Friday, June 12, 2009

Salah Faham

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Selama ini saya tidak pernah perasan bahawa imej tulisan yang tertera di atas itu boleh membawa salah faham kepada mereka yang bukan Islam. Perkara ini saya sedari setelah mengikuti forum mengenai dakwah Islam kepada orang India yang disampaikan oleh pendakwah yang berketurunan India.

Katanya apabila tetamu bukan Islam datang ke rumah terutamanya orang yang berketurunan India dan bertanyakan tentang imej tersebut hendaklah kita memberikan jawapan kepada mereka dengan tepat, kalau tidak mesej kita itu tidak akan sampai seperti yang dikehendaki.



Sebagai contoh imej tersebut biasanya tergantung di dinding di dalam rumah kita lengkap dengan bingkai yang cantik dan menarik, mungkin di ruang tetamu atau di mana-mana sudut yang sesuai, Imej itu menarik perhatian tetamu tersebut , lantas tetamu bertanya , apakah benda itu?. Tuan rumah pun menjawab , " Oh itu Allah ". Jawapan seperti inilah yang dimaksudkan oleh pendakwah tersebut, jawapan itulah katanya yang boleh membawa kepada salah faham kepada mereka yang bukan Islam.
Di sudut hati kecil mereka memahami bahawa " Oh orang Islam pun menyembah objek, (Allah berupa imej) ". Inilah salah faham yang tidak mendorong kepada ingin mengetahui mengenai Islam kerana mereka melihat bahawa orang Islam pun beribadat seperti mereka juga, konsep Tuhan juga hampir seperti mereka.




Oleh itu mereka (pendakwah) menyarankan supaya jawapan dan penjelasan hendaklah diberi dengan jelas dan terang, elakan memberi penjelasan secara sambil lewa, berilah penjelasan secara bersungguh-sungguh dan penuh minat. Sekurang-kurangnya katakan kepada mereka bahawa ini adalah tulisan khat Arab ( Kaligrafi Arab ) yang kalau dibacanya berbunyi Allah atau lain-lain jawapan yang tidak membawa kefahaman mereka kepada objek Allah.


Semoga "entry" yang ringkas ini dapat mencetuskan motivasi kepada minda kita.

______________________________

Percambahan minda.

zaidi ali said...

Kebaikan yang terus hidup walau pun kita telah mati ialah Ilmullah. Ilmu-ilmu kebaikan yang dituntut di jalan Allah SWT dan diajarkan pula kepada manusia. Misalnya seorang hamba Allah mengajar "ayat syahadah" kepada seorang kafir. Sudah tentu 'saudara baru' tersebut yang memeluk Islam akan berkahwin dengan seseorang yang Islam. Bermulanya dari titik itu, seluruh keturunannya dan keturunan kepada pasangan-pasangan keturunan mereka juga Islam. Seperti "nuclear chain-reaction" atau "pengandaan sel bakteria" yang tiada hentinya.

Bayangkan pahala yang berganda-ganda tersebut pulang balik kepada pengajar shahadah itu walaupun sudah 1400 tahun wafat...masyaAllah.

"Ajarkanlah Walau Sepotong Ayat."

June 12, 2009 11:03 AM


____________________________

Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

Salam.
Saya harap kita semua umat Islam dapat mencuri peluang sebaik mungkin untuk memberikan persepsi yang tepat kepada kenalan kita yang belum mengenali ATAU mahu cuba mengenali tentang Islam.

Walau pun Rasul Junjungan telah lama wafat, tanggung jawab berdakwah berpindah ke bahu kita. insya Allah.

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Memang betul kata saudara, kitalah yang sedang memikul tanggungjawab itu. Allah akan tanya kita kenapa tidak mengajak mereka bersama kita atau menjelaskan Islam kepada mereka.

Anonymous said...

Kebaikan yang terus hidup walau pun kita telah mati ialah Ilmullah. Ilmu-ilmu kebaikan yang dituntut di jalan Allah SWT dan diajarkan pula kepada manusia. Misalnya seorang hamba Allah mengajar "ayat syahadah" kepada seorang kafir. Sudah tentu 'saudara baru' tersebut yang memeluk Islam akan berkahwin dengan seseorang yang Islam. Bermulanya dari titik itu, seluruh keturunannya dan keturunan kepada pasangan-pasangan keturunan mereka juga Islam. Seperti "nuclear chain-reaction" atau "pengandaan sel bakteria" yang tiada hentinya.

Bayangkan pahala yang berganda-ganda tersebut pulang balik kepada pengajar shahadah itu walaupun sudah 1400 tahun wafat...masyaAllah.

"Ajarkanlah Walau Sepotong Ayat."

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Terima kasih kerana memberi penjelasan lanjut dan topik menjadi lebih difahami.