Sunday, April 29, 2012

Pelancaran ZON BERSIH Shah Alam - 2012.

Salam semua.


Majlis Bandaraya Shah Alam melancarkan Kempen ZON BERSIH untuk Syeksen 10 & amp; 11 pada hari ini Ahad 29 April 2012 di Dewan Jejarum. Seksyen 11. Shah Alam.Menteri Besar Selangor menyampaikan ucapan serta merasmikan pelancarannya jam 10.00 pagi tadi.Sempat juga penulis merakamkan gambar-gambar dan video pendek dimuatkan di laman Kehidupan Bersih ini, dirakam dari kerusi hadirin yang jaraknya agak jauh dan kurang sesuai, hanya itu kesempatan yang ada. 
                                             
Dalam ucapannya Tan Sri Khalid Ibrahim ( MB Selangor ) mengingatkan hadirin dan khasnya penduduk Seksyen 10 & 11 mengamal dan merealisasikan ajaran Islam yang mengutamakan kebersihan, sebagai buktinya beliau merujuk kepada perbuatan kita setiap kali hendak menunaikan solat sama ada solat fardu atau sunat umat Islam dikehendaki membersihkan diri terlebih dahulu, katanya amalan menjaga kebersihan ini sangat diambil berat oleh masyarakat Jepun, mungkin amalan mereka lebih baik berbanding masyarakat kita, Masjid dan surau hendaklah menjadi contoh dalam mempraktikkan amalan ini.Amalan mengutamakan kebersihan ini juga hendaklah menjadi amalan individu dan keluarga sehingga mereka betul-betul merasai penghayatannya.

Dalam majlis pelancaran ini MB telah menyampaikan baju jeket dan sijil-silil penghargaan kepada pihak swasta dan individu  yang terlibat serta turut merasmikan Pelancaran Facebook www.facebook.com/zonbersihMBSA2012,juga turut melawat gerai-gerai pameran yang disediakan di luar dewan.

 
Sekian...Wallahu aklam.

No comments: