Sunday, April 1, 2012

Masih dalam ingatan dan kenangan.

Salam semua.

Sejak saya membiasakan diri dengan facebook (Fb), kini saya berpeluang menemui sebahagian daripada para pelajar yang pernah saya mengajar pada suatu ketika dahulu, bertemuan melalui Fb tersebut telah memberi peluang kepada kami bertanya khabar dan mengimbau kembali sejarah bersama pada masa lampau serta mengetahui perkembangan masing-masing.

Setakat ini baru sekali sahaja kami berpeluang merealisasikan pertemuan yang sangat berkat itu dalam suatu majlis perjumpaan iaitu pada 22 Jan 2012 di Kluang ,Johor. 

Gambar yang dipaparkan adalah dirakamkan di Kluang Johor bersama bekas pelajar Maktab Sultan Abu Bakar atau dikenali juga dengan nama English College (EC) Johor Baharu, Johor. Sehingga ini saya belum lagi perpeluang menemui bekas  pelajar SMK.Khir Johari, Sungai Petani, Kedah di dalam suatu majlis kecuali beberapa individu daripada mereka dan juga bekas pelajar SMK.Tunku Abdul Rahman (STAR), Mergong, Kedah.
__________________________________________________
Daripada Anas ibn Malik r.a. katanya :
Rasulullah SAW bersabda : ' Barangsiapa yang suka supaya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim'
Hadith riwayat al-bukhari.
 _________________________________________________
 Harapan saya ingin bertemu dengan semua pelajar yang pernah saya mengajar atau mendidik mereka seberapa banyak yang mungkin, termasuklah bekas pelajar ( tahun 1973 ) SMK.Aminuddin Baki, Jalan Abdul Samad, Johor Baharu, walau pun saya hanya sempat bertugas setahun di sekolah ini tetapi ianya juga merupakan sejarah hidup saya yang sukar hendak dilupakan kerana sekoah ini merupakan sekolah pertama saya bertugas selepas tamat latihan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras , Kuala Lumpur beberapa nama masih dalam ingatan dan kenangan saya sehingga kini, sehingga ke hari ini saya belum lagi bertemu dengan sesiapa bekas pelajar yang dimaksudkan dari sekolah SAB ini

Sekian...wallahu aklam.

No comments: