. Ada wakilnya di bawah ini. Jom kita tanya dia beberapa soalan.


Manusia:
Gerun jugak aku duduk depan harimau ni walaupun gambak ja.

Sang Harimau:
Itu perasaan hang saja. sebab dulu-dulu memang kami binatang buas yang hidup di dalam hutan belantara.

Manusia:
Awat hang kata macam tu. lani hangpa dok mana.

Sang Harimau:
Tengok la gambak di ataih tu. yang dok tengah minum ayak tu.

Manusia:
O dalam Zoo, pasai apa?.

Sang Harimau:
Hangpa la, manusia la, Tuhan suruh hangpa jadi khalifah di atas muka bumi supaya jaga makhluk Allah elok-elok , hangpa runtuh habih bukit-bukau tempat kami cari makan. lengkup habih. zuriat kamipun jadi kurang. Nasib baik masih ada lag
i, sebahagian hidup di dalam hutan belantara dan sebahagian lagi di dalam Zoo.

Manusia:
Nak buat macam mana, kamipun dah tak dak tempat nak buat rumah. nak buat kilang dan macam-macam lagi.

Sang Harimau:
Betoi kata hang tu. tapi hangpa tak ikut peraturan, pakai hantam kromo ja. Buatlah tapi tinggai kat kami sama, kamipun nak hi
dup.

Manusia:
Pasai apa orang kata hangpa ni ganas dan kejam.

Sang Harimau:
Hangpa tak adil.

Manusia:

Pasai apa hang kata kami tak adil ?.

Sang Harimau:
Bila kami tangkap lembu ka, kerbau ka, pelanduk ka, hangpa kata kami ganaih, bukankah semua tu makanan kami, hangpa pun makan lembu, kambing, kerbau dan pelanduk cuma cara saja yang beza. awat hangpa tak kata ganaspun, itulah sebab aku kata manusia tak adil.

Manusia:

Tapi orang kata hangpa ganas jugak.

Sang Harimau:
O jadi hangpa masih tak puas hati. Cuba hangpa tengok di jalan raya, tiap-tiap hari ada kemalangan, kekadang sampai berbelas orang mati di jalan raya, mati kena bom lagi ramai, tak payah aku terang panjanglah hangpa pikiaklah sendiri.

Manusia:
Jadi sebenaknya hangpa tak ganas la.

Sang Harimau:
Memang kami tak ganas sebab kami tak kacau benda-benda yang tak ada kaitan dengan kami, pemangsa tu semuanya makanan kami. Kami
hidup berdisiplin dan barsatu padu, menjaga diri dan kekawan, sama-sama berkorban dalam apa hal sekalipun untuk kepentingan bersama, tidak penting diri sendiri macam gajah dan kerbau.

Manusia:
Pasai apa hang kata tak macam gajah dan kerbau.

Sang Harimau:
Nasib baik aku tak kata macam manusia, aku saja tak kata saja.hahaha nak tegelak pulak.
Sebab gajah dan kerbau, dua jenis binatang ini memang bersatu tetapi bersatu untuk meragut rumput dan makanan lain saja.masing-masing pentingkan diri sendiri, bila kami serang salah satu dari mereka, tak dak sapapun tolong, semua pakat lari menyelamatkan diri seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, walaupun depa banyak, dengan itu mudahlah kerja kami untuk menangkap kerbau atau gajah yang satu tu, kami memang pecahkan kumpulan mereka dulu, sebab kami tau kesatuan mereka sangat lemah, masa
ada makanan depa bersatu. mereka bersatu dengan matlamat yang tidak cukup dan tidak betul. Gajah yang besar dan banyak itu tidak bersatu menentang kami, kalau depa tentang beramai-ramai, mungkin kami kalah atau takut. bersatupun kalau tak kena caranya tak menjadi jugak.

Ikutlah macam kami, kami bersatu atas tujuan kepentingan bersama, kami senang bersama dan susahpun bersama, kami tentang musuhpun bersama, walaupun kumpulan kami kecil, ikatan persaudaraan kami sangat kuat, kami memang sejak berzaman-zaman lagi, sejak zaman datuk nenek kami lagi menggunakan strategi dan tektik serta teknik yang sama untuk mencari makanan ataupun menguruskan kehidupan harian, sebab itu kami memang pakar dalam bidang yang patut kami miliki. Jangan sering mengubah kaedah nanti kaedah itu tidak mencapai kematangan dan tidak akan menjadi pakar dalam apa bidangpun.


Manusia:
Apa pendapat hang tentang manusia mati kemalangan tu ?.

Sang Harimau:
Dalam hal ini aku berkecuali. hang tanyalah kereta ka, lori ka. kalau nak senang hang tanya lori di bawah tu.

Manusia:
Ok. nanti aku turun ke bawah aku tanya dia tengok apa dia nak jawab.


Manusia:
Apa habak lori, nampak macam hang dok tengah buat pusingan U, hang memang tera, tapi hang pusing di tempat yang salah.

Sang Lori:
Bagi aku. baik ka, buruk ka, serupa ja, mana ada istilah baik dan buruk bagi aku. pusingan U ka, apa ka, aku lori manalah aku nak tau itu semua. Salah ka, betul ka, itu kerja manusia, bukan kerja aku.

Manusia:
Selalu aku dok tengok hang bergerak pi mai, pi mai, kekadang laju, kekadang pelan.

Sang Lori:
Itu bila aku berdua, kalau aku satu sahaja . mana boleh bergerak. kalau aku bergerak, mestilah ada manusia bersama aku.

Manusia:
Bila masukkan petrol baru boleh jalan kan?.

Sang Lori:
Bubuh minyak apapun aku tak boleh berjalan, kalau tidak dijalankan. sebab aku memang tidak bertanggungjawab apapun atas diriku ataupun atas diri yang lain termasuk manusia.

Manusia:
Aku tengok hang kekadang lari laju dan rempuh kereta sampai remuk, penumpang dan pemandunya semuanya mati, kekadang ketika lampu merahpun hang rempuh jugak, mentang-mentang hang besak, hang tak peduli yang lain dah, mengkalu nak cepatpun ikutlah peraturan, tiap hari kami dok dengak berlaku kemalangan maut, campok dengan H1N1 lagi.

Sang lori:
Aku dah kata tadi, aku tidak bertangjawab kepada sesiapapun termasuk diri aku sendiri. Inilah yang manusia tak paham-paham ni, macam mana manusia nak selesai masalah kalau depa sendiri tak paham masalah depa. Kekadang manusia kata, lori tak berhati perut, betoi la lori mana ada hati perut, selagi hangpa dok salahkan lori, selagi itulah masalah kemalangan jalan raya tidak akan selesai.

Manusia:
Depa kata hangpa hero di jalan raya, bila hangpa lalu, kereta lain semua kena elak. kalau tak elak nanti kena rempuh. Betoi ka?.

Sang Lori:
Itulah aku kata hangpa manusia tak paham. aku tak tau apa-apapun, hangpa dok tengah jalan ka, lembu ka, budak sekolah ka, tembok di depan ka, semua tu aku tak nampak dan aku tak tau.

Manusia:
Aku hairan la, pasai apa hang kata hang tak bertanggungjawab kepada sesiapapun dan tak tau apa-apapun?.

Sang Lori:
Aku ni lebih kurang macam Sang Harimau di atas tu la. kami ni tak dak akal, macam Sang Harimau ada jugak otak, cuma tak dak akal saja. Aku otak tak ada dan akalpun tak ada, matapun tak ada. Macam mana nak bertanggungjawab. Itulah istimewanya kami ni.

Manusia;
Pasai apa hang kata hangpa istimewa.

Sang Lori:
Aku kata kami ni istimewa, hang jangan silap dengak, aku tak kata kami mulia, yang paling mulia manusia yang bertakwa dan depalah jugak sebaik-baik kejadian.

Manusia:
Hang tak jawabpun soalanku.

Sa
ng Lori:
O pasai istimewa tu. kami tidak diprtanggungjawabkan apa-apapun oleh Allah. Jadi setelah kami hancur jadi tanah dan dunia kiamat serta dibangkit semula. Hangpa akan dipersoalkan macam-macam oleh Allah tentang tanggungjawab hangpa di dunia ini, hangpa manusia ada yang masuk syurga dan ada yang masuk neraka, yang masuk neraka tu teruklah kena siksa. kami istimewa tak masuk syurga dan nerakapun tak masuk. Yang paling istimewa kami tak kena siksa hahaha.

Manusia:
Apa pendapat hang pasai banyak berlaku kemalangan ni?.

Sang Lori:
Aku sebenaknya malaih nak bagi pandangan, tapi dah hang tanya, tak pa lah
aku jawab. Ini masalah manusia, Tuhan jadikan manusia supaya kekal jadi manusia tetapi ada jugak manusia tak mau jadi manusia betoi-betoi, tak macam kami. tengok kami. aku lori memang betul-betul lori, Sang Harimaupun macam tu jugak. Harimau, memang betoi-betoi harimau. Mana ada harimau boleh fikir macam manusia, mana ada lori ada akal macam manusia. tapi manusia ada yang macam kami dan lebih teruk lagi. manusia kata harimau ganas tapi harimau tidak membunuh harimau, sebaliknya manusia membunuh sesama sendiri, tengok di Palestin, Pakistan, Thailand dan lain-lain, banyak lagi contohnya.
Oleh itu manusia hendaklah jadi manusia betul-betul, orang la kata kena ada pembangunan insan. Ni aku nak habak kat hang. Manusialah yang membawa lori tu, sebab tu aku kata tadi, bila berdua baru aku boleh berjalam, manusialah yang bawa aku, kalau dia bawa hentam kromo, banyaklah berlaku kemalangan.
Kemalangan jalan raya banyak berlaku pada masakini kerana manusia tidak berhati-hati ketika memandu. Itu saja bukan sebab lain kalau ada sebab lainpun ianya tak banyak. Dah hang tanya aku, aku kena jawablah, betoi tak betoi , akupun tak pasti, sebab aku sediripun tak pernah buat kajian. Itu berdasarkan pemerhatian saja.

Manusia:
Hang pandai jugak noo, ingatkan Sang lori tak tau pasai Palestin dan lain-lain.

Sang Lori:
Macam mana aku tak tau, aku hari-hari manusia bawak berjalan, dari satu negeri ke satu negeri, lagipun aku bukan penat.
Ok. akhir kalamku dalam seketsa ni....Manusia hendaklah pasakkan sikap yang betul di dalam hati mereka ketika memandu dengan itu barulah kemalangan dapat dielak dan dikurangkan.

Manusia:
Sebenaknya aku ni seorang bloggerlah katakan, hari ni tak ada apa nak tulis, tu yang aku mai jumpa Sang Harimau dengan Sang Lori ni, dapatlah jugak aku tulis merapu ni.

Depa tak bacapun tak pa, aku tak kisah.
Kalau depa baca lagi baguih la, memang aku tulih ni nak bagi depa baca. kot-kot boleh kurangkan kemalangan jalan raya.

$$$###&&&

Monday, July 27, 2009

Mata kananku berkejib-kejib dan bergerak-gerak..

Salam semua.

Tetiba sahaja mata kananku berkejib-kejib , pada hari pertama ianya berlaku demikian tidak kurasa apa-apapun tetapi pada hari kedua kuterasa sesuatu. Kuceritakan kepada mereka yang berada di persekitaran kehidupanku, kataku pada mereka berdasarkan pengalamanku yang lalu aku akan mendapat sesuatu maklumat yang baik. sekarang inipun aku terasa aku akan melihat sesuatu yang baik. Jiwaku kinipun memang rasa sangat gembira dan tidak sedikitpun bimbang sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Pada hari mula berlaku itu bertarikh 18.07.09, dari tarikh ini dua hari lagi cucu sulungku, menantu dan besanku dari Kluang akan datang ke rumah. ini tidak termasuk di dalam rasa hati itu kerana kehadiran mereka telahpun dimaklumkan terlebih dahulu. Akupun memang sedang menanti kehadiran mereka, dahpun siap dengan buahtangan untuk mereka.

Pada pagi 19.07.09 mata kananku bergerak-gerak dan kejib-kejib lagi. Hatiku terasa lagi, kali ini terasa semakin kuat, terasa ada orang akan datang ke rumahku tetapi bukan mereka bertiga itu, bila aku keluar rumah kurasa bimbang kalau-kalau tetamu itu sampai nanti tertunggu-tunggu pula, jadi akupun tidak lama berada di luar berjauhan dengan rumah.

Pada pagi 21.07.09 tiba-tiba aku menerima panggilan telefon dari adik iparku menceritakan dia bersama empat beranak berada di Sg.Buluh, baru balik dari UITM Pahang kerana menghantar anaknya melanjutkan pelajaran di sana. Hatiku berbisik agaknya inilah orangnya yang akan datang ke rumahku. Aku terus mempelawa mereka supaya datang ke rumahku terlebih dahulu sebelum pulang ke Alor Star. Dia kata akan usahakan tetapi tidak boleh janji. Walaupun dia tidak berjanji untuk datang ke sini tetapi hatiku yakin mereka akan datang.

Dipendekkan cerita jam 10.00 malam dua kereta sampai ke rumahku mereka bersama keluarga yang lain lagi. Inilah agaknya mesej yang diilhamkan melalui pergerakan mata kanan itu kerana akupun telah lama tidak berjumpa dengan mereka. Kata mereka, mereka sampai atas desakan kuat daripada adik perempuanku dan ketawa beramai-ramai sambil mengusik adik kesayanganku itu.
____________________________
Firman Allah bermaksud.
"Wahai orang-orang yang beriman !, Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang anak panah, adalah ( semuanya ) kotor ( keji ) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya".
Surah Maidah ( 90 )
___________________________
Mengenai kejipan (kerdipan) mata kanan atau kiri ini tidaklah kupetua apa-apa kepada sesiapapun kerana manusia tidak dapat mengetahui rahsia Allah melainkan setelah sesuatu perkara itu berlaku. Kiranya kita meramalkannya untuk orang lain dan meyakinkan perkara yang kabur begini tentulah dilarang oleh Islam sama seperti tenung nasib. Aku hanya menjadikannya sebagai pecaman untuk diri sendiri sahaja, sama juga seperti kuceritakan mengenai mimpi di dalam entri yang telah lalu.




"Allah Maha Mengetahui"

Sekian. Wassalam.




Kambing tidak makan daun tembakau.


Salam Semua.

Malam tadi penulis ke masjid mendengar ceramah Israk dan Mikraj. ketika sampai ceramah telahpun bermula. Biasalah ceramah Israk dan Mikraj ini boleh dikembangkan ceritanya seluas-luas yang kita mahu sehingga mencakup keseluruhan hidup kita ini tetapi, kerana masa yang diberikan terhad maka penceramah kekadang tidak mengulas kh
usus tentang Israk dan Mikraj itu tetapi menjelaskan lebih kepada pengajaran dan kesimpulan yang dapat dimanfaatkan daripada peristiwa tersebut.

Dalam entri kali ini penulis tidak menyentuh tentang Israk dan Mikraj ini, sebaliknya penulis ingin menceritakan salah satu cerita yang dilontarkan oleh penceramah mengenai penaman tembakau di tempatnya.

Katanya walaupun penanaman tembakau ini perlu dijagai seperti tanaman lain juga tetapi katanya lagi dari aspek kawalan atau bimbangkan binatang ternakan meragutnya tidak wujud kerana kambing, lembu, kerbau, ayam dan itik tidak makan daun tembakau

______________________________

Firman Allah bermaksud:
" Wahai orang yang beriman, makanlah mana yang baik di antara rezeki yang Kami berikan kepadamu dan berterima kasihlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah-Nya".
Surah al.Baqarah (172)
__________________________________

tetapi
manusia pula makan daun tembakau (menghisab rokok ). Selepas menceritakan kisah kambingpun tidak makan daun tembakau penceramahpun senyum dan ramai-ramai pakat senyum dan penulispun senyum.

Tidak pasti sama ada beliau bergurau atau serius.




Sekian.Wassalam.

Saturday, July 25, 2009

Majlis Ilmu di Masjid Jamek Fastabiqul Khairat.

Salam Semua.

Pada hari Jumaat yang telah lalu pihak masjid telah mengedarkan informasinya kepada ahli jamaah di mana kertas edaran tersebut mengandungi tazkirah dan Jadual Bulanan Majlis Ilmu Masjid Jamek Fas
tabiqul Khairat, Batu Tiga, Shah Alam. Tazkirah telah dimuatkan di dalam "entry" yang telah lalu di dalam blog ini. Bersama ini diperturunkan pula jadual mengimarahkan masjid bagi memudahkan mereka yang tinggal di persekitaran masjid ini atau sesiapa sahaja yang ingin menyertai majlis ilmu tersebut.

JADUAL BULANAN MAJLIS ILMU MASJID JAMEK FASTABIQUL KHAIRAT.
( Tertakluk kepada pindaan )

Gambar hiasan

Minggu Pertama:

Ahad:
Kuliah Subuh:
( akan diumumkan kemudian ) .

Kuliah Maghrib.
Ust. AFI ABDULLAH .
Kitab Mustika Hadis. Jld.1 .
( Hadis ).


Isnin:
Kuliah Maghrib.
Ust. MUHAMMAD.
Kitab Hidayatus salikin -
( Tasauf ).

Selasa:
Kuliah Magbrib.
UST. WAN AHMAD RAHIMAN -
Tafsir al.Baqarah -
( Tafsir ).


Rabu:
Kuliah Maghrib.
UST. Muhammad TAJWID -
( Qiraat ).


Khamis:
Majlis membaca Surah Yasin.

Jumaat:
Kuliah Maghrib.
UST. FAUZI.
Kitab Tauhid Sheikh Abd.Majid Aziz Az.Zindani-
( Aqidah ).


Sabtu:
Kuliah Maghrib.
UST. AFI ABDULLAH -
Kitab Fiqh Sunnah oleh Sayid Sabiq -
Kitab Bajuri -
( Fikah ).


__________________________________________________

Minggu Kedua

Ahad.
Kuliah Subuh.
( akan diumumkan )

Kuliah Maghrib.
UST. AFI ABDULLAH.
( Hadis ).

Isnin.
Kuliah Maghrib
UST. MUHAMMAD YUSUF.
( Tasauf ).


Selasa.
Kuliah Maghrib.
UST.. WAN AHMAD RAHIMAN.
( Tafsir ).


Rabu.
Kuliah Maghrib.
UST.MUHAMMAD TAJWID -
( Qiraat ).


Khamis.
Majlis Membaca Surah Yasin.

Jumaat.
Kuliah Maghrib.
UST. FAIRUZ.
Kitab Bulughul Mar'am-
( Hadis ).


Sabtu.
Kuliah Maghrib.
UST. AFI ABDULLAH.
( Fiqah ).
___________________________________

Minggu Ketiga.

Ahad.
Kuliah Subuh.
( akan diumumkan )

Kuliah Maghrib.
UST. AFI ABDULLAH.
( Hadis ).

Isnin.
Kuliah Maghrib.
UST.Muhammad.
( Tasauf ).


Selasa.
Kuliah Maghrib..
UST. WAN AHMMAD.
( Tafsir ).

Rabu.
Kuliah Maghrib.
UST. MUHAMMAD TAJWID
( Qiraat ).


Khamis.
Kuliah Maghrib.
Majlis Membaca Surah Yasin.

Jumaat.
Kuliah Maghrib.
UST. FAIRUZ.
( Hadis ).


Sabtu.
Kuliah Maghrib.
UST. AFI ABDULLAH
( Fiqah ).
_______________________________

Minggu Keempat.

Ahad.
Kuliah Subuh.
( akan diumumkan )

Kuliah Maghrib.
UST. AFI ABDULLAH.

Isnin.
Kuliah Maghrib.
UST.MUHAMMAD.
( Tasauf ).

Selasa.
Kuliah Maghrib.
UST. WAN AHMAD RAHIMAN.
( Tafsir ).

Rabu.
Kuliah Maghrib.
UST.MUHAMMAD TAJWID.
( Qiraat ).

Khamis.
Majlis Membaca Surah Yasin


Jumaat.
Kuliah Maghrib.

UST.FAUZI.
( Aqidah )

Sabtu.
Kuliah Maghrib.
UST. AFI ABDULLAH.
( Fiqah ).
______________________

Pautannya.

___________________________

Sekian. Wassalam.

Friday, July 24, 2009

Edaran berinformasi dari Masjid Jamek Fastabiqul Khairat.


Salam Semua.

Edaran berinformasi dari Masjid Jamek Fastabiqul Khairat.
Batu Tiga. Shah Alam,

Masjid Dan Peristiwa Israk Mikraj.
Peristiwa Israk dan Mikraj menjadi bukti betapa pentingnya masjid dan peranannya dalam kehidupan manusia. Dalam ayat pertama surah al.Israk menyatakan bermulanya perjalanan Israk dari Masjid al.Haram di Mekah dan bermulanya Mikraj dari Masjid al.Aqsa di Baitul Maqdis. Ahli tafsir menyatakan bahawa Allah SWT menyebut nama kedua-dua masjid ini kerana ingin memberitahu betapa pentingnya masjid dan peranannya dalam kehidupan kita.

Kemuncak dari peristiwa Israk Mikraj pula ialah Rasulullah.s.a.w. menerima kefarduan solat. Kesimpulannya ialah bermulanya Israk Mikraj adalah dengan masjid dan kemuncaknya dengan solat.

Para ulamak menyatakan perkara ini memberi mesej bahawa, untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, manusia tidak boleh lari dari masjid dan juga tidak boleh lari dari solat. Kombinasi terbaiknya ialah solat tersebut ditunaikan di masjid.

Masjid Dan Hijrah Rasulullah.S.A.W.
Sesungguhnya Hijrah ke Madinah tujuan utamanya adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Bagi menjayakan matlamat tersebut, langkah pertama yang dilakukan oleh Baginda ialah menyediakan asas yang kukuh iaitu:

1. Pembinaan masjid.
2. Mempersaudarakan Muhajirin dan ansar.
3. Menyediakan undang-undang yang dapat mengawal sistem perjalanan hidup.

Pembinaan masjid merupakan perkara pertama dan paling penting bagi membina sebuah masyarakat Islam yang kukuh akidah dan mantap hubungan persaudaraannya. Masyarakat Islam yang bersifat demikian hanya dapat diwujudkan apabila mereka beriltizam dan beristiqamah dengan peraturan Islam.Aqidah Islam dan cara hidup Islam. Untuk melahirkan semua perkara tersebut mestilah melalui perantaraan roh masjid.

Hubungan persaudaraan sesama Islam hanya dapat disempurnakan dengan masjid. Selama mana orang Islam tidak dapat bertemu setiap hari dalam kekerapan tertentu di masjid di dalam satu saf dalam keadaan dan suasana menyembah Allah SWT, tidak mungkin roh persaudaraan dan kasih sayang meresap di kalangan mereka.

Pertemuan melalui solat berjamaah di masjid dalam satu saf berimamkan imam yang sama akan dapat menghapuskan jurang perbezaan yang wujud di kalangan mereka dari segi harta, pangkat, kedudukan dan ideologi politik.

Selama mana umat Islam menunaikan solat fardu di rumah tanpa wujudnya penyatuan dan pegaulan ketika beribadah, maka makna keadilan dan persamaan ketika melakukan urusan seharian tidak akan dapat menguasai masyarakat. Usaha untuk menyatupadukan umat Islam tidak akan tercapai selama mana masyarakat Islam tidak memenuhi masjid-masjid yang dibina indah itu.

_________

Makluman tambahan
>>>
<<<
___________

"Allah Maha Mengetahui"


Sekian. Wassalam.



Wednesday, July 22, 2009

Wajar Pelajar Cemerlang dimanfaatkan.


Pelajar wanita Cemerlang.

Salam Semua.

Kursus Motivasi Pelajar Sekolah Menengah.

Kursus motivasi penting dianjurkan untuk para pelajar terutamanya pelajar Sekolah Menengah tetapi untuk melaksanakannya sebahagian dari para guru akan terasa susah dan payah. Susah dan payah ini sebenarnya hanya berlaku kepada mereka yang tidak mahir sahaja, bagi mereka yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ini semua urusan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.
- Alah bisa tegal biasa-

#################

MANFAATKAN KEBOLEHAN RAKAN SEBAYA

##################

Sekiranya guru ingin mengadakan kursus pendek yang mengandungi beberapa slot sahaja, para guru boleh memanfaatkan pelajar cemerlang yang terdapat di sekolah mereka dengan memprogramkan kursus itu seperti berikut;

Program:
7. 35 pagi - Pendaftaran peserta.
8.00 pagi - Taklimat kursus.
8.10 pagi - Ceramah " Kaedah belajar berkesan"
9.10 pagi - Peserta Bersama Pelajar Cemerlang.
10.10 pagi - Rehat/ Kudapan.
10.20pagi - Bengkel.( Aktiviti menjawab soalan atau menyiapkan tugasan )
11.20 pagi - Pembentangan.
12.10 t.hari - Penilaian.
1.20 petang - Bersurai.

Ulasan:
Pendaftaran: Pendaftaran peserta sangan penting dicatatkan nama mereka untk semakan sekiranya terdapat sebarang masalah di kemudian hari.

Taklimat: Para peserta (pelajar) perlu diberi taklimat supaya mereka mengetahui perjalanan kursus dan tidak tertanya-tanya di antara satu sama lain.

Ceramah "Kaedah belajar berkesan": Ceramah ini hendaklah disampaikan oleh guru yang berpengalaman dalam bidang tersebut, akan terasa menarik dan berkesan serta terdapat kelainan sekiranyapihak penganjur menggunakan khidmat penceramah jemputan.

Peserta Bersama Pelajar Cemerlang: Dua atau tiga Pelajar Cemerlang diundang untuk merealisasikan suatu forum khas mengenai kaedah belajar yang diamalkan oleh mereka ( pelajar Cemerlang ), di mana guru akan menjadi moderatornya dengan mengemukan soalan-soalan yang boleh dimanfaatkan oleh peserta - para peserta hendaklah diberi peluang bertanya - moderator hendaklah mengutamakan soalan peserta, sekiranya peserta aktif mengemukakan soalan.maka mudahlah tugas mederator.
Beberapa hari sebelum kursus diadakan penganjur hendaklah menghubungi para pelajar cemerlang berkenaan dan memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka layak menjadi salah seorang ahli forum tersebut. Kurang keyakinan diri mungkin berlaku pada mereka ini, maklumlah mereka masih pelajar. sebab itulah jaminan keyakinan diri perlu ditanam terlebih dahulu di dalam diri mereka.

Bengkel : Soalan-soalan yang ada hubungkait dengan ceramah dan forum hendaklah disediakan oleh pihak penganjur untuk perbengkelan. Para pelajar dipesan supaya membuat catatan sepanjang ceramah dan forum berjalan.

Pembentangan: Aktiviti atau tugasan yang disiap dan disempurnakan di dalam bengkel hendaklah dibentangkan di dalam sesi pembentangan
.

Penilaian: Setiap kumpulan hendaklah diberi soalan penilaian dan membentangkannya kembali di dalam Sesi Penilaian kepada semua peserta, sama ada dibacakan sebahagian atau disampaikan maklumat itu oleh penganjur tentang reaksi peserta sama ada mereka berminat atau tidak tentang cara kursus itu diaplikasikan.

Akhir kata: Para guru bolehlah menggunakan budi bicara sendiri dalam merealisasikan pandangan dan panduan di atas.

-------------------------------------------------
Catatan Peringatan:
Program seperti ini penulis telah mempraktikkannya pada suatu masa dahulu, aktivitinya dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya menarik minat pelajar, berkesan dan bermotivasi.
---------------------------------------------------



Sekian.Wassalam.


"Ragging" di Pusat Pengajian Tinggi - Tol di rumah Pengantin Perempuan.

Salam semua.

Adat dan Adat.

Menuntut ilmu untuk tujuan yang baik adalah ibadat sama ada ilmu itu Ilmu Wahyu seperti Ilmu Tauhid, Fiqh, Ulum Hadis, Tafsir al.Quan dan seumpamanya atau Ilmu Aqli seperti Ilmu Matematik , Ilmu geografi, Ilmu Kimia, Ilmu Astronomi dan seumpamanya. Sebaliknya "ragging" atau dera yang dilakukan terhadap pelajar baru atas apa tujuan sekalipun adalah suatu adat yang buruk, adat ini suatu ketika dahulu diamalkan secara rasmi oleh Persatuan Pelajar dan mendapat izin daripada pihak pentadbir, akhirnya adat jahiliyah ini diharamkan, kini kalau berlakupun hanya secara tersembunyi dan tidak lagi direstui serta telah dianggap menyalahi undang-undang.

Pusat Pengajian Tinggi masakini telahpun menyediakan program yang berfaedah dan bermanfaat bagi menyambut pelajar baru, anjakan pradigma telahpun dilakukan demi kebaikan genarasi muda yang akan mewarisi kepimpinan masyarakat dan negara.

Berkahwin dan berkhenduri dan mengisytiharkan perkahwinan kepada sanak saudara, kawan rakan dan masyarakat umum adalah suatu amalan ibadat dan sunnah Nabi Muhammad.s.a.w

Sebaliknya tol yang dikenakan oleh pihak pengantin perempuan terhadap rombongan pengantin lelaki adalah adat, adat yang mengandungi tujuan di antara kabur dan jelas, pelaksanaannya dilakukan oleh mereka yang agak kabur kedudukannya di dalam Majlis Perkahwinan tersebut. Tol bermakna sekatan berbayar, sekatan biasanya dikenakan ke atas mereka yang menggunakan perkhidmatan dengan bayaran tertentu, pihak penerima sememangnya menggunakan perkhidmatan , bukan orang lain yang menggunakannya. Apa-apa sahaja bayaran yang melibatkan bayaran yang berbentuk kewangan atau harta-benda adalah melibatkan hukum haram atau halal. Sekiranya di sana terdapat unsur paksaan, memalukan tetamu atau keseronokan yang lagha, sudah tentulah perbuatan seperti itu bertentangan dengan ajaran Islam. Nabi Muhammad.s.a.w telahpun mengajar dan mendidik umatnya cara-cara menyambut tetamu, hendaknya itulah prosedur yang perlu diamalkan oleh umat Islam.

Sebagai orang Islam tidak sepatutnya kita melakukan " ragging" terhadap tetamu kita yang sepatutnya diraikan dan dihormati. Sekalipun bertujuan untuk menimbulkan kemesraan kerana kita telahpun mempunyai kaedah atau caranya yang lebih cantik dan berkat, Orang Islam telah dididik oleh Rasulnya supaya menggunakan cara yang betul untuk mendapat sesuatu yang baik kerana Islam tidak menghalalkan cara yang haram untuk mendapat sesuatu yang halal.

Suatu penilaian semula terhadap semua amalan adat yang tidak selari dengan ajaran Islam yang masih diamalkan oleh orang Islam perlulah dilakukan dan diambil natijahnya.
________________________

Ulasan ini wajar dijadikan panduan:
Delete
Blogger Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Dalam perbahasan mengenai Islamic Legal Maxims/usul fiqh ada membahaskan mengenai kaedah yang mengharuskan penggunaan adat sebagai mengikat dan boleh diamalkan oleh penduduk sesuatu tempat selama mana adat itu tidak bertentangan dengan Quran dan Sunnah. "AL-Adah Muhakkamah" or customs is authoritative.(Adat bersifat mengikat). Selagi adat yang digunapakai tidak bertentangan, bolehlah diamalkan.

July 22, 2009 6:23 PM

_________________________

"Mentaati Allah mengatasi mentaati adat"

_______________________

Baca tajuk ini ( Wahnuar ).


Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam