Saturday, June 6, 2009

Taaruf yang menyedihkan. ( LDK )

Hadiah dari Shazha.
________

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Dalam topik ini saya ingin mengimbas kembali sebahagian daripada pengalaman yang diperolehi semasa mengadakan Kursus Motivasi kepada para pelajar khasnya para pelajar tingkatan peperiksaan, Tingkatan Tiga, Lima dan Enam Atas ( Pra.Universiti ). Setiap tahun (sejak akhir 80an ) saya akan bersama-sama rakan sejawat menganjurkan kursus tersebut secara sukarela, biasanya kursus tersebut kita akan fokus kepada cara belajar berkesan.

Program kursus biasanya disusunaturkan selepas "taklimat kursus" akan diikuti dengan taaruf di mana aktiviti taaruf ini akan diadakan di dalam kumpulan atau dinamakan Latihan Di dalam Kumpulan ( LDK ).
Di dalam sesuatu kursus yang diadakan seringkali mengandungi peserta melebihi seratus peserta (pelajar) atau mengandungi sepuluh kumpulan atau lebih. Setiap kumpulan memerlukan seorang fasilitator ( pemudahcara) , oleh itu seminggu atau beberapa hari sebelum kursus dianjurkan saya akan melatih sejumlah pelajar yang terpilih untuk menjadi fisilitator. Para pelajar yang terpilih menjadi fasilitator ini terdiri dari para pelajar tingkatan atas yang berpotensi dan mempunyai kebolehan yang meyakinkan.

Untuk tujuan tersebut saya pun mengadakan kursus ringkas kepada fasilitator, di antara program atau item yang mereka akan kendalikan pada hari kursus nanti ialah taaruf kumpulan, kendalian bengkel dan pembentangan ( Sidang Pleno ), semua program ini akan diberi taklimat selumat-lumatnya kepada fasilitator supaya mereka yakin diri dan mampu mengandikannya.

Taaruf yang menyedihkan.
Setelah taklimat selesai diberikan saya pun terus melatih fasilitator membuat simulasi ataupun taaruf yang sebenar kepada mereka keran selama inipun mereka belum pernah mengadakan taaruf seperti itu. Mereka seramai dua belas pelajar, telah menjadi syarat taaruf di mana cara duduknya mestilah diaturkan kurusi berbentuk huruf " U " tanpa apa- apa halangan yang mengganggu taaruf dan pada ketika itu sayalah yang menjadi fasilitator mereka.
Taaruf dimulakan dengan saya sendiri memperkenalkan diri yang meliputi cerita suka dan duka saya sejak daripada kecil sehinggalah ke hari tersebut, disebabkan usia saya telah lanjut berbanding dengan usia mereka, maka saya terpaksalah meringkaskan ceritanya supaya tidak berlaku kekangan masa nanti kerana selepas itu masih terdapat duabelas pelajar lagi yang menunggu giliran untuk mentaarufkan diri masing-masing. Di dalam apa-apa kursus pun perancangan masa tersangat penting, kalau salah perancangan seluruh kursus akan rosak dan okjektifnya tidak akan tercapai.

Setelah selesai saya mentaarufkan diri, seterusnya peserta di sebelah kanan saya menjadi giliran seterusnya mentaarufkan diri, setelah selesai beliau memberi taaruf, saya memberi peluang kepada peserta untuk bertanya beberapa soalan yang berkaitan dengan perkara yang telah ditaarufkan tadi. seterusnya begitulah taaruf dijalankan. sehingga selesai dua belas peserta bertaaruf dan tugas yang saya lakukan itu setiap mereka akan lakukan pula kepada peserta kumpulan mereka pada hari kursus nanti.

Di kalangan dua belas peserta terdapat seorang daripada mereka telah membentangkan kegigihan hidupnya yang mengkagumkan dan menjadikan hati saya terharu serta saya terpaksa menahan sebak dan air mata. Taaruf salah seorang peserta perempuan itu juga telah menyebabkan suasana taaruf menjadi muram, sedih dan terharu, para peserta kelihatan melayan perasaan masing-masing, rasa simpati juga menguasai keadaan tatapi apa yang boleh dibuat , bak kata pepatah berat mana mata memandang, berat lagi bahu mikul.

Kisahnya.
Beliau pelajar Tingkatan Enam yang tinggal bersama ayahnya dan beberapa orang adik beradik yang masih kecil, beliau adalah anak yang sulung. ibunya telah lama meninggalkan mereka ke alam yang baqak.
Setiap hari sebelum datang ke sekolah beliau terpaksa memasak dan menyediakan sarapan untuk keluarganya serta membasuh pakaian adik-adik, juga memakaikannya bagi adik-adik yang masih kecil. Setelah semuanya beres barulah beliau membuat urusan untuk dirinya, mengemaskan rumahtangga juga telah menjadi tugasnya yang tetap kerana semangnya sudah tiada orang lain lagi untuk dipertanggungjawabkan, pendeknya semua tugas aruah ibunya telah perpindah kepadanya. Bapanya menjalankan tanggungjawab lain yang juga tidak cukup tangan untuk membereskannya.
Saya rasa sangat sedih kerana selama ini saya menyangka saya adalah di antara orang yang susah semasa menjadi pelajar, rupa-rupanya anggapan saya itu salah, masih ada orang lain lebih susah dan sengsara daripada kita. Pelajar ini menceritakan kisahnya itu dalam keadaan bersahaja sahaja tanpa menunujukkan rasa sedih atau kesal dengan kehidupannya, malah kelihatan sangat reda dengan kehidupannya itu dan layak menjadi contoh kepada kami semua.
Terima seadanya dan bersyukur kepada Allah.

Sekian.Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

4 comments:

Mak Su said...

begitulah kehidupan ini, tidak indah buat semua insan. ada yang derita dan ada yg lara

Leenoh said...

Salam.
Memang betul kata Mak Su, kita terima seadanya sambil bersyukur kepada Allah.

MiSyaJanah said...

kalau tak silap saya dalam kaunseling kelompok,ini dinamakan sebagai'kerusi panas" sbb kita akan ceritakan suka duka atau kelemahan dan kekurangan hidup kita...huhuhu....kesian student tu...
pakcik..lepas ni blh la berguru utk minta LDK tuk student kan? 22hb ni sy start praktikum as a caunselor...blh ker pakcik?

Leenoh said...

Salam Misya.
Pak Ngah tidak pasti istilah sekarang, kalau dulu taaruf (pengenalan diri )ini dilakukan dalam kumpulan yang dinamakan sebagai LDK ( Latihan Dalam Kumpulan ). Kalau dalam kursus Biru Tata Negara ( BTN ) pun terdapat taaruf seperti ini kerana aktiviti ini dapat mengenali kawan secara lebih cepat dan juga dapat merapat serta menguatkan semangat kumpulan.
Insya Allah boleh.