Thursday, June 4, 2009

Pecah rumah


ا
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Kehidupan tidak bersih .

Pada hari Rabu ( 03.06.2009 ) jam 3.00 petang dua orang penyangak dan jin di kalangan manusia telah datang ke rumah jiran di hadapan rumah Leenoh, kedatangannya itu tanpa diundang, Leenoh memang pasti cara kehadirannya itu, Leenoh sedang leka melayari internet tiba-tiba dikejutkan oleh anaknya menyatakan ada tetamu yang diragui sedang memerhati rumah yang dimaksudkan tadi. Leenoh pun bangun dari tempat duduknya, terus meluru turun ke tingkat bawah dan menuju ke hadapan rumah, pergerakan Leenoh agak lambat sedikit , maklumlah pada ketika itu Leenoh berpakaian ala dahulu kala bersarung tanpa baju, pakaian begini sudah tentu tidak bersedia untuk bersilat dengan jin durjana tersebut.

Sebaik sahaja Leenoh keluar daripada pintu rumah dan masih di dalam kawasan pagar rumah , kelihatan syaitan dua ekor itu telah melarikan diri dengan motorsikal. Rupanya ketika Leenoh dalam perjalanan dari tingkat atas ke tingkat bawah salah seekor daripada syaitan tadi telah menerajang pintu pagar rumah jiran di hadapan itu sehingga terbuka dan berjaya dimasukinya dan terus meluru ke pintu rumah mengumpel dan menyungkilnya, juga mengetuknya dengan alat yang memang dibawa bersama untuk tujuan jahat tersebut.Manakala seekor lagi jin itu menunggu di atas motorsikal dalam keadaan bersiap siaga untuk memecut lari jika keadaan telah tidak selamat bagi mereka meneruskan niat jahat tersebut.

Anak perempuan Leenoh yang berada di dalam bilik tingkat atas dapat melihat perbuatan tersebut dengan jelas melalui tingkap bilik dan dengan perasaan yang sangat geram dan marah. Dia tidak sabar lagi menengking dan menjerit dengan sekuat hatinya untuk memberhentikan perbuatan syaitan itu, Sebaik sahaja mereka mendengar suara itu mereka pun terus pecut lari dengan motorsikal yang memang sudah bersedia untuk pecut lari, perkara itu berlaku dengan sepontan tanpa kami sempat membuat perancangan bersama, Leenoh secara berseorangan yang berada di bawah merancang untuk membiarkan perbuatan itu berlaku, sambil itu bercadang menghubungi polis supaya mereka terperangkap dalam kepungan polis, sayangnya tidak sempat berbuat demikian. Sekarang ini nampaknya kehidupan kita tidak lagi bersih seperti dahulu.

Pada ketika menghadapi jin dan syaitan itu Leenoh sendiri tidak mempunyai aura yang tinggi untuk bersilat dengan mereka, maklumlah pakaian yang dipakai itu tidak dapat diharapkan, walau bagaimanapun terfikir juga tentang kemahiran bersilat sama ada menggunakan langkah seribu atau langkah tapak harimau. walaupun dalam keadaan separuh takut tetapi bersedia juga dengan buah kunci mati yang pernah Leenoh belajar dahulu, hehehe bergurau ye.

Dalam topik yang telah lepas Leenoh telah pun menceritakan kisah ini iaitu beberapa buah rumah telah dicerobohi dan dipecahkan oleh kumpulan syaitan jenis manusia ini. Pada hari ini bertambah lagi sebuah, esok lusa entah rumah siapa pula. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah sentiasa memelihara keselamatan rumah dan keluarga kita.amin.

"BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH"

Sekian.Wallahu aklam.Wassalam.

4 comments:

ManSaari said...

Saudara leenoh. Assalamualaikum.

Sakan. Masih hebat. Mereka belum kena siku keluang. Nyata kita semakin tidak selamat. Namun keprihatinan kita dan jiran pasti banyak membantu. Salah asuhan atau salah pilih profesion yang menyebabkan dua ekor penyangak itu memiliki kemahiran yang terkutuk. Kemahiran yang dicela dan rezeki yang diperolehi nyata haram. Tetapi itulah yang dipilih biarpun kotor.

KUNTONG said...

mudah2an manusia durjana akan tertangkap jua.

Leenoh said...

Waalaikumussalam,
Sdr.Man Saari.
Nampaknya akal kita semakin buntu bila memikirkan hal kehidupan zaman ini.seperti tiada ubat yang boleh digunakan untuk merawatnya.
Ramai melihat dan menunggu supaya penyakit ini baik sendiri.seolah-olah itulah sikapnya.
Adakah kita sedang menuai hasil dasar pelajaran dan dasar negara kita yang telah berlalu.
Atau apakah sebenarnya.Kita masih bingung dan terpinga-pinga.

Leenoh said...

Salam.
Sdr.Kuntong, kita berharap begitulah hendaknya supaya keturunannya tidak berkembang.