Tuesday, June 30, 2009

Berat mana mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Gambar hiasan
_____________

Salam Semua.

Sedang saya memasak sayur sekejab tadi kurang lebih jam 6. 40 petang, saya teringat akan kesusahan orang lain yang sedang memperjuangkan dan berdoa agar melepasi kesusahannya. Dalam pada itu bukan berarti saya sendiri sudah terkeluar daripada zon kesusahan, bukan begitu, semua orang tidak terkucuali daripada menghadapi kesusahan, cumanya kadar dan situasinya berbeza, ada yang berat dan ada yang ringan.

Bagi saya masak sayur suatu tugas yang amat ringan dan mudah, saya cuma sediakan sawi, bawang merah, bawang putih (lebih banyak), ikan bilis atau udang kering, minyak masak dan air, letakkan sahaja periuk atau belanga di atas api, masukkan minyak, bila dah panas, masukkan bawang kemudian ikuti dengan ikan bilis atau udang tadi, selepas itu dimasukkan sedikit air, apabila air mendidih, masukkan pula sawi ke dalam periuk atau belanga tadi, setelah mendidih dan daun sawi agak sudak kecut, sekali lagi masukkan air secukupnya......................................................
itulah namanya sayur sawi jantan............hehehe.saja merapu.

Senang saja masak sayur sawi ni sebab itulah ketika memasak minda saya memikirkan macam-macam hal yang berlaku di dunia ni, kekadang berfikir sebelum ini aku tinggal di Sg.Petani, sekarang tinggal pula di Shah Alam dan berkenalan pula dengan anda semua,sebelum itu lagi aku tinggal di Alor setar dan sebelum itu lagi aku tinggal di Sg. Petani (2x) dan sebelum itu lagi aku tinggal 21 Jalan Harimau Telap , Taman Century, di Johor Baharu, ya takdir, takdir, takdir, itulah takdir Allah, tetapi di sini lebih sihat dan tenang ja, agaknya tempat ini lebih sesuai untukku sebab itu Allah takdirkan pindah ke sini, itulah perkara yang berputar di kepala saya. kekadang pula saya fikir, agaknya di manalah kubur aku nanti..... hai mati pun kena ada perancangan kalau tidak, tak dapat husnul khatimah, kata hati, tidak mengapalah di mana aku mati di kawasan itulah kuburku jangan bawa jauh-jauh tak baik, jangan layan adat layanlah sunnah. Akhirnya saya fikir pasal kesusahan orang buta, orang cacat dan lain-lain yang tidak suka saya sebutnya di sini, cukuplah menjadi rahsia saya seorang sahaja. hehehe.

Bila saya fikir pasal orang cacat, saya teringat pula di setengah tempat masyarakat prihatin menyediakan tempat letak kereta khas untuk orang-orang cacat ni tetapi orang yang tak cacat ni pula nak mudah pergi letak kereta mereka di tempat tersebut. isy, isy, isyh kenapalah jadi macam tu. Kekadang saya fikir kesusahan seseorang individu yang saya kenal, entah kenapa saya suka sangat memikirkan kesusahan orang lain, kekadang sampai meleleh air mata kerana kesian.
Walaupun kita melihat orang lain susah dan menanggung derita dengan rasa susah bersama tetapi yang menanggungnya atau tuan empunya diri tentulah lebih susah lagi daripada kita yang hanya memandang dari jauh sahaja, sebab itulah
pepatah Melayu berkata
" Berat mana mata memandang, berat lagi bahu memikul"

Ramai orang rasa kesian (kasihan) kepada orang susah tetapi perasaan kesian itu hanya sepintas lalu sahaja, mereka hanya simpati tetapi tidak sampai empati, umpama kita melihat orang buta, ya orang buta, dia tidak dapat lihat apap-apa, setakat itu sahaja tetapi tidak sampai kepada menghayatinya, ya benar tidak sampai menghayatinya, bagaimana hendak menghayatinya, kalau hendak menghayatinya kita kenalah tutup mata sekurang-kurangnya satu bulan dan pergilah bekerja seperti biasa di dalam tempoh sebulan itu. ( Hehehe.......boleh ke ? - kalau tak boleh, khayalkan dan bayangkan sahaja ). Dengan cara itu barulah dikatakan kita menghayatinya atau simpati dan empati. Maknanya kita hendaklah masuk ke dalam diri orang yang kita kesian itu barulah sebenarnya kita faham akan kesusahannya dan akan bertindak menolongnya sekadar yang mampu.

Ketika saya masih bertugas sebagai guru dahulu terdapat beberapa orang guru sedang bergurau sesama mereka bercakap dengan suara sengau kerana mengajuk seorang murid mereka yang sengau, agaknya untuk mengendurkan ketegangan selepas mengajar, saya pun tumpang sekaki, tetapi sekadar mendengar dengan penuh minat, maknanya saya selaku peserta pasif kemudiannya barulah saya menjadi aktif apabila saya menyedarkan mereka bahawa mereka adalah di antara orang yang suka dan peminat suara sengau, awak semua masih muda harapan untuk mendapat anak yang suaranya sengau masih terbuka luas, sekurang-kurangnya seorang pun mencukupi. Akhirnya mereka tersentak, terperanjat dan termenung, menyedari bahawa mereka tidak suka anak mereka dilahirkan demikian rupa, kita sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan sempurna, jangan mengejek kekurangan dan keaiban orang lain. nanti Allah mendatangkan kekurangan dan keaiban itu kepada kita.

___________________

Al.Hadis,
Dari Abu Syaibah.r.a.Dari Nabi.s.a.w., sabdanya:
"Setiap perbuatan baik ( makruf ) adalah sedekah"

___________________


Saya nukilkan topik ini sebenarnya semata-mata ingin meluahkan perasaan saya yang sedang merasai kesian, simpati dan empati kepada beberapa individu, mereka itu di antaranya kekawan dan ada yang ahli keluarga yang saya memang menyedari bahawa mereka sedang menghadapi masalah yang sukar hendak diselesaikan, kekadang terasa hanya terserah kepada takdir, saya rasa kesian dan sedih yang amat sangat kepada mereka kerana apa yang sedang ditanggung dan dihadapi itu, Kalaulah berlaku pada diri saya, saya sendiri tidak tertanggung dan tidak berupaya menanggung ujian tersebut. Masalah mereka sebenarnya berbeza-beza.
Sehingga kini saya hanya mampu mendoakan agar mereka akan mendapat kesejahteraan yang diharapkan seperti orang lain yang sedang menikmati kesejahteraan dan kebahagiaan.

Ok. sekadar ini dahulu .......,


Sekian. Allah Maha Berkuasa. Wassalam.

8 comments:

Nl said...

salam pak Ngah...

oh rajin nyer masak sayur sawi hehee
dah habis ker... tak jemput pun saya makan sekali ngeeeeee

betul tu pak Ngah kalu kita rasa kita ni susah ada lagi yang lebih susah dari kita... ada yang lebih memerlukan...

Anonymous said...

Salam Leenoh.
Hari ni (30 Jun) saya pun masak jantan gak. Dah cemuih makan kedai!
Gulai Ketam Nenas Tumis Darat, Ikan Bawal Putih Goreng Berempah dan Kangkung Goreng Belacan.

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Masak sendiri makanpun sendiri, masak sawi jantan ni, tak ramai orang yang suka makan tapi ada juga la...hehehe..

Leenoh said...

Salam Zaidi.
itu dah canggih tu,Kalau boleh masak macam tu dah boleh buka restoran, hehehe.
Pi buka di taman Ria tambah meriah dengan Restoran Pak Sadar...ikan bakar.

Mak Su said...

oh...masak sawi tu? saya pun masak mcm tu, ahaks.

jadi, sawi tu boleh dimasak cara jate tino, unisex :)

Leenoh said...

Salam Maksu,
Rupanya kita serupa walaupun tak sama.
oh klu gitu masakan tu nama dalam bahasa Melayunya Jatino ( jantanbetina - unisex ). Mak su dah bagi istilah baru, tak pa nanti saya pakai istilah tu hehehe.

buNga said...

kalo sy pulak kan p.Ngah.. x tahan tgk org naik moto bwk budak/baby/anak2...

sedey tgk bdk tu tekepit kat tgh & bygkan kalo ujan.. bile saya bwk kete n beriringan dgn mereka yg sy maksudkan di atas... rase nak menangih rasenye..

tgk bdk tu pun cam baik jek... ddk capuk elok2 jek.. syukur alhamdulillah.. selalu doakan dia dpt beli kete 1 hari nnt...

tp Jmr selalu ckp.. awk x tau kat umah dia ade Honda Civic.. haha

Leenoh said...

Salam bunga.
Betul jugak kata Jmr tu. hahaha, mungkin loripun ada.

Itulah bisikan hati halus kita yang Allah masukkan rasa kasih sayang untuk menyempurnakan sifat kemanusiaan kita agaknya.

Memang kekadang nak marah pula, bila keadaan mcm tu kemudian laju pula, kalau kmlangan apa jadi kepada kanak2 tu nantu.
Memang mcm itulah juga Pak Ngah fikir.