Wednesday, July 1, 2009

Bila gadis lebih ramai daripada teruna


Orang dewasa berusia 80an menanam biji kurma ( pokok kurma ) tentulah bukan untuk dirinya kerana pokok kurma memakan masa yang lama untuk berbuah. Beliau hanya berfikir dan bertindak secara proaktif dan kritis. Anakcucunya insya Allah akan beruntung hasil tindakan tersebut. Lagipun dia sendiri memakan buah yang ditanam oleh orang yang terdahulu.

Fikir , jangan tidak fikir.
_______________________


Firman Allah bermaksud,
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinilah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain) :dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil,( di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tiadak melakukan kezaliman".
Surah An.Nisaa' (3).

_______________________

Al.Hadith

Dari Abu Musa.r.a dari Nabi.s.a.w, sabdanya;
"Kelak akan datang suatu masa, di mana seorang lelaki berkeliling membawa emas untuk disedekahkannya, tetapi dia tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima sedekahnya itu.
Akan terjadi pula kelak.
Seorang lelaki diikuti oleh empat puluh orang wanita yang kesemuanya menginginkan lelaki itu untuk menjadi suaminya. Hal itu akan terjadi, kerana jumlah lelaki jauh lebih sedikit daripada wanita".


_________________________

Salam Semua.

Bila gadis lebih ramai daripada teruna.

Nampaknya kali ini saya ingin mengajak anda semua berfikir ke hadapan dan ke hadapan untuk kepentingan dan keselamatan aqidah Islam, keluarga dan negara yang tercinta. Kalau negara ada wawasan 2020 dan berbagai-bagai lagi wawasan yang baik untuk negara dan rakyatnya, adakah wawasan tersebut mengambil kira permasalahan yang tersebut di atas dan permasalahan yang berkatan dengannya.
Kalau beras untuk bekalan negara tidak mencukupi kerana pertumbuhan penduduk berkembang pesat, kita bertindak menanam padi dua kali setahun , disamping mengimpot beras dari luar negara. Bagaimana dengan hal ini, semakin hari semakin pasangan teruna dara tidak akur, maka ramailah di kalangan mereka tercicir. Adakah perkara besar dan penting ini dianggap masalah keluarga masing-masing, bukan masalah negara dan bukan masalah kita bersama. Bagaimana dengan keturunan kita pada tahun 2040 atau lebih ke hadapan lagi. Adakah masalah ini tidak termasuk di dalam perancangan pembangunan insan atau kesejahteraan rakyat atau negara. Adakah kita prihatin dengan perkembangan ini atau memadai ianya berlalu tanpa melihat dengan minda yang proaktif dan kritis.

Merujuk kepada Hadith di atas menggambarkan bahawa masalah ini sedang berlaku secara beransur-ansur di peringkat dunia global bukan sahaja glokal, Allah Taala telah memberi amaran awal kepada manusia melalui malaikat jibril dan seterusnya diwahyukan kepada Nabi Muhammad.s.a.w. dan akhirnya sampai kepada pengikut Nabi Muhammad.s.a.w. (kita semua). Ajaran Islam memberi pertunjuk sebahagian daripada cara penyelesaiannya tetapi manusia tidak mampu mengaplikasikannya sehingga menjadi kenyataan kerana kelemahan manusia tidak dapat mengimbangkan emosi dan nafsu dengan akal serta kepentingan diri dan keluarga sendiri serta lain-lain kelemahan yang menguasai diri.
Adakah kita memerlukan anjakan pradigma ?.

Saya tinggalkan masalah ini untuk anda berfikir
.

Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

6 comments:

Nl said...

salam Pak Ngah...
kenapa entry tu ada tajuk jer...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Diskrin Pak Ngah keluar penuh.
hai toyol kacau kot, hehehe

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Saya kalau mampu dari segi rohani, jasmani dam 'money' memang nak kawin 4! Bukan semata-mata nak ikut sunnah...silap tanggapan begitu. Nak tambah umat Islam di muka bumi...haa baru lebih kemas sebab musababnya sikit! Formulanya:

Umat Islam dunia tahun 2020 =
(kalau semua lelaki kawin 4)

=(1.6 X 30% X 4 X 4) + 1.6
= 9.28 biliun!

Anggapan matematik:
1) semua lelaki & isteri subur.
2) kadar kematian sama kadar kelahiran.

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Nampaknya sdr.Zaidi berfikir secara proaktif dan kritis, hasilnya dapat serampang banyak mata, hehehe.
Dalam hal ini risau memikirkannya, walau apapun kita kena serah kepada takdir Allah kerana Dialah penciptanya.

Cik Bee said...

salam ziarah....
poligami???
ramai wanita x suke.. yer sbab nafsu dan emosi melebihi segalanye...

Leenoh said...

Salam Misz A.C.C.A.
Ya, memang betul, amalan berpoligami hanya sedikit sahaja yang berlaku di kalangan orang yang baik dan patuh ajaran Islam.

Sebaliknya ramai di kalangan orang yang bermasalah mengamalkannya menjadikan amalan tersebut tidak menjadi contoh kepada orang lain dan menakutkan kaum wanita,
berlebih-lebih lagi cara pelaksanaannya pun tidak mengikut tertib yang disarankan oleh Islam.

Pandangan saya itu bukanlah hasil satu kajian hanya sekadar pemerhatian kepada beberapa peristiwa yang pernah berlaku di dalam masyarakat kita sahaja.