Monday, July 27, 2009

Kambing tidak makan daun tembakau.


Salam Semua.

Malam tadi penulis ke masjid mendengar ceramah Israk dan Mikraj. ketika sampai ceramah telahpun bermula. Biasalah ceramah Israk dan Mikraj ini boleh dikembangkan ceritanya seluas-luas yang kita mahu sehingga mencakup keseluruhan hidup kita ini tetapi, kerana masa yang diberikan terhad maka penceramah kekadang tidak mengulas kh
usus tentang Israk dan Mikraj itu tetapi menjelaskan lebih kepada pengajaran dan kesimpulan yang dapat dimanfaatkan daripada peristiwa tersebut.

Dalam entri kali ini penulis tidak menyentuh tentang Israk dan Mikraj ini, sebaliknya penulis ingin menceritakan salah satu cerita yang dilontarkan oleh penceramah mengenai penaman tembakau di tempatnya.

Katanya walaupun penanaman tembakau ini perlu dijagai seperti tanaman lain juga tetapi katanya lagi dari aspek kawalan atau bimbangkan binatang ternakan meragutnya tidak wujud kerana kambing, lembu, kerbau, ayam dan itik tidak makan daun tembakau

______________________________

Firman Allah bermaksud:
" Wahai orang yang beriman, makanlah mana yang baik di antara rezeki yang Kami berikan kepadamu dan berterima kasihlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah-Nya".
Surah al.Baqarah (172)
__________________________________

tetapi
manusia pula makan daun tembakau (menghisab rokok ). Selepas menceritakan kisah kambingpun tidak makan daun tembakau penceramahpun senyum dan ramai-ramai pakat senyum dan penulispun senyum.

Tidak pasti sama ada beliau bergurau atau serius.




Sekian.Wassalam.

No comments: