Monday, June 15, 2009

Babi menghampiri kampung kami.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Nampaknya cerita babi lagi, babi juga makhluk Allah.

ADUN PAS & BN satu hati bantah Jabi tempat transit babi.

JABI - Demonstrasi aman yang diadakan oleh penduduk Jabi yang membantah cadangan Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Negeri Kedah membina pusat penyembelihan di situ pada 5 Jun lalu turut menarik perhatian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang dan Pedu, anak jati kampung tersebut yang mahu kerajaan negeri tidak menambah beban yang dialami oleh penduduk di sini.

Demikian petikan sebahagian berita yang dilaporkan oleh laman blog Kedahlanie.blogspot.com
Setelah membaca berita ini saya terpanggil untuk menulis mengenai perkara ini, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua wakil rakyat yang terlibat dengan demontrasi aman itu.

Syabas kerana anda dapat bersatu tenaga a
tas kepentingan bersama, demikianlah cara ahli politik yang bijak bertindak menyelesaikan masalah rakyat, pujian ini dilontarkan kepada umum bukan kerana Jabi terletak hanya kurang lebih 4km dari kampung saya, pujian diberi kerana anda telah berganding bahu menolak keburukan yang sememangnya digalakkan oleh Islam. Sikap tersebut adalah sikap terpuji dan layak menjadi payung kepada rakyat.

Gambar hiasan

Transit tersebut sangat molek kalau dipilih tempat yang berjauhan dari penempatan orang Islam, sekiranya dibina juga di Jabi
transit babi itu tentulah tidak berbaloi jika suatu hari nanti penduduk Islam menerima risikonya.

Pada masa ini pun ramai penduduk persekitaran mengidap penyakit yang sebelum ini tidak pernah wujud di kawasan tersebut. Lagi pun kawasan itu adalah kawasan kampung orang Islam, hanya sebahagian kecil sahaja pendud
uk bukan Islam.



Diharap Majlis Bandaraya Alor Setar dapat berfikir semula dan mencari tempat yang lebih sesuai dan memadailah Jabi dengan persekitaran yang sedia ada sebagai tempat pelupusan sampah.

10 comments:

Cikgu Ije said...

adeh. kesian pulak penduduk Islam Jabi jadi mangsa tmpt transit babi

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Sabar sungguh orang Jabi kerana bantah secara aman.

Kalau berlaku di kampung-kampung tok nenak saya di Pulau Betong, Bujang, Guar Chempedak, Teroi atau Yan alamat 'tinggal abu' lah pusat penyembelihan jutaan ringgit tsb. Saya sanggup jadi 'volunteer'. Kesabaran tetap ada hadnya.

Leenoh said...

Salam ije.
Harap-harap tidak menjadi kenyataan.

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Pasai depa banyak makan ikan darat kot. maklumlah ikan darat tiada pengalaman takut jerung.
Jadi dok sedap hati selalu. Jabi tu bersempadan dgn Tualang, orang Kedah kata pangge dengak, punya dekat. tapi dengan kampung saya lebih kurang 4km kot.

Anonymous said...

Salam Leenoh.
Mengkalu kata depa langgaq mai sempadan Tualang, Leenoh habaq mai sat. Saya suka jugak kalu buat 'gheja-gheja bakti masyarakat' macam ni.

KUNTONG said...

kerjasama diantara dua orang kuat diharap dpt diteruskan dalam aspek lain.

HeroHuruHara said...

Dah tersebut kisah babi ni saya ada sikit nak tambah:-

Zaman British (kafir) memerintah Tanah Melayu-Malaya, nak bawa babi keluar dari kandang ke pekan pun dibenarkan hanya pada waktu tengah malam atau awal pagi. Mengelak pencemaran bau dan memudaratkan orang ramai. Langgar peraturan berat hukuman.

Di zaman pemerintahan anak bangsa Islam yang meletakkan Islam sebagai agama utama pula membenarkan babi dibawa kesana kemari sana sini menaiki lori tanpa kira siang, pagi, malam,petang. Nak mentekedaghah cendoi tepi jalan pun boleh tersentot kalau lalu lori bawa babi ni....

Tak larat nak meludah hingga kering jika melewati lori membawa muatan babi hidup di sekitar Balik Pulau, Jambatan Pulau Pinang, Batu Maung, Bayan Baru....

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Rasa-rasa dah tak jadi buat kot.
mengkalu macam tu semakin kuatlah jadinya.
Berkat sabak insya Allah akan jadi ok.

Leenoh said...

Salam Kuntong.
Kita harap bila ada kepentingan bersama duduklah semeja dan bincang cara penyelesaiannya, barulah negara maju. dan jangan lupa dan abaikan al.Quran dan al.Hadis.

Leenoh said...

Salam HeroHuruHara.
Mengkalu dia lalu ketika cuaca lembab, arumanya kekadang melekat kat muka, kalau kita nak pi mana-mana kena minta simpang la benda tu semua.