Monday, April 30, 2012

Satu benar. Satu lagi tentulah berbohong.

Salam semua.

#######################################################
BERI LALUAN untuk IKLAN SEBENTAR.

Tanah untuk dijual..
Lokasinya:
Kampung Seriab.Tok Terang. Perlis.
Sesiapa yang berminat sila hubungi En.Zakri..0194786047.


#############################################


Dulu aku dah tulis tajuk yang dekat serupa dengan tajuk ni, tapi pada masa itu ceritanya tak berapa menarik, kalau nak tahu cerita tu kliklah di sini .Hari ini aku terasa nak tulis pula, aku nak tulis yang benar bukan yang bohong. aku dah jemu membaca cerita bohong , hari ini kalau kita baca atau menonton, sama ada melalui media cetak atau elektronik sebahagian daripadanya adalah bercampur aduk di antara yang auta dan nyata, nampaknya minda rakyat Malaysia semakin diancam dan diprovokasikan dengan berita yang separuh benar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan.

Berita disebarkan bukan mengharapkan 100% mendapat kepercayaan pembaca atau pendengar, memadai sekadar berjaya memperdayakan mereka yang telah sedia menerima berita begitu rupa sejak dahulu,sikap biarlah dia berbohong kerana dia adalah orang kita dan pasukan kita tanpa pertimbangan yang menggunakan nilai yang lebih bersih dan murni, bukankah dalam perlawanan bola sepak atau lain-lain pasukan permainan, kita tidak pernah bersalah kalau mengasari pihak lawan , kita sebagai penyokong juga tidak pernah menyalahkan pasukan sendiri dalam hal seperti itu, biar pun sokong yang berdiri itu sudah condong kedudukannya dan menunggu masa untuk rebah dan menimpa diri mereka dan anak cucu, mereka tetap akan sokong kerana itulah sokongan mereka sejak dahulu, walaupun sokong itu telah menjadi subur dan gemuk hasil layanan dan sokongan yang diberikan sekian lama oleh mereka, biar pun diri sendiri kurus kering dek makanan diberikan kepada sokong yang kononnya tempat mereka bergantung, kesusahan dan kemiskinan itu sebenarnya berpunca daripada kealpaan sokong, sokong sepatutnya menjadi tempat pergantungan tetapi , sebaliknya membawa rebah.

Merujuk kepada pembawa berita benar dan berita bohong, aku tidak membeli apa-apa jenis pun daripada akhbar arus perdana pada hari ini Isnin 29 April 2012, Akhbar yang aku beli selalu itu pun aku tidak membelinya pada hari ini, aku juga dah mula tidak percaya kepada akhbar tersebut, pada fikiran aku, aku masih rasional, aku bukan fanatik atau ekstrem orangnya, aku rasa tindakan aku itu masih termasuk di dalam golongan orang yang proaktif, kritis dan kreatif dalam aspek cara berfikir dan cara bertindaknya, surat khabar arus perdana di Malaysia gaya dan lagaknya adalah bertepuk sebelah dan membiarkan yang lainnya berpendam rasa, TV dan radio juga bercakap satu hala tanpa TV dan radio yang lain menyiarkan pandangan kedua bagi menjuruskan ke arah kebenaran dan mengelakkan pembohongan perdana.

Kini Malaysia dilihat dari aspek media semakin menjadi 2Malaysia, Malaysia di dalam arus perdana dan Malaysia yang berada di pinggirnya.Kedua pihak menyebarkan berita tentang kebaikan diri dan keburukan lawan, satu pihak di dalam arus perdana yang lebih luas dan bitara liputannya dan yang satu lagi yang liputannya sangat terhad dan terpaksalah mereka mengusong mikrofon keluar bandar masuk kampung membela diri.

 Kedua-dua pihak masing-masing memberi pandangan dan hujah atas topik yang sama tetapi nada yang berbeza diuar-uarkan di dalam media yang juga berbeza menyebabkan timbul keraguan di kalangan rakyat, berlakulah cerita benar dikatakan palsu dan cerita palsu dikatakan benar, tidak mungkin kedua-duanya benar, melainkan cerita 2x5 dan 5x2 versinya berbeza tetapi hasilnya tetap sama, buat masa ini kalau berlaku sesuatu peristiwa yang berkaitan politik pastinya akan menjadi dua versi, iaitu satu benar dan satu lagi palsu, untuk tidak tertipu sudah tentunya rakyat Malaysia memerlukan akal minda yang baik dan mereka juga hendaklah menguasai ilmu ICT, dalam menghadapi  isu yang  bitara, umat Islam tentunya memerlukan solat Istikharah memohon petunjuk Allah terlebih dahulu , sebelum memihak, disamping itu sifat iman, Islam dan Ihsan  juga hendaklah sentiasa dimantapkan, kalau tidak, kita akan terperangkap di dalam kancah yang buruk  dan yang  akan membawa diri kita dan keturunan kita ke arah yang buruk jua, negara dan rakyatnya harus dipelihara dan dijaga, parti politik boleh bersilih ganti, rakyat yang bijaksana inginkan yang terbaik, bukan yang pura-pura.

Sekadar peringatan kepada kita bersama.
 Firman Allah bermaksud:
[10]
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi).
[11]

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

[Surah An-Nur: 10 - 11].
 
Sekian...wallahu aklam.


No comments: