Showing posts with label Suasana di sepanjang perjalanan balik ke kampung. - (3). Show all posts
Showing posts with label Suasana di sepanjang perjalanan balik ke kampung. - (3). Show all posts

Monday, August 3, 2009

Jom Balik Kampung Eratkan Silaturrahim - 3

Salam semua.
Selepas selesai mengambil gambar di sekitar Masjid Zahir kamipun meneruskan perjlanan ke Taman Malaysia jam 6. 40 petang selamat tiba. setelah berbual-bual dan minum apa yang dihidangkan, bertolak pula ke Jalan Sultanah dan singgah di rumah kakak yang jaraknya lebih kurang 100m sahaja dari Masjid Sultanah Bahiyah, di sini berhenti dan berbual-bual selama 10 minit sahaja kemudian meneruskan perjalanan ke kampung bonda tersayang, kami singgah makan malam di warung yang terletak di km3 Jalan Langgar.

Selepas makan kamipun meneruskan perjalanan lagi ketika ini telah melepasi waktu Magrib, kami hanya niat solat Magrib di dalam waktu Isyak , masih boleh berbuat demikian , hampir jam 9.00 malam barulah kami sampai di rumah adik kami yang jaraknya tidak jauh dari rumah bonda, di sinilah kami menunaikan solat dan juga bermalam. Kesokan paginya ( Ahad 03.08.2009 ) barulah pergi ke rumah bonda.

Di sini kami diberikan bermacam - macam hasil tanaman kampung seperti buah sete, rambutan, cempedak, rebung, mempelam, kelapa muda, petai dan kerisik. Nasib baik barangan tersebut bukan jenis yang berat timbangan kecuali cempedak.




Sawah menghijau.

Pokok Sete dan Kelapa


Jangan makan kawan.

Pokok kelapa inilah pokok kelapa yang terakhir
menjadi bekas tangan aruah ayahandaku.



Buah Sete.


Jentera bajak


Kambing Boer.


Angsa


Rumpun Buluh.


Rebung Buluh.

Suasana kemeriahan kampung yang di kelilingi sawah bendang. Kemeriahan dan suasananya berubah mengikut musim.

Setelah semua buah-buahan dan barangan lain dimasukkan ke dalam kereta oleh adik lelaki , maka kamipun bertolak ke rumah adik perempuan yang tinggal lebih kurang 1 km dari rumah bonda tersayang ketika itu rasanya jam 9.00 pagi setelah beberapa minit memandu kereta maka sampailah kami di sana. Inilah destinasi ziarah terakhir kami seperti di dalam perancangan perjalanan tersebut.


JOM PI ALOK SETAK
Lebih kurang !0 minit sahaja kami di rumah adik yang ini, kemudian bertolak balik ke Shah Alam. dari sini kami terus ke Alor Setar, jarak ke Alor Setar hanya 12 km sahaja dari kampung, sesampai sahaja di Bandaraya Alor Setar kami terus ke Pekan Rabu membeli berbagai barangan yang susah hendak diperolehi di Shah Alam terutamanya bahan masakan Acar Limau kalau adapun harganya sangat mahal. Sambil itu saya tidak lupa juga mengambil gambar untuk tatapan mata anda semua, di antara gambar-gambarnya seperti yang dipaparkan di bawah ini.

SELAMAT DATANG KE ALOR SETAR.


Balai Besar.


Wisma Negeri Kedah



Muzium Di Raja.


Menara Alor Setar & Balai Nobat.

Sungai ini
melalui bahagian belakang Pekan Rabu.


SELAMAT DATANG KE PEKAN RABU.


Setelah selesai membeli-belah di Pekan Rabu kami pun sambung perjalanan, dari Pekan Rabu bertolak ke Mergong dan singgah di sekolah yang masih dalam ingatan dan kenangan yang tidak mungkin dilupakan.Makmal Pendidikan Islam / Surau Sekolah.

Sekolah ini terletak 3 km dari Bandaraya Alor Setar akan dipaparkan gambar tambahannya kemudian nanti.
Jam 1.00 petang saya sampai di sini dan berjumpa beberapa orang guru yang sedang berada di sini dan ada juga yang sedang mengajar. Mereka memperkenalkan saya dengan para pelajar yang sedang menjalankan proses pembelajaran.

Insya Allah akan bersambung pada entri yang seterusnya.


Sekian. Wassalam.