Sunday, June 14, 2009

Intisari Forum Hal Ehwal Islam - Masjid Shah Alam..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Malam tadi saya menghadiri majlis ilmu di Masjid Abd.Aziz. Shah Alam, Selangor seperti mana yang disebutkan di dalam topik yang telah lalu, iaitu bagi mengikuti forum Hal Ehwal Islam yang bertemakan
Akhlak Terpuji Membentuk Ak
hlak Mukmin Sejati.

Selepas solat Maghrib Us.Othman bin Ibrahim ( Pendakwah Bebas ) memimpin bacaan Zikir Munajat dan memberi tazkirah secara ringkas sementara menunggu solat Isyak . Beliau mengingatkan sidang hadirin supaya tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana kita sebagai anak sangat memerlukan keredaan mereka berdua dan keredaan Allah serta Rasul-Nya. Beliau juga mengingatkan supaya kita sentiasa menjaga amanah terutamanya mereka yang memegang jawatan tinggi dan juga ahli politik yang memegang amanah rakyat.
Jam 4.00 pagi sehingga subuh beliau membimb
ing " program Qiamullail" sehinggalah solat Subuh.( slot ini saya tidak ikuti ).

Saya berasa tersangat sedih sebaik sahaja beliau memulakan zikir dan diikuti beramai-ramai kerana melihat keadaan beliau yang berada di atas kerusi roda, sebelah kakinya telah dipotong akibat mengalami
penyakit kencing manis, selama empat tahun beliau menderita, ketika saya menjumpainya di Sungai Petani dahulu kelihatan tegap, kacak dan sasar badannya.
Melihat perbezaan itulah menjadikan saya tidak dapat menahan air mata daripada mengalir keluar daripada kelupak mata, mungkin mereka yang berhampiran saya merasai hairan terhadap sedu saya itu. Rasa simpati dan empati menyusuk ke jiwa saya berlebih-lebih lagi ketika beliau merayu-rayu di dalam zikir itu, beliau sebenarnya kenalan dan sahabat saya ketika bersekolah dahulu, apabila mengingatkan kecerdasannya ketika bersekolah dan
ketika bertemu dengannya dua tahun lalu, membandingkannya dengan keadaan sekarang akan menambahkan lagi kesedihan saya tetapi akhirnya perasaan saya kembali reda apabila hati meyakinkan bahawa sesungguhnya semuanya itu adalah ketentuan Allah.

Us.Othman Ibrahim
duduk di atas kerusi roda.


Walaupun berkeadaan kaki sebelah dan berkerusi roda beliau sanggup datang dari Sungai Petani ke Shah Alam semata-mata ingin melihat orang Islam betul-betul menghayati ajaran Allah. Maka sewajarnyalah semua hadirin mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau atas sikap dan teladan yang dipamerkan itu.

Sebaik sahaja selesai solat Isyak perbincangan atau forumpun dimulakan di mana ahli panelnya terdiri daripada mereka yang telah disebutkan di dalam topik yang telah lalu iaitu YB.Dato' Hasan Mohd.Ali ( moderator ), YBhg.Us.Hasan Mahmud Al.Hafiz dan YBhg. Dr.Rubiah Kulub Hamzah ( Kaunselor ).

Di antara intisari forum yang dapat saya petik secara ringkas pada malam tadi:

(1) Ajaran Islam mengandungi Aqidah, Syariat dan
Akhlak, ketiga-tiga ini perlulah dihayati secara sepadu.
(2) Akhlak yang baik tidak akan wujud tanpa ajaran Islam.
(3) Untuk membentuk akhlak ianya memerlukan ilmu dan tarbiah (didikan).
(4) Dalam kurikulum ilmu hendaklah mempunyai okjektif untuk mencapai akhlak yang baik di kalangan pelajar. bukan semata-mata u
ntuk mencapai gred "A" sahaja.
(5) Berilmu tinggi tanpa akhlak, kelihatan luarannya hebat tetapi hatinya belum terubat, pendidikan tanpa berobjektifkan akhlak di dalamnya akan menghasilkan masyarakat yang tidak sempurna, terdapat suasana makruf dan maksiat akan bercampur aduk. Ibarat pagi dibajai petangnya pula diracuni. Maka tidak akan tumbuh subur kerana kita membuat sesuatu yang sia-sia.
(6) Pengakuan atau syahadah "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pes
uruh Allah "
hendaklah difahami dan dihayati bersungguh-sungguh sehingga ke akar umbinya.

Dr.Rubiah sedang memberi pandangannya

(7) Ibadat solat penting difahami bersungguh-sungguh mengenai hakikatnya, perintah dan hasil aplikasinya dan hendaklah dijauhkan daripada melakukan secara taqlid ( pak turut ).
(8) Syariat Islam wujud dan berkumandang di mana-mana tetapi kekadang tidak bersama akhlaknya - akhlak perlu bernafas di dalam kehidupan dan di dalam diri muslim.
(9) Ibu bapa sangat penting mendapatkan didikan Islam dan akhlak yang seragam supaya tidak bercanggah di antara satu sama lain semasa mereka mendidik anak-anak, Jika sebaliknya mereka akan menyebabkan anak-anak terkeliru dengan karenah ibu bapa.
(10) Nabi Muhammad.s.a.w. sifatnya tidak pernah marah sehingga terdapat orang kafir ingin memeluk Islam semata-mata kerana melihat dan tertarik dengan wajah Nabi Muhammad.s.a.w. Oleh itu pembangaunan insan hendaklah dilakukan atau dilaksanakan melalui semangat kasih sayang.
(11) Surah pertama diturunkan ialah Surah Al.Alaq iaitu ayat satu sehingga ayat lima.Inilah surah pertama Jibril mengajar Nabi kerana pada masa sebelum itu Nabi belum pernah menerima apa-apa wahyu dan tidak tahu membaca. Jibril mengajar surah ini kepada Nabi Muhammad.s.a.w. dalam keadaan berpelukan - pelukan adalah luahan kasih sayang.


Sekadar ini sahaja yang dapat saya catat untuk dimanfaatkan.

Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Rugi saya kerana tak dapat hadir.
Untung saya kerana Leenoh dah catatkan 11 intisari secara ringkas. Terpaksalah diguna sedikit imaginasi untuk memahaminya.

Alhamdulillah.

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Kita sebenarnya telah lama menyedari bahawa pendidikan adalah acuan melahirkan anak muda, malah sekalian masyarakat manusia di dunia.
Dalam kontek Malaysia tentulah sistem pendidikan kita.

Semua sekolah kelihatan ceria dan berwarna warni, itulah perkara yang senang ditunjukkan tetapi akhlak pelajarnya belum tentu ceria seperti warna sekolah, namun demikian tenaga yang ada tetap ditumpukan kepada keceriaan fizikal yang berlebihan.
ibarat biar papa asal bergaya.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.