Monday, April 30, 2012

Satu benar. Satu lagi tentulah berbohong.

Salam semua.

#######################################################
BERI LALUAN untuk IKLAN SEBENTAR.

Tanah untuk dijual..
Lokasinya:
Kampung Seriab.Tok Terang. Perlis.
Sesiapa yang berminat sila hubungi En.Zakri..0194786047.


#############################################


Dulu aku dah tulis tajuk yang dekat serupa dengan tajuk ni, tapi pada masa itu ceritanya tak berapa menarik, kalau nak tahu cerita tu kliklah di sini .Hari ini aku terasa nak tulis pula, aku nak tulis yang benar bukan yang bohong. aku dah jemu membaca cerita bohong , hari ini kalau kita baca atau menonton, sama ada melalui media cetak atau elektronik sebahagian daripadanya adalah bercampur aduk di antara yang auta dan nyata, nampaknya minda rakyat Malaysia semakin diancam dan diprovokasikan dengan berita yang separuh benar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan.

Berita disebarkan bukan mengharapkan 100% mendapat kepercayaan pembaca atau pendengar, memadai sekadar berjaya memperdayakan mereka yang telah sedia menerima berita begitu rupa sejak dahulu,sikap biarlah dia berbohong kerana dia adalah orang kita dan pasukan kita tanpa pertimbangan yang menggunakan nilai yang lebih bersih dan murni, bukankah dalam perlawanan bola sepak atau lain-lain pasukan permainan, kita tidak pernah bersalah kalau mengasari pihak lawan , kita sebagai penyokong juga tidak pernah menyalahkan pasukan sendiri dalam hal seperti itu, biar pun sokong yang berdiri itu sudah condong kedudukannya dan menunggu masa untuk rebah dan menimpa diri mereka dan anak cucu, mereka tetap akan sokong kerana itulah sokongan mereka sejak dahulu, walaupun sokong itu telah menjadi subur dan gemuk hasil layanan dan sokongan yang diberikan sekian lama oleh mereka, biar pun diri sendiri kurus kering dek makanan diberikan kepada sokong yang kononnya tempat mereka bergantung, kesusahan dan kemiskinan itu sebenarnya berpunca daripada kealpaan sokong, sokong sepatutnya menjadi tempat pergantungan tetapi , sebaliknya membawa rebah.

Merujuk kepada pembawa berita benar dan berita bohong, aku tidak membeli apa-apa jenis pun daripada akhbar arus perdana pada hari ini Isnin 29 April 2012, Akhbar yang aku beli selalu itu pun aku tidak membelinya pada hari ini, aku juga dah mula tidak percaya kepada akhbar tersebut, pada fikiran aku, aku masih rasional, aku bukan fanatik atau ekstrem orangnya, aku rasa tindakan aku itu masih termasuk di dalam golongan orang yang proaktif, kritis dan kreatif dalam aspek cara berfikir dan cara bertindaknya, surat khabar arus perdana di Malaysia gaya dan lagaknya adalah bertepuk sebelah dan membiarkan yang lainnya berpendam rasa, TV dan radio juga bercakap satu hala tanpa TV dan radio yang lain menyiarkan pandangan kedua bagi menjuruskan ke arah kebenaran dan mengelakkan pembohongan perdana.

Kini Malaysia dilihat dari aspek media semakin menjadi 2Malaysia, Malaysia di dalam arus perdana dan Malaysia yang berada di pinggirnya.Kedua pihak menyebarkan berita tentang kebaikan diri dan keburukan lawan, satu pihak di dalam arus perdana yang lebih luas dan bitara liputannya dan yang satu lagi yang liputannya sangat terhad dan terpaksalah mereka mengusong mikrofon keluar bandar masuk kampung membela diri.

 Kedua-dua pihak masing-masing memberi pandangan dan hujah atas topik yang sama tetapi nada yang berbeza diuar-uarkan di dalam media yang juga berbeza menyebabkan timbul keraguan di kalangan rakyat, berlakulah cerita benar dikatakan palsu dan cerita palsu dikatakan benar, tidak mungkin kedua-duanya benar, melainkan cerita 2x5 dan 5x2 versinya berbeza tetapi hasilnya tetap sama, buat masa ini kalau berlaku sesuatu peristiwa yang berkaitan politik pastinya akan menjadi dua versi, iaitu satu benar dan satu lagi palsu, untuk tidak tertipu sudah tentunya rakyat Malaysia memerlukan akal minda yang baik dan mereka juga hendaklah menguasai ilmu ICT, dalam menghadapi  isu yang  bitara, umat Islam tentunya memerlukan solat Istikharah memohon petunjuk Allah terlebih dahulu , sebelum memihak, disamping itu sifat iman, Islam dan Ihsan  juga hendaklah sentiasa dimantapkan, kalau tidak, kita akan terperangkap di dalam kancah yang buruk  dan yang  akan membawa diri kita dan keturunan kita ke arah yang buruk jua, negara dan rakyatnya harus dipelihara dan dijaga, parti politik boleh bersilih ganti, rakyat yang bijaksana inginkan yang terbaik, bukan yang pura-pura.

Sekadar peringatan kepada kita bersama.
 Firman Allah bermaksud:
[10]
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi).
[11]

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

[Surah An-Nur: 10 - 11].
 
Sekian...wallahu aklam.


Sunday, April 29, 2012

Kempen ZON BERSIH. Shah Alam.

Salam semua.

Dalam Majlis Pelancaran ZON BERSIH Shah Alam, Datuk Bandar ( Dato' Mohd.Jaafar bin Mohd.Atan ) menyentuh secara ringkas rasional kempen ini diadakan. 


Apakah itu Zon Bersih?
Dalam ucapan aluan Majlis Pelancaran Zon Bersih yang akan dirasmikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim  hari ini,  Datuk Bandar menyebutkan bahawa Zon Bersih ialah Satu kawasan yang telah dikenalpasti dan dipilih berdasarkan tahap kebersihan yang tidak memuaskan untuk dinaiktarafkan  sebagai kawasan bersih.

Matlamat Zon Bersih.
Matlamat Zon Bersih ialah suatu usaha memupuk kesedaran dan budaya cintakan kebersihan melalui penglibatan komuniti dan menyimpan hasrat dan bercita-cita menjadikan negeri Selangor sebuah negeri yang paling bersih, berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Kriteria.
Persekitaran yang bersih, infratruktur dan kemudahan awam yang diselenggarakan dengan baik, perlaksanaan kerja-kerja pengindahan dan penyelenggaraan landskap serta pengurusan aduan yang cekap.

Zon Bersih 2012.
Bagi tahun 2012 seksyen 10 & 11 dikenalpasti sebagai kawasan projek Zon Bersih. Pemilihan zon ini kerana ianya merupakan kawasan pembangunan terawal Shah Alam sejak tahun 70an. Kawasan ini memerlukan beberapa pembaikan dan naiktaraf untuk keselesaan penduduk setempat. 

Sekian...Wallahu aklam.

                    

Pelancaran ZON BERSIH Shah Alam - 2012.

Salam semua.


Majlis Bandaraya Shah Alam melancarkan Kempen ZON BERSIH untuk Syeksen 10 & amp; 11 pada hari ini Ahad 29 April 2012 di Dewan Jejarum. Seksyen 11. Shah Alam.Menteri Besar Selangor menyampaikan ucapan serta merasmikan pelancarannya jam 10.00 pagi tadi.Sempat juga penulis merakamkan gambar-gambar dan video pendek dimuatkan di laman Kehidupan Bersih ini, dirakam dari kerusi hadirin yang jaraknya agak jauh dan kurang sesuai, hanya itu kesempatan yang ada. 
                                             
Dalam ucapannya Tan Sri Khalid Ibrahim ( MB Selangor ) mengingatkan hadirin dan khasnya penduduk Seksyen 10 & 11 mengamal dan merealisasikan ajaran Islam yang mengutamakan kebersihan, sebagai buktinya beliau merujuk kepada perbuatan kita setiap kali hendak menunaikan solat sama ada solat fardu atau sunat umat Islam dikehendaki membersihkan diri terlebih dahulu, katanya amalan menjaga kebersihan ini sangat diambil berat oleh masyarakat Jepun, mungkin amalan mereka lebih baik berbanding masyarakat kita, Masjid dan surau hendaklah menjadi contoh dalam mempraktikkan amalan ini.Amalan mengutamakan kebersihan ini juga hendaklah menjadi amalan individu dan keluarga sehingga mereka betul-betul merasai penghayatannya.

Dalam majlis pelancaran ini MB telah menyampaikan baju jeket dan sijil-silil penghargaan kepada pihak swasta dan individu  yang terlibat serta turut merasmikan Pelancaran Facebook www.facebook.com/zonbersihMBSA2012,juga turut melawat gerai-gerai pameran yang disediakan di luar dewan.

 
Sekian...Wallahu aklam.

Saturday, April 28, 2012

Menyara hidup dalam sesebuah rumahtangga adalah kewajipan suami.

Salam semua.

Artikel ini tidak berhajat untuk menulis dengan panjang lebar, hanya sekadar sepintas lalu sambil memberi laluan kepada para pembaca merujuk ayat al.Quran yang telah menjelaskan asasnya yang disebutkan di dalam surah An.Nisa' yang dipaparkan sebahagian terjemahannya di bawah ini.

Dalam institusi perkahwinan suami merupakan ketua rumahtangga dan semua kewajipan khususnya perbelanjaan diletakkan di atas bahu suami tetapi  bagi isteri yang berpendapatan pula atau berharta digalakkan untuk bertolak ansur dalam masalah perbelanjaan ini, sebaliknya bukan atas paksaan suami, suami tiada hak untuk memaksa isteri untuk mengeluarkan perbelanjaan yang sememangnya tanggungjawab suami, atas dasar suami mengizinkan isteri untuk keluar rumah dan pergi bekerja maka sangat lojiklah isteri membantu suami bagi  mengurangkan beban tersebut tetapi suami pula hendaklah bersikap sederhana dan rasional dalam hal ini, jangan sampai suami lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab itu seratus peratus atau melebihi lima puluh peratus ditanggung oleh isteri, sekiranya suami miskin dan mendapat kerelaan isteri untuk berbuat demikian, persepakatan itu boleh diterima dan tidak melampau batasan.

Dalam pembahagian harta pusaka anak lelaki diberi harta pusaka  melebihi apa yang diperolehi adik beradik perempuannya, salah satu sebabnya lelaki akan menyara hidup keluarga manakala perempuan setelah berkahwin akan disara oleh suami mereka, kalau belum atau tidak kahwin akan disara oleh bapa atau saudara lelakinya (walinya). Kalaulah sistem dan peraturan ini diamalkan di dalam kehidupan harian orang Islam secara keseluruhannya pembahagian harta pusaka tersebut adalah adil dan menasabah serta relevan...wallahu aklam.

Kesilapan berlaku apabila orang lelaki hanya melihat haknya dalam mewarisi harta tetapi melupakan tentang kewajipannya terhadap adik beradik perempuan.

Untuk menyelongkar hal-hal lain yang berkaitan dengan mauduk ini, rujuklah sendiri terjemahan ayat al.Quran di bawah ini.

[7]
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).
[8]

Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
[9]

Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).
[10]

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
[11]

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[12]

Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
[13]

Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.
[14]

Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.

[ Surah An.Nisa' ayat 7 - 14 ]

Sekian ...Wallahu aklam.

Kehidupan Bersih tersalah Klik.

Salam semua.
                                
                      Kehidupan Bersih


 
Laman Kehidupan Bersih telah tersalah klik dan  menyebabkan berlaku perkara yang tidak dikehendaki, beberapa blog link telah hilang dan tidak pandai pula hendak dikembalikan semula (harap maaf). Ternyata tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Orang yang tidak berilmu banyak melakukan kesalahan dan kesilapan.  
 
 Firman Allah bermaksud: Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui. 
(Surah Az-Zumar, ayat 9)
 

Sekian...Wallahu aklam.                                                                                                                                             

Thursday, April 26, 2012

Video - Qiamullail amalan dilaksanakan secara individu.

Artikel ini ingin menyentuh secara ringkas mengenai amalan Qiamullail ( Bangun  malam ) yang mana ianya akan diisikan dengan berbagai solat sunat termasuklah solat sunat Tasbih yang agak panjang dan mengandungi 300 bacaan tasbih itu atau pun solat sunat yang lain yang dipilih oleh individu berkenaan seperti solat sunat Taubat, tahajjud,Hajat dan seumpamanya.
              (Lokasi video - Jalan Ibrahim Khalil)
Walaupun kita pergi beramai-ramai bersama kawan-rakan  atau teman ke masjid terutamanya di  Masjidil Haram tetapi apabila sampai di masjid nanti kita akan duduk di tempat mengikut peluang atau nasib di mana yang kosong, kalau pun duduk berdekatan tetapi membawa hal dan urusan masing-masing iaitu untuk beriktikaf, menunaikan solat-solat sunat dan membaca al.Quran.Semuanya ini dilaksanakan secara individu ( tidak afdal dilaksanakan secara berjamaah - kecuali masih belajar ).
Di dalam video di atas menunjukkan para bakal Haji sedang berjalan kaki tidak kurang 1 km jauhnya menuju ke Masjidil Haram untuk melaksanakan dan memenuhi tuntutan Qiamullail dan seterusnya bersolat Subuh, video ini dirakamkan sekitar jam 3.00 pagi atau tengah malam dalam istilah Islam, malam bermula terbenam matahari (Maghrib) sehingga terbit fajar Sadik (Subuh).

###########################################################
 ############################################
Sekian...wallahu aklam.

Video - Suasana di luar Masjidil Haram selepas solat Isyak - (video).

Salam semua.

Dipaparkan untuk anda menyaksikannya dengan harapan dapat menjadi panduan kepada mereka yang belum berpengalaman mengerjakan Fardu Haji.

 
Ketika bersesak seperti ini Bakal Haji hendaklah sentiasa berhati-hati kerana di kalangan mereka itu terdapat juga mereka yang berniat jahat, ramai juga Bakal Haji yang menjadi mangsa pencuri dan peragut.
Ramai juga penipu dan penyeluk saku di kalangan wanita muda berkulit hitam, mereka biasanya memakai pakaian serba hitam bergerak berkeliaran di jalan laluan Bakal Haji berulang alik ke masjid.

Sekian...wallahu aklam. 

Wednesday, April 25, 2012

Video - Panorama Makkah.

Salam semua.

 
Kawasan lapang berhampiran Dataran Masjid Haram.
 
Perjalanan dari Madinah ke Makkah.
                                                     

Tuesday, April 24, 2012

Kedudukan Yahudi pada akhir zaman.(Video)

Salam semua.



Sekian...wallahu aklam.

PAS telah berpijak di atas bumi yang nyata.

Salam semua.

Artikel ini ditulis berdasarkan pemerhatian terhadap Parti PAS ( Parti Islam SeMalaysia ) sejak puluhan tahun yang telah lalu, pandangan ini merujuk aktivitinya bermula dari  zaman Dato' Mohd.Asri bin Muda menjadi presidennya lagi. Sejak itu dilihat PAS tidak mensia-siakan pengalamannya yang telah lalu, ianya bergerak semakin matang dan relevan dengan masyarakatnya serta menyedari bahawa dirinya adalah sebuah parti politik yang memerlukan sokongan semua lapisan rakyat tanpa terbatas kepada satu bangsa sahaja.

Merujuk kepada Parti PAS sebelum berpakat dengan PKR ( Parti Keadilan Rakyat ) dan DAP harapan untuk memerintah sesebuah negeri di Malaysia ini sangat tipis dan sukar, walaupun parti ini mendapat sokongan hebat orang Melayu/Islam di negeri tertentu, sebagai contoh di negeri Kedah dan beberapa negeri lagi sejak dahulu Parti PAS sememangnya mendapat sokongan hebat daripada orang Islam dan mengatasi sokongan yang diterima Parti UMNO, kalau pertandingan berlaku di antara PAS dan UMNO sahaja rasanya UMNO sukar mengalahkan PAS tetapi setiap pilihan raya undi yang diberikan orang Melayu kepada UMNO akan dicampur dengan sokongan bukan Melayu ( MIC,MCA dan lain-lain )kerana UMNO menyertai pilihan raya atas tiket dan lambang Parti Perikatan/Barisan Nasional , parti-parti yang disebutkan itu adalah parti gabungannya, Akhirnya undi yang sedikit yang diperolehi UMNO itu akan menjadi lebih banyak daripada undi  yang diperolehi PAS. Hakikatnya PAS kalah, Parti Perikatan/Barisan Nasional menang. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia bahawa  Parti UMNO menyertai pilihan raya secara bersendirian dengan menggunakan lambangnya sendiri.

PAS mungkin hanya akan menang di kawasan-kawasan yang penduduknya didiami ramai orang Melayu/Islam yang  melebihi 80% sahaja, di mana kawasan seperti ini pula semakin kurang kerana kerajaan yang sedang memerintah menyedari hakikat ini oleh itu penempatan penduduk atau kawasan pilihan raya  dimurnikan lebih merib memberi  keuntungan kepada parti pemerintah.Inilah padang yang akan  digunakan untuk bertarung di antara PAS dengan lawannya.

Kalaulah pasukan dan strategi tidak disusun semula atau dikemaskinikan mengikut keperluan pertarungan yang inginkan kemenangan maka PAS akan menjadi mangsa setiap kali pilihan raya dan matlamat melaksanakan dasar atau sistem Islam terperap di dalam kertas cadangan sahaja, lebih baik merealisasikan ungkapan yang berbunyi " Tidak boleh buat semua, janganlah ditinggalkan semuanya". Atas roh inilah agaknya PAS kini telah bersama Pakatan Rakyat, iaitu parti gabungan yang disokong dan disertai oleh berbagai bangsa, tindakan PAS ini dilihat  relevan dengan realiti masyarakat Malaysia dan PAS sebagai sebuah parti politik . Langkahnya  dilihat berpijak di atas muka bumi yang nyata bukannya khayalan lagi.

Kembali kepada ungkapan "tidak boleh buat semua, jangan ditinggalkan semuanya" membawa maksud bahawa sesuatu perkara yang kita tidak mampu melaksanakan semuanya lebih baiklah kita memilih jalan dan cara yang membolehkan kita melaksanakan sebahagiannya, dapat juga manfaatnya itu dirasai dan tenaga yang digunakan juga tidak menjadi sia-sia. Tindakan PAS menyertai Pakatan Rakyat merupakan suatu tindakan yang proaktif dan relevan dengan senario rakyat kini  dan perjuangan hendak merealisasikan sistem Islam,mungkin tidak berjaya melaksanakan semuanya tetapi insya Allah sebahagiannya  akan terlaksana jua.

Pada hemat penulis perkara ini berjaya dilaksanakan kerana PAS telah bergerak secara proaktif dan bersangka baik dengan orang bukan Islam sehingga PAS berjaya menjinak dan berjaya memberi kefahaman Islam yang sebenar, salah faham terhadap Islam selama ini juga berjaya dikurangkan,salah faham terhadap Islam banyak membawa kerugian kepada PAS kerana PAS sebuah parti yang mendukung perjuangan Islam dan ingin melaksanakan sistem Islam di dalam negara, walau pun parti-parti  yang menjadi musuh kepada Parti Islam ini mentohmahkan bahawa PAS telah menyeleweng dan sebagainya tetapi di dalam hati kecilnya mereka mengakui bahawa parti tersebut memang memperjuangkan Islam, tohmahan dan fitnah  yang diutarakan itu hanyalah sebagai racun perosak atau alat yang dipasang untuk bertindak bagi mengurangkan sokongan rakyat terhadap PAS.

Sebenarnya akhlak orang yang mengamalkan ajaran Islam itu jauh lebih baik daripada mereka yang mengamalkan Islam sekadar sambil lewa, di mana hal-hal ibadat khusus akan mengikut ajaran Islam tetapi cara hidup harian yang lain mereka lebih selesa meneruskan  amalan tradisi penjajah seperti cara berpakaian, amalan riba dan seumpamanya tanpa usaha membenteras atau mengubah kepada cara atau budaya yang diterima Islam.Sikap ini menyebabkan  orang yang cintakan Islam melihatnya sebagai berbahaya oleh itu kumpulan ini biasanya akan memberi sokongan politik kepada PAS.Akhlak baik yang menjadi amalan itu pula memudahkan orang bukan Islam menaruh kepercayaan .

Pengalaman PAS yang pernah menerima perbandingan dengan parti UMNO, di mana parti PAS dan UMNO pada ketika itu dasarnya hampir sama sahaja, perkara yang berbeza  ialah UMNO menyertai gabungan Melayu,Cina,India dan lain tetapi PAS berdikari tanpa mahu bergabung dengan parti lain yang bukan Islam, perkara lainnya sama seperti UMNO juga. 

Kini PAS tidak boleh lagi disamakan dengan UMNO kerana PAS telah pun mempunyai perlembagaan yang jelas dan nyata yang menyatakan mereka inginkan cara hidup Islam, kepimpinan PAS wajib mematuhi Majlis Syura iaitu suatu institusi yang bertugas mengawal dasar parti.
Untuk mendapat kemenangan di dalam pilihan raya dan seterusnya memerintah bersama dua parti yang lain lagi sama ada di peringkat negeri atau persekutuan , kini PAS telah pun bergabung atau bekerjasama  dalam suatu pakatan yang dinamakan Pakatan Rakyat, sejak  pilihan raya yang telah lalu (PR:12) dan akan datang (PR:13).

Setelah keluar bandar, masuk kampung dan keluar kampung, masuk bandar memberi penerangan kepada rakyat tentang dasar PAS sebenar, penat lelah tersebut tidak mengecewakan mereka, malah menambahkan kekuatan lagi apabila mendapat sokongan yang menggalakkan daripada orang  bukan Islam yang tidak disangka-sangka itu.

Kini Tong Derma mereka semakin berat walau pun pada suatu ketika dahulu mendapat ejekan dari parti lawan, semakin diejek semakin banyak pula orang menderma, orang yang telah menderma akan ulang derma lagi kerana mereka rasakan ejekan itu terpalit juga kepada mereka. Bukan itu sahaja penyebab derma semakin meningkat, tetapi, sebaliknya keyakinan terhadap aktiviti juga menjadi salah satu puncanya, yang mana aktivitinya merupakan aktiviti yang diyakini mendapat ganjaran baik dari Allah dan selain itu penyokongnya juga telah bertambah dan berlipat ganda, termasuk mereka yang tidak mendaftar menjadi ahli PAS dan juga orang bukan Islam

Sekian...wallahu aklam.

Monday, April 23, 2012

Tazkirah ringkas sejarah kedatangan Islam di Nusantara.

Salam semua.

Artikel kali ini sekadar menyebarkan aktiviti memakmurkan masjid melalui video yang sempat dirakamkan ketika tazkirah disampaikan sebelum solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Shah Alam. Selangor. Dan rakaman di antara aktiviti Karnival Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara ( HARUM )  yang direalisasikan pada  13 - 15 April 2012.yang telah lalu.
Sekian...wallahu aklam.

Tonton Dan Fikir-fikirkan...video

Salam semua.

Sunday, April 22, 2012

Manfaatkan kemahiran internet untuk berdakwah.

Salam semua.

Kemajuan teknologi kini telah berjaya menyusup masuk ke dalam setiap rumah dan pejabat,khasnya mengenai penggunaan internet, dianggarkan hampir seluruh kampung telah mempunyai kemudahan tersebut, kebolehan dan kemahiran menggunakan internet telah meningkat dengan cepatnya terutamanya di kalangan anak-anak muda. Blog, facebook, twitter tidak lagi asing bagi mereka.

Blog,facebook dan twitter telah menjadi tumpuan masyarakat kini mendapatkan maklumat selain televisyen, media ini sama juga seperti media yang lain di mana ianya boleh diperalatkan untuk kebaikan dan kejahatan, terpulang kepada kebijaksanaan penggunanya.Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Artikel ini ingin mengajak anda supaya sama-sama membuka minda dan membuat sedikit percambahan fikiran ke arah kebaikan, khasnya kepada mereka yang mempunyai kemahiran menggunakan media maya yang disebutkan di atas. Idea ini tercetus setelah penulis melihat seorang penjual kuih-muih dan menjaja kuih-muihnya dengan menggunakan kereta surung, di mana berbagai kuih-muih dijualnya setiap petang, sedangkan beliau sendiri bukanlah seorang yang pakar membuat kuih-muih. Namun demikian setiap petang kereta surungnya dipenuhi dengan kuih-muih yang lazat-lazat. Rupa-rupanya beliau mengambil kuih-muih dari kenalannya yang mahir membuat kuih-muih tersebut, tugas beliau hanya memasti atau menentukan kualiti kuih-muih tersebut supaya rasa kelazatannya kekal dan istiqamah . Kesimpulannya penjual kuih tidak semestinya terdiri dari mereka yang mahir atau pakar dalam bidang membuat kuih-muih. Perkara yang penting ialah mereka perlu bijak memanfaatkan kuih-muih yang lazat itu dan mendapatkan kerjasama dan sumbangan mereka yang pakar dalam bidang tersebut.


Jom, kita andai dan ibaratkan media maya seumpama kereta surung yang digunakan oleh penjual kuih-muih sebagai alat dan perantaraan serta pendekatan berdakwah masa kini. Kuih-muih ditukarkan sebagai artikel-artikel menarik mengenai ajaran Islam yang dihasilkan oleh saudara kita yang terpapar di blog, facebook atau twitter mereka dengan cara dan perubahan sikap ini akan bertambah ramai lagi pendakwah di alam maya, sekali gus dapat bersaing dengan artikel-artikel yang kurang sihat yang banyak terpapar di medan yang sama.

Mereka yang memahami ajaran Islam menyedari bahawa artikel mengenai ajaran Islam yang sumbernya berasal daripada al.Quran dan Hadis seharusnya diisytiharkan sebagai tiada hak cipta melainkan hak Allah semata-mata. Maka semua manusia boleh memanfaatkannya secara yang berhikmah.

Oleh itu saudara Islam lain yang kurang berpengetahuan mengenai Islam dan tidak mampu menulis sesuatu artikel mengenainya tetapi mempunyai kemahiran ICT dapatlah mereka menyalin (copy) dan menyebarkannya melalui blog, facebook atau twitter mereka.

Sekian...wallahu aklam.



Saturday, April 21, 2012

Forum "Aku,Dakwah dan Seni"...( Shamril - Sham Kamikazie )

Salam semua.
Berikut adalah diperturunkan rakaman video sebahagian daripada pandangan yang dilontarkan di dalam forum bertemakan " AKU,DAKWAH DAN SENI" yang telah diadakan di Dewan Seri Pinang, Seksyen 18, Shah Alam; Selangor pada 20 April 2012, jam 9.00 - 12.00 malam, rakaman kurang  memuaskan..
Sekian...wallahu aklam.

Forum "Aku.Dakwah Dan Seni"...(Aishah)

Salam semua.
  1. Berikut adalah sebahagian daripada maklumat yang dirakamkan di Program forum "Aku.Dakwah dan Seni". Rakaman kurang memuaskan kerana kelemahan penulis sendiri, apa pun terimalah seadanya.Forum ini dilangsungkan di Dewan Seri Pinang. Seksyen 18. Shah Alam. Selangor pada 20 April 2012. Jam 9.00 - 12.00 malam.

           Aishah ( Artis )             


Sekian...wallahu aklam.

Thursday, April 19, 2012

Permohonan orang jahil pun dimakbulkan Allah.

Salam semua.
Allah Maha Berkuasa, mengampunkan sesiapa yang Dia kehendaki dan mengazabkan sesiapa yang Dia kehendaki serta memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, setiap hamba-Nya tiada seorang pun yang boleh mendabik dada mengaku dirinya terbaik berbanding dengan orang lain, sebaliknya setiap orang sentiasa merasai bimbang kalau-kalau dirinya dimurkai Allah, perasaan itu telah mendorong mereka tekun mengabdikan diri kepada Allah dan bersangka baik di antara satu sama lain dengan saling berdoa memohon keampunan Allah dengan lafaz " Allahummaghfir lilmuslimin wal muslimat....." 

Merujuk kepada "Permohonan orang jahil pun dimakbulkan Allah", jahil yang dimaksudkan di sini menjurus kepada kurang menguasai ilmu, kalau pun memiliki ilmu hanya ditahap yang rendah, namun demikian, jika ada kepercayaan dan iman terhadap Allah  Pencipta alam ini, di sana masih ada kasih sayang Allah terhadapnya, doa  dan permohonannya akan dimakbulkan Allah seperti orang lain jua, asal ada ikhlas di dalam dirinya.

Cerita ini merujuk kepada suatu kisah benar yang berlaku kepada seorang pemuda yang pada ketika itu masih jahil atau banyak perkara yang belum diketahuinya,  perkara-perkara seperti solat hajat, istikharah, solat sunat tasbih dan lain,maklumlah ketika itu beliau masih muda.

Setelah selesai peperiksaan di sekolahnya, dalam masa menunggu keputusan peperiksaan  beliau merasai risau dan bimbang akan masa depannya seandainya peperiksaan beliau duduki itu berakhir dengan kegagalan, beliau duduki dua jenis peperiksaan  dalam tahun tersebut, satu dikendalikan oleh kerajaan Malaysia (peperiksaan awam)  dan satu lagi dikendalikan oleh kerajaan negeri, saban hari beliau tidak dapat tidur pada waktu malam kerana risau memikirkan masa depannya, beliau seorang anak kampung dari keluarga yang miskin pula.
Walaupun beliau seorang yang dikatakan masih jahil tetapi tidak mengabaikan solat fardu dan tidak melanggari larangan Allah, jika pun dilanggarinya hanyalah pada perkara-perkara dosa kecil.

Untuk menghilangkan kerisauan itu beliau mengadu kepada Allah dengan mengerjakan solat sunat, bukan solat sunat Hajat, Istikharah atau lain-lain solat sunat yang disebut namanya, sebaliknya beliau menunaikan solat sunat mutlak sahaja,  pada ketika itu beliau  sendiri pun tidak mengetahui bahawa solat sunat yang dilakukannya itu ianya  dinamakan solat sunat mutlak.

Solat sunat itu dilaksanakannya pada waktu tengah malam, beliau memohon dan merayu di hati ketika sujud supaya Allah memberi maklumat kepadanya sama ada beliau lulus atau tidak bagi kedua-dua peperiksaan tersebut, harapannya kalau mengetahui perkara itu  kerisauan akan dapat dikurangkan dan jiwanya akan tenang, beliau menunaikan solat sunat itu beberapa kali semuanya ditunaikan pada waktu tengah malam, setiap kali sujud akhir beliau merayu pada Allah supaya memberi pertunjuk dalam hal tersebut, rayuannya bukan sedikit malah sehingga menitiskan air mata membasahi kain sejadah.

Akhirnya pada suatu malam beliau bermimpi berenang menyeberangi sebuah sungai yang amat luas dan di tengah sungai itu pula terdapat sebuah anak pulau kecil dan sepohon pokok yang tinggi tumbuh di pulau itu, sedang  beliau berenang itu beliau terfikir sama ada beliau akan sampai ke seberang yang ditujui, ketika hampir sampai pulau kecil itu beliau berasa sangat letih dan mengambil keputusan berhenti sebentar untuk memulihkan dan mengembalikan tenaga agar dapat sampai ke seberang sana, semasa  berehat di pulau kecil itu beliau ingin mengetahui baki jarak di antara pulau kecil itu dengan tebing di seberang sana, beliau pun memanjat pokok itu sehingga ketinggian yang membolehkan beliau  melihat tebing di seberang  sana, kemudian beliau turun dari pokok itu untuk terus berenang menuju ke tebing yang ditujui, beliau pun berenang dengan tekun dan yakin, sebaik sahaja tiba di tebing beliau dengan cepat dan gopoh gapah  naik ke atas tebing dan berdiri serta beralih  ke belakang dan berteriak atau melaungkan " Aku lepas kedua-duanya" , maksudnya beliau berjaya berenang sehingga ke anak pulau tadi dan dari anak pulau itu ke tebing yang ditujui. Setelah teriakan itu beliau pun terjaga dari tidur.Selepas bangun dari tidur beliau merasai dua kali menyeberang itu, iaitu dari tebing ke pulau dan dari pulau ke tebing yang satu lagi itu sebagai simbolik kepada dua peperiksaannya.

Selepas peristiwa bermimpi itu kehidupannya telah banyak berubah, beliau tidak lagi risau dan bimbang, malah beliau merasai yakin bahawa kedua-dua peperiksaan yang didudukinya  itu akan  lulus.Kini beliau tidak risau lagi dan hidup tenang dan aman damai sehingga keputusan diisytiharkan, memang benar beliau lulus kedua-duanya.Demikianlah kisah pemuda yang saya kenali.

Catatan:
Doa di dalam solat Istikharah atau doa di dalam solat seperti yang diceritakan itu biasanya dapat dirasai dan diketahui melalui mimpi seperti berlaku pada pemuda dalam artikel ini  atau  tercetus rasa yakin di hati, pertunjuk itu akan datang  selepas memohon dan merayu  berkali-kali serta bersungguh-sungguh kepada Allah.

Sekian...wallahu aklam. 

Wednesday, April 18, 2012

Nasihat Untuk Bakal Haji (3)

Salam semua.
Bahagian atas Masjidil Haram.
Artikel ini masih lagi membincangkan perkara yang sama iaitu "Nasihat Untuk Bakal Haji",  "entri" ini adalah yang ketiga, tajuk yang telah lalu tidak diteruskan kerana, kalau diteruskan akan menjadi terlalu panjang dan menjemukan.
Kali ini saya akan menyentuh beberapa perkara secara umum dan ringkas. 

Di antaranya:
1. Wang Tunai
Gambar dari google
Wang tunai tidak perlu dibawa dalam jumlah yang banyak, sekadar untuk perbelanjaan beberapa hari telah  memadai, Tabung Haji menyediakan kaunter mengeluarkan wang simpanan Bakal Haji di beberapa lokasi yang berdekatan, Bakal Haji boleh mengeluarkannya di sana (Makkah dan Madinah) dalam mata wang Arab Saudi.Pada tahun 1432H/2011 mata wang Arab Saudi lebih rendah berbanding dengan ringgit Malaysia.Kalau wang tunai dibawa bersama  terlalu banyak dikhuwatiri berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti yang diceritakan di dalam artikel yang telah lalu.
Ketika menggunakan wang atau membeli belah Bakal Haji hendaklah teliti dan berhati-hati, tengok betul-betul wang itu, boleh berlaku nilai yang tinggi disangka rendah, lima puluh rial disangka empat atau lima rial sahaja, perkara ini boleh berlaku kalau tidak berhati-hati melihat dan memerhatikannya,maklumlah kita sudah terbiasa puluhan tahun dengan mata wang Malaysia , ruang kesilapan akan lebih terbuka bagi mereka yang matanya rabun.
2. Persediaan secara rohani.
Gambar dari google
Berdoa adalah senjata orang mukmin, setahun atau beberapa tahun sebelum menunaikan fardu Haji, Bakal Haji hendaklah  membuat persediaan tersebut, iaitu  berdoa dan bersolat Hajat memohon supaya dipermudahkan kerja Haji dan mendapat Haji Mabrur, dipermudahkan membawa maksud yang luas termasuklah sihat dan tanpa halangan yang lain.
3.  Lokasi Hotel kediaman.
Hotel-hotel berhampiran masjid.
Sebaik sahaja sampai di hotel tempat kediaman yang telah ditentukan oleh Tabung Haji, Bakal Haji hendaklah perhati dan melihat sekeliling atau persekitarannya supaya tidak sesat apabila kita keluar ke sesuatu tempat, beberapa mercu tanda berhampiran dengan hotel kediaman sangat penting untuk diingati, mercu tanda itu boleh menjadi panduan ketika tidak begitu ingat lokasi  kediaman atau dapat mencerita kepada orang lain jika kita telah sesat jalan.
Sering juga terjumpa dengan orang yang sesat jalan, terutamanya mereka yang telah lanjut usia, mereka masih beruntung kalau memakai tanda nama yang mengandungi maklumat asas tempat kediaman, dapat juga orang lain membantu, mereka yang telah tua perlulah dibantu dan mengingatkan mereka perkara-perkara seperti ini.
4. Kasut dan sarungnya.
Gambar dari google
Masjid Nabawi di Madinah dan juga Masjidil Haram di Makkah disediakan rak kasut di beberapa lokasi tertentu di dalam masjid (bukan di luar) semuanya dilabelkan dengan nombor, begitu juga pintu-pintu masjid semuanya dilabelkan dengan nombor, nombor-nombor ini sangat penting bagi kita mengingatkannya, kalau tidak ingat nombor rak dan pintu.objek ini semuanya kelihatan hampir serupa , kalau terlupa nombor rak, susah pula mencari rak yang kita simpan kasut tadi, kasut kita mungkin akan hilang, kalau tidak ingat nombor pintu pula mungkin kita akan sesat atau sekurang-kurang urusan kita menjadi lambat dan terganggu.
Sarung Kasut, kalau kita menyediakan sarung kasut, kasut boleh dibawa bersama ke tempat solat dan diletakkan di hadapan, jika kita kehendaki, kita boleh gunakan sarung khas atau menggunakan beg plastik sahaja pun memadai, asalkan boleh menutup meliputi seluruh badan kasut.

5. Lokasi kehidupan yang paling sukar semasa mengerjakan Haji.
Dalam khemah di Padang Arafah.
             (Video-Dalam khemah di Mina pada waktu malam)
 Pada petang 8hb.Zulhijjah Bakal Haji akan bergerak ke Padang Arafah dan pada petang 9hb.Zulhijjah atau malamnya akan bergerak pula ke Muzdalifah, singgah sebentar di sini, kemudian meneruskan perjalanan ke Mina,  di Mina inilah kehiduapan Bakal Haji  paling sukar, di antaranya kesesakan tempat tinggal, khemah yang disediakan menjadi sangat kecil apabila dimuatkan dengan  penghuninya yang sangat ramai sehingga terpaksa tidur bertemu bahu, ditambah pula bilik air/tandas yang disediakan hanya beberapa bilik atau pintu sahaja,  setiap kali hendak menggunakannya terpaksa berbaris panjang, akan bertambah buruk lagi kehidupannya kalau cuaca ketika itu  tersangat panas atau sejuk.Mereka yang pergi melalui pekej swasta mungkin tidak melalui kesusahan ke tahap ini kerana segalanya dibayar oleh Bakal Haji.( Kita perlu mengingatkan Tabung Haji tidak semua orang mempunyai wang yang banyak tetapi semua orang inginkan keselesaan dan layanan yang sewajarnya ) Menyediakan beberapa bilik air untuk digunakan oleh Bakal Haji yang begitu ramai tentulah tidak sesuai, tidak syak lagi ramai di antara mereka yang jatuh sakit atau sekurang terganggu kesihata mereka, terutamanya mereka yang sudah tua, akal yang waras tidak menerima alasan bahawa perkara itu tidak dapat diselesaikan.
Bakal Haji janganlah risau dengan pendedahan ini, kita hendaklah berusaha dan berdoa serta berserah kepada Allah supaya habuan yang kita akan perolehi itu adalah yang terbaik yang akan dikurniakan Allah nanti.
6. Bakal Hajjah.
gambar dari google
Semasa Bakal Haji dan Bakal Hajjah berada di Makkah dan Madinah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membolehkan bersolat setiap waktu di masjid, sewajarnyalah mereka berbuat demikian, peluang mungkin datang seumur hidup hanya sekali sahaja, beruntunglah dan bersyukurlah kepada Allah bagi mereka yang berpeluang  datang ke sini  melebihi sekali.
Jika ingin ke destinasi yang jauh, Bakal Hajjah dinasihatkan supaya bergerak bersama mahram,kalau sekadar ke masjid dalam keadaan tertentu mungkin boleh bersama kumpulan sesama wanita, kalau bergerak hanya sesama Bakal Hajjah sahaja ke destinasi yang jauh seperti keluar dari Makkah untuk berniat umrah sunat atau lain-lainnya tidak terjamin keselamatan mereka. Pemandu atau tuan punya van atau kereta sewa yang Bakal Hajjah naiki itu mungkin seorang penjenayah yang hanya mencari dan menunggu peluang untuk menunaikan  hajat jahat mereka, mungkin sedang mencari peluang untuk merompak, merogol dan seumpamanya, walaupun Bakal-bakal Hajjah itu telah biasa dan saban tahun  ke sana untuk menunaikan umrah, jangan ambil mudah dalam hal ini kerana di Makkah pada ketika itu ramai pendatang dari negara jiran datang mencari rezeki, termasuklah pendatang tanpa izin.
7.Jaga Kesihatan.
Gambar dari google
Siang dan malam habuk berterbangan di udara terutamanya di jalan raya yang banyak kenderaan dan orang ramai lalu lalang di sana, habuk ini ada yang kelihatan, ada yang terlalu halus tidak kelihatan dek mata kasar, habuk boleh menyebabkan berbagai penyakit khasnya batuk yang mengambil masa yang lama untuk dipulihkan, kalau kesihatan terjejas, fikiran pun terjejas, kerja Haji juga turut terjejas, Tabung Haji menasihatkan para jamaah Haji supaya memakai penutup mulut dan hidung (mask) untuk mengelakkan daripada dijangkiti penyakit.Jangan rasa kekok atau malu untuk memakainya, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna, pakailah sepanjang masa apabila berada di luar tempat kediaman.Mereka yang banyak berjalan atau bersiar-siar akan banyak terdedah dengan habuk, ada juga di kalangan jamaah Haji yang sakit telinga setelah balik ke Tanah Air, apabila dibuat pemeriksaan doktor, didapati sakit tersebut disebabkan telinga terlalu banyak dimasuki habuk.
8. Harga barang naik mendadak pada minggu sebelum ke Padang Arafah (Wukuf).
Sedang mendengar Khutbah Jumaat.
Pada minggu hampir menjelang 9hb.Zulhijjah harga barangan mulai naik, pada ketika ini juga Bakal Haji dari negara berhampiran telah tiba, kesesakan berlaku di mana-mana, khasnya di dalam masjid. Berasak-asak di pintu masjid ketika masuk dan keluar adalah perkara biasa, malah laluan khas di dalam masjid juga sesak, untuk mengelakkan kesesakan dan kepayahan Bakal Haji hendaklah pergi lebih awal ke masjid sebelum tibanya waktu solat.
Sekiranya ada cadangan untuk membeli sesuatu yang mustahak atau barang keperluan, masa yang paling baik untuk berdemikian adalah sebaik sahaja bakal Haji baru tiba di Makkah atau di Madinah, Kalau terdapat barangan yang hendak dibawa pulang ke Tanah Air, perkhidmatan pos biasanya disediakan oleh pihak swasta, bagi mereka yang sampai awal lebih mudah untuk menguruskannya.

Sekian...wallahu aklam.