Salam Sejahtera.
Saya sering menyentuh topik yang hampir sama di dalam kebanyakan tulisan atau artikel kerana pada anggapan saya kebiasaannya permasalahan tersebut sangat mustahak dan menjadi titik permulaan di dalam Islam, iaitu topik yang berkaitan dengan makrifatullah (mengenal Allah). Setiap manusia di atas muka bumi ini wajib mengenal dan beriman kepada Allah. Manusia tidak mungkin beriman kepada Allah, sekiranya mereka tidak mengenal-Nya. Bak kata pepatah tidak kenal maka tidak cinta. Orang bukan Islam yang mengetahui latar belakang kepercayaan orang Islam atau ajaran Islam lebih selesa bergaul dengan orang Islam berbanding dengan orang bukan Islam yang tidak mengetahui latar belakang ajaran Islam, bertambah buruk lagi, sekiranya mereka mengenali Islam melalui sumber bukan Islam yang tidak tepat atau sengaja dipesongkan daripada hakikat yang sebenar.
Islam meletakkan kewajipan yang terawal bagi manusia, khasnya bagi orang Islam ialah makrifatullah ( mengenal Allah ).
Jabal Nur.
Jabal Nur
Persoalannya bagaimana ?. Bagaimanakah manusia bisa mengenal Allah ?. Sebenarnya manusia tidak bisa mengenal Allah, manusia mustahil berupaya mengenal Allah, sekiranya Allah tidak memperkenalkan Diri-Nya kepada manusia.
Alhamdulillah, Allah telah memperkenalkan Diri-Nya sejak zaman dahulu lagi, Allah memperkenalkan Diri-Nya kepada Malaikat, Iblis dan Adam , seterusnya kepada manusia generasi berikutnya dengan menurunkan wahyu-Nya yang dikenali sebagai suhuf dan kitab, wahyu tersebut diturunkan kepada Nabi-Nabi dan Rasul- rasul-Nya.
Gua Hirak berada di Jabal Nur.
Umat manusia yang menjadi penghuni di atas muka bumi pada zaman ini atau lebih dikenali sebagai umat Nabi Muhammad.s.a.w. sangat beruntung dan mendapat nikmatnya melalui wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.s.a.w. atau dalam perkataan yang lebih mudah diungkapkan dan senang difahami ialah Allah telah memperkenalkan Diri-Nya kepada Nabi Muhammad.s.a.w. melalui perantaraan dan Utusan-Nya, iaitu malaikat Jibril.
Nabi Muhammad.s.a.w.
menerima wahyu pertama di Gua Hirak
Ungkapan dan ayat perkenalan tersebut ialah terkandung di dalam surah Al.Alaq ( ayat 1-5 ) - wahyu pertama - yang bermaksud.
Setelah Allah memperkenalkan Diri-Nya kepada Nabi Muhammad.s.a.w. barulah baginda mengenal Allah
( makrifatullah ) . Iaitu Allah yang mencipta dan menjadikan alam ini, itulah Tuhan yang wajib dan layak disembah. Nabi Muhammad.s.a.w. tidak mungkin mengenal Allah tanpa huraian yang disampaikan oleh malaikat Jibril. Semua perkara ini berlaku adalah atas kehendak dan iradah Allah Taala jua.
Sebaik sahaja Nabi Muhammad.s.a.w telah mengenal Allah diikuti pula dengan wahyu yang memerintahkan baginda supaya berita itu disampaikan pula kepada seluruh manusia dan seterusnya Allah menurunkan pula wahyu (ajaran) yang menjadi panduan hidup manusia di dunia ini, tanpa panduan tersebut manusia akan hidup di dalam kejahilan dan kesesatan sepanjang masa, akhirnya dunia ini akan dipenuhi dengan kerosakan dan kemusnahan.
http://manzlie-makkah.blogspot.com
________________________
Hanya dengan mematuhi wahyu tersebut manusia akan hidup aman dan sejahtera di dunia dan juga di akhirat. Di dalam ajaran (wahyu) tersebut diterangkan dengan jelas hakikat hidup manusia di dunia ini dan diterangkan laluan hidup manusia yang terpaksa mereka lalui, iaitu dunia dan akhirat.
Jabal Nur
Setiap manusia di dunia ini wajib beriman kepada Allah.
Setelah berita mengenai Allah atau butiran wahyu telah sampai ke pengetahuan mereka, maka mereka wajib beriman dengannya, sekiranya mereka menolak, mereka diistilahkan sebagai kafir dan akan menerima siksa di akhirat nanti atas penolakan tersebut.
Bagi mereka yang tidak sampai berita atau seruan ini ke pengetahuan mereka kerana tiada siapa di antara orang Islam pergi ke tempat tinggal mereka dan sememangnya mereka tidak pernah bertemu dengan orang Islam atau orang yang telah beriman. Mereka ini terkecuali daripada disiksa oleh Allah di akhirat nanti. situasi ini mengesahkan bahawa akal manusia tidak mampu mencari atau mengenal Allah melainkan dengan bantuan Perutusan Allah atau orang yang telah beriman yang menyampaikan berita itu atau berita wahyu yang menceritakan tentang kewujudan Allah kepada mereka.
Sekian.Allah Maha Mengetahui.Wassalam.

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, |
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. |
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, |
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. |
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya". |
Setelah Allah memperkenalkan Diri-Nya kepada Nabi Muhammad.s.a.w. barulah baginda mengenal Allah
( makrifatullah ) . Iaitu Allah yang mencipta dan menjadikan alam ini, itulah Tuhan yang wajib dan layak disembah. Nabi Muhammad.s.a.w. tidak mungkin mengenal Allah tanpa huraian yang disampaikan oleh malaikat Jibril. Semua perkara ini berlaku adalah atas kehendak dan iradah Allah Taala jua.
Sebaik sahaja Nabi Muhammad.s.a.w telah mengenal Allah diikuti pula dengan wahyu yang memerintahkan baginda supaya berita itu disampaikan pula kepada seluruh manusia dan seterusnya Allah menurunkan pula wahyu (ajaran) yang menjadi panduan hidup manusia di dunia ini, tanpa panduan tersebut manusia akan hidup di dalam kejahilan dan kesesatan sepanjang masa, akhirnya dunia ini akan dipenuhi dengan kerosakan dan kemusnahan.
http://manzlie-makkah.blogspot.com
________________________
Hanya dengan mematuhi wahyu tersebut manusia akan hidup aman dan sejahtera di dunia dan juga di akhirat. Di dalam ajaran (wahyu) tersebut diterangkan dengan jelas hakikat hidup manusia di dunia ini dan diterangkan laluan hidup manusia yang terpaksa mereka lalui, iaitu dunia dan akhirat.
Jabal Nur
Setiap manusia di dunia ini wajib beriman kepada Allah.
Setelah berita mengenai Allah atau butiran wahyu telah sampai ke pengetahuan mereka, maka mereka wajib beriman dengannya, sekiranya mereka menolak, mereka diistilahkan sebagai kafir dan akan menerima siksa di akhirat nanti atas penolakan tersebut.
Bagi mereka yang tidak sampai berita atau seruan ini ke pengetahuan mereka kerana tiada siapa di antara orang Islam pergi ke tempat tinggal mereka dan sememangnya mereka tidak pernah bertemu dengan orang Islam atau orang yang telah beriman. Mereka ini terkecuali daripada disiksa oleh Allah di akhirat nanti. situasi ini mengesahkan bahawa akal manusia tidak mampu mencari atau mengenal Allah melainkan dengan bantuan Perutusan Allah atau orang yang telah beriman yang menyampaikan berita itu atau berita wahyu yang menceritakan tentang kewujudan Allah kepada mereka.
Sekian.Allah Maha Mengetahui.Wassalam.
No comments:
Post a Comment