Friday, June 26, 2009

Kelebihan Bulan Rejab - Khutbah hari ini.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Jumaat.
03. Rejab. 1430

Hari ini agak lewat sedikit saya menyiapkan intisari khutbah.

 Khutbah Jumaat pada hari ini memfokuskan kepada kelebihan bulan Rejab, kelebihan bulan Rejab telah pun diketahui umum, ramai juga di kalangan masyarakat kita mendapatkan manfaatnya, ada yang telah pun memulakannya dengan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis untuk membiasakan diri semula sebelum datangnya bulan Ramadan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Di antara intisari yang dapat dic
atatkan pada hari ini ialah:

(1) Firman Allah bermaks
ud,
"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa".
Surah At.Taubah (36)


Merujuk kepada Surah At.Taubah ayat (36) Khatib
menjelaskan bahawa Allah menjadikan bulan mengikut taqwim Islam ialah 12 bulan setahun dan empat bulan haram iaitu bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram.

Bulan Rejab adalah di antara bulan yang istimewa kerana pada bulan tersebut Nabi Muhahammad.s.a.w. telah diisrak dan dimikrajkan pada 27 hb.Rejab. iaitu perjalanan malam dari Mekah ( Masjidil Haram) ke Masjidil Aqsa dan terus dinaikan ke la
ngit ( Sidratul Muntaha ). di sana Nabi menerima kewajipan solat lima waktu, Inilah detik ketikanya Solat lima waktu difardukan dan umat Islam melaksanakannya sehingga sekarang. Kefarduan solat disampaikan kepada Nabi.s.a.w. dengan cara yang amat istimewa sekali berbanding dengan kefarduaan puasa, zakat dan lain. Perintah-perintah yang lain hanya melalui malaikat Jibril sahaja dan tidak diperintahkan naik ke langit seperti penerimaan perintah bersolat.

Selain daripada itu banyak lagi peristiwa yang berlaku dalam bulan yang istimewa ini.

_____________________________


Ayat yang menjadi dalil peristiwa Israak Nabi Muhammad.s.a.w;

Maksudnya:
"Maha Suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al- Haram ke Masjid Al- Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati di sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda ( kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Surah Israak ayat 1)

___________________________

(2) Seterusnya Khatib menjelaskan mengenai amalan kebaikan dan kejahatan di mana kedua-duanya akan dinilai oleh Allah di akhirat nanti.

Firman Allah bermaksud;
"Barang siapa yang mengerjakan kebaik
an seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.
Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula"
.
Surah Az.Zalzilah ( 7 - 8 ).

Barang siapa yang membuat kebaikan meskipun seberat debu yang amat halus. Nescaya Allah akan membalas kebaikannya. Begitu juga kalau dia membuat kejahatan, maka Allah akan membalas kejahatannya,


Gambar Hiasan
Maklumat tambahan:

(a) Sabda Rasulullah. s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, Nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

(b) Sabda Rasulullah. s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah,
Bulan
Sya'aban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.


Sekian.Allah Maha Mengetahui.Wassalam.

3 comments:

Nl said...

Apa khabar pak Ngah... harap sihat walafiat hendaknya...

tak lama lagi bulan yang ditunggu2 akan tiba...

Leenoh said...

Salam Naqeeb,
Alhamdulillah sihat walafiat.

Itulah bulan yang ditunggu-tunggu, betapa bahagianya hidup di dalam bulan yang berkat itu.
Bulan yang bertindak sebagai institusi yang mendidik umat Islam supaya taat dan bertaqwa kepada Allah, sekarang kita telah berada di halamannya.

Di halamannya pun dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat.
Insya Allah kita bertemu di Masjid Shah Alam nanti hehehe.

Anonymous said...

Semua kelebihan bulan rejab adalah palsu. Sila rujuk buku2 hadis. Boleh refer tasekpauh.blogspot.com. Syukran. Semoga kita sama2 mencari kebenaran.