Monday, June 8, 2009

Bahtera Sejahtera ( puisi )


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Dari Puchong ke Stadium Malawati.
Menghadiri muktamar serta jamuan.
Bahtera Sejahtera sudah dimiliki.
Pastikan nakhoda menjaga haluan.

Menghadiri muktamar serta jamuan.
Banyak keputusan telah dipersetujui.
Haluan dituju jangan keruan.
Istiqamah ikrar hendaklah dipatuhi.

Banyak keputusan telah dipersetujui.
Agar Islam memimpin ummah.
Pemimpin mengajak bersatu hati.
Supaya sanggup memikul amanah.

Agar Islam memimpin ummah.
Negara sejahtera terus maju.
Pemimpin hendaklah menjaga hemah.
Jangan alih arah dituju.

Negara sejahtera terus maju.
Kehidupan bersih bukan batil.
Semua bangsa hidup bersatu.
Rezeki diagih samalah adil.

Kehidupan bersih bukan batil.
Indah dilihat, indah dinilai.
Musuh menyerang secara batil.
Hikmah bijaksana perlulah dipakai.

Indah dilihat, indah dinilai.
Memimpin umamah bukanlah dangkal.
Penipuan demokrasi perlu diintai.
Menanganinya memerlukan bijak akal.

Memimpin ummah bukanlah dangkal.
Di zaman maju alatnya canggih.
Silap langkah hilanglah pangkal.
Langkah pahlawan hendaklah dilatih.

Di zaman maju alatnya canggih.
Di alam maya manusia bersidang.
Jika pahlawan memang terlatih.
Mentadbir negara menjadi senang.


Sekian. Wassalam.

8 comments:

Anonymous said...

Salam Leenoh.
Di era akhir zaman ini umat Islam perlu menuntut ilmu serta beramal dengan al-Quran untuk membezakan kebenaran dan kebatilan. Kebenaran sering dicanang sebagai kebatilan manakala kebatilan kerap dicanang sebagai kebenaran.

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Ulasan saudara mengingatkan saya kepada "entry" saya yang telah lalu berjudul " Aku Juga Ego " mengenai subjek yang disebutkan itu.Pada saya perkara itulah yang hendak disampaikan iaitu yang benar dikatakan batil,yang putih dikatakan hitam.

Berikut petikan sebahagiannya.

Mengapakah kauberdusta padaku.
Adakah sebenarnya kauyang bodoh.
Kaumenyuluh pada yang cerah.
kelihatan putih, kaukatakan hitam.
kelihatan hitam, kaukatakan putih.

Hunny said...

salam Pak Ngah,

Hari ini tak ada mood nak berpantun.. Apapun, pantun Pak Ngah memang kontemporari,sebab berkaitan dengan mukatamar PAS baru ni.. Mudah2an pemimpin yang dipiilih melaksanakan tugas dengan baik.

Leenoh said...

Salam Hani.
Pak Ngah tertarik juga dengan isu politik semasa. walaupun tidak menganggotai mana-mana parti. semasa Pak Ngah menulis pantun ini Pak Ngah tidak faham apa itu "Kerajaan Perpaduan" selepas itu baru terbaca di dalam blog Kedahlanie barulah faham sedikit.

Baru faham sedikit yang banyaknya belum faham lagi.

Apapun Pak Ngah berdoa dan marilah kita sama-sama berdoa agar politik negara menjadi lebih baik dan membawa berkat kepada rakyat.

Mak Su said...

sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
suruh makan semua pun makan
suruh mentadbir negara, bukan semua orang pun tahu :)

sentosa77 said...

salam.. best baca pantun Pak Ngah, pantun mak Su pon best juga :)

Leenoh said...

Salam Mak Su.
Bila "entry" saya dimuatkan dengan pantun maknanya saya telah kehabisan idea. Jadi sambil menganggur ni belajar berpantun.
Kalau orang lain tak syok kita syok sendiri...he3.

Leenoh said...

Salam Zaidon.
Mak Su tu saja dia buat lawak ja, kalau baca "entry' dia selalunya berkesan.
Dia pandai mengolah ayat - Pak Ngah tiada bakat menulis - tulis secara betul bendul tu boleh la.