Gambar hiasan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Mauduk terbitan kali ini agak ringkas tetapi menuntut kita merenungi dan memikirkan sebab-sebab perkara ini boleh berlaku dan setengahnya telah menular dan merebak sehingga berjaya menyusup masuk ke dalam rumahtangga kita, Kalau hal ini dibiarkan dan tidak direnung dan difirkan untuk mengatasinya pertumbuhan dan berkembangbiaknya akan lebih laju dan cepat . jika kita prihatin dan bertindak mengatasinya lengkungan gelumbangnya akan dapat direndahkan sedikit.
Sikap dan peri laku yang zalim dan songsang atau akhlak yang tidak adil telah berlaku pada masa dahulu dan sedang berlaku pada masa kini di kalangan masyarakat, dilihat secara amnya. Jika kita renungi secara kritis setiap perkara penting yang berlaku pada diri kita atau disekeliling, kita akan terasa kelainan dan kezalimannya atau ketidakadilannya, hal ini akan disedari hanya dengan menggunakan akal dan minda yang celik sahaja. Ketika melihat keadaan dan perlakuan ini hendaklah dihubungkan dengan hukum- hakam yang terdapat di dalam ajaran Islam sama ada halal, haram, sunat, wajib, makruh atau mubah. Semua perlakuan atau aktiviti manusia di dunia ini akan menyentuh salah satu hukum tersebut.
_________________________________________
Adil = meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya.
Zalim = meletakkan sesuatu tidak sesuai pada tempatnya.
__________________________________________
Di antara perlakuan yang dapat kita renungi dan fikirkan dengan minda yang kritis serta dihubungkan dengan hukum-hukum yang disebutkan tadi. Sebagai contoh marilah kita perhatikan item di bawah ini.
(1) Anak-anak tidak lagi rapat dengan ibubapa tetapi mereka rapat dan mesra dengan kawan-kawan.
( Adil = Rapat dan mesra dengan ibubapa )
(2) Pasangan kekasih sangat mesra dan berkasih sayang serta menggunakan bahasa yang lembut dan enak didengar tetapi tidak demikian apabila telah berkahwin.
( Adil = Mesra dan berkasih sayang selepas berkahwin )
(3) Seorang suami berpakaian menutup aurat dan ditambah lagi dengan memakai kopiah putih tetapi isterinya tidak pula menutup aurat.
( Adil = Kedua-duanya menutup aurat )
(4) Setiap Jumaat dibacakan khutbah oleh khatib dan mengajar pelajaran aqidah dan ibadat pada hari yang lain dan didengari serta diikuti oleh jamaah tetapi semua ilmu pengetahuan tersebut ditinggalkannya di dalam masjid dan tidak diamalkan ketika berada di rumah atau luar masjid.
( Adil = Ilmu Islam yang diperolehi secara teori itu diamal dan dihayati )
(5) Resipi masakan dibaca dan diingatkan serta dicuba masak berkali-kali sehingga mahir dan akhirnya menjadi tukang masak yang mahir, Manakala Al.Quran dibaca dan dihafaz tetapi tidak pula diamal dan dilaksanakan di dalam kehidupan - kalau diamal dan dilaksanakan pun hanya sebahagian kecil daripada kandungannya.
( Adil = Dibaca, difahami, diingat, diamal, dihayati dan dilaksanakan di dalam kehidupan )
(6) Suka berbelanja dan bercakap dengan mesra dan penuh senyuman dengan kawan-kawan tetapi bersikap angkuh, sombong dan kedekut dengan anak isteri.
( Adil = Menafkahkan, bercakap dengan penuh mesra dan penuh kasih sayang dengan anak isteri ).
(7) Berbaik-baik dengan kekawan dan jiran tetapi memutuskan silaturrahim dengan ahli keluarga sendiri.
( Adil = Berbaik-baik dengan keluarga dan menjaga hubungan silaturrahim ).
(8) Setiap lepas solat telah menjadi kebiasaan kita akan berdoa memohon keampunan untuk diri sendiri dan sekalian kaum muslimin dan muslimat tetapi bermusuh dengan jiran dan muslimin serta muslimat, iaitu orang yang kita doakan tadi.
( Adil = Menjaga hubungan baik dan silaturrahim sesama Islam ).
Sekadar mengingatkan diri sendiri, keluarga dan mereka yang sudi .
Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

4 comments:
Salam Pak Ngah... yng nombor 5 tu terkesan dihati saya, saya ni baca boleh tapi hafaz beberapa kerat surah je..
Salam Zaidon.
Perkara (5) itu maksud Pak Ngah ialah isi kandungan Al.Quran keseluruhannya seperti ibadat, munakahat, muamalat dan lain-lain, teorinya Allah kehendaki dan perintahkan kita mengaplikasikannya di dalam kehidupan.
Zaidon, sebenarnya kita ini sama walaupun tidak serupa, hehehe.
Pak Ngah maksudkan membaca Al.Quran itu samalah seperti kita membaca resipi masakan, selepas membacanya kita akan cuba masak mengikut teori resipi itu, bukan kita baca dan baca dan seterusnya baca tanpa ada hari untuk kita merealisasikannya di dalam kehidupan. - baca dan laksana -
Al.Quran ialah buku panduan hidup di dunia ini. Membaca dan melaksanakannya di dalam kehidupan, manusia akan selamat di dunia dan di akhirat.
Panjang pulak jadinya he3,orang bersara memang banyak masa lapang.
dibaca... salam kenal dan terima kasih pak ngah... nanti saya akan jenguk2 selalu huhu
Salam NaqeebLukman.
Terima kasih kerana tinggal jejak, nanti senanglah nanti Pak Ngah ikut jejak itu ke laman blog anda.
Bahasa berirama pulak he3.
Post a Comment