Thursday, June 25, 2009

Bahagia itu sesuatu yang maknawi.


Gambar hiasan

Salam semua.

Adakah anda bahagia, adakah anda sedang menikmati kebahagiaan, adakah anda masih ragu-ragu sama ada anda bahagia atau tidak ?. Jika jawapannya "Ya" saya bahagia. sebanyak manakah bahagia anda itu ?. Kalau diibaratkan bahagia yang penuh itu 100 kg, berapakah beratnya bahagia anda itu, adakah 100kg, 8okg, 60kg, 50kg atau berapakah beratnya ?. Sememangnya bahagia itu sangat maknawi dan abstrak sifatnya oleh itu ianya tidak boleh dijenis dan disamakan dengan kebendaan, juga tidak boleh diukur dan ditimbang dengan alat penimbang serta dinilai dengan situasi memiliki kebendaan, seperti memiliki rumah besar, kereta besar, jawatan tinggi, syarikat besar dan seumpamanya.Memiliki harta yang banyak dan pangkat yang tinggi bukan ukuran kebahagiaan.


Jika ingin hidup bahagia manusia sewajibnya mengenali hakikat kebahagiaan itu dahulu. Ibarat seseorang yang ingin memburu rusa tentu sekali orang tersebut perlu mengenali tubuh badan rusa itu terlebih dahulu. Kalau tidak sukarlah pemburu tersebut mendapatkan rusa itu.

Seseorang yang ingin mendapatkan kebahagiaan juga pe
rlulah mengenali rupa paras kebahagiaan itu sama ada ianya kebendaan atau abtrak (maknawi), sebenarnya kebahagiaan itu sifatnya terlalu subjektif dan maknawi hanya dapat dilihat melalui mata minda sahaja.
________________________
_______

Pernah berlaku pada diri saya hehehe saja nak cerita; Pada suatu hari sedang saya memandu kereta balik dari kerja ketika yang sama
saya sedang mengalami sakit kepala yang amat sangat tetapi saya menggagahkan diri terus memandu, di dalam perjalanan itu tiba-tiba saya terlihat seorang tua sedang mengayuh basikal di dalam keadaan panas terik menuju ke arah yang sama. Ketika itu saya berintraksi dengan Allah dengan menyebutkan " Ya Allah kalaulah aku diberi kesihatan aku sanggup jadi seperti orang tua yang sedang mengayuh basikal itu" Bermakna pada ketika itu saya menilai orang tersebut lebih sihat dan bahagia daripada saya, kalau beliau sakit manakan boleh mengayuh basikal di tengah panas terik seperti itu. Pada ketika itu bagi saya kereta dan rumah besar tidak bermakna lagi .


Lambang kekayaan.
_____________________________________

Selain daripada kebahagiaan ini bersifat abtrak dan maknawi, ianya juga mempunyai banyak versi dan situasi sebab itulah ramai manusia dapat mencapai kehidupan bahagia. Sebagai contoh seorang petani di kampung yang mempunyai pendapatan yang sederhana, memiliki rumah yang sederhana, mempunyai hubungan baik dengan jiran dan orang kampungnya, mempunyai hubungan yang mesra dengan anak isteri beliau hidup bahagia dan sayangkan kehidupannya.

Contoh selebihnya sama-samalah kita fikirkan. Merujuk kepada kebahagiaan itu sesuatu yang maknawi dan abstrak, maka ianya dapat diperolehi melalui berbagai cara dan situasi, sesuatu yang maknawi seperti ini biasanya akan berakar umbi di hati seperti wujudnya keimanan kepada Allah, di mana keimanan itu berpaksi di hati, kebahagiaan juga beroperasi di hati.

Sesungguhnya keimanan kepada Allah itulah sebagai asas tapak berdirinya kebahagiaan tanpa keimanan tersebut kebahagiaan tidak dapat menapakkan dirinya di lubuk hati seseorang.

Kebahagiaan itu tersemai di hati, wujud di hati dan perasaan hati, hanya hati yang tenang sahaja yang memiliki kebahagiaan, manakala hati yang tenang adalah hati yang sentiasa berpaut pada Allah, Hati yang sentiasa berpaut pada Allah ditakuti iblis dan syaitan. Hati yang tenang hanya dimiliki orang yang beriman dan beramal soleh.


Sekian.Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

8 comments:

Mak Su said...

entahlah, subjek ini subjektif. kadang2 saya rasa saya bahagia sesangat... seronok sangat, ceria sangat. kadang2 saya hairan, dimanakah kebahagiaan itu menyorok, yang ada hanya sedih, duka etc

Anonymous said...

Salam Leenoh.

"Kehidupan Bersih" adalah kunci kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
1) Bersih dari hutang dan riba
2) Bersih dari dosa dan maksiat
3) Bersih dari belenggu materialisme
4) Bersih dari sifat takbur, tamak haloba,hasad dengki dan munafik.
5) Bersih amal ibadat

dan yang paling penting ialah isteri dan anak-anak yang beramal soleh.

Itulah matlamat kehidupan saya.

Leenoh said...

Salam Mak Su.
Ya bahagia main aci lut kekadang ada, kekadang tak ada.
Itulah agaknya semua orang rasa. kekadang rasa bahagia kekadang bahagia lari entah ke mana.
Memang betullah dunia ini tempat ujian.

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Itulah juga matlamat "Kehidupan Bersih".
Kiranya sifat bersih yang disenaraikan itu dapat dimiliki dan dikuasai, Insya Allah kebahagiaan yang sejati akan dapat ditakluki.
Keimanan akan membawa kita ke alam kebahagiaan.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam,

correct,correct,correct ( pinjam dari linggam ).

Leenoh said...

Salam Sdr.Nginap Srengenge.
Ya, Kalau correct insya Allah bahagia, Tapi bila tak correct ramai ikut jadi susah.hehehe.

HeroHuruHara said...

Salam,

setiap minggu membersih jiwa dengan nasihat dan panduan hikmah di blog ini

Leenoh said...

Salam.
Cuma ingat mengingat saja, kita serupa walaupun tak sama.