Sunday, April 8, 2012

Anjakan.

Salam semua.
Aku kini telah membuat anjakan.
Belakangkan TV beralih mengadap laptop.
Aku meresap masuk ke dalam laptop dan tinggalkan  berbagai pesan.
Pesananku bergerak melalui hujung jari dan maya.
Aku juga terima maklumat melalui kaedah yang sama.
Aku telah berupaya menilai dan membuat keputusan.

Bukan hanya aku.
Kini penulis dan pengarang tidak lagi di dalam rumah,
tidak lagi di depan komputer atau laptop,
mereka melangkah bendul rumah, turun tangga, pijak bumi dan pergi.
pergi berpidato, membaca sajak dan memberi informasi terkini.
penonton dan  pendengar bertepuk tangan tanda setuju dan terima kasih,
mereka mendapat ilmu bukan hasutan atau dakyah palsu.
Penulis dan pengarang telah membuat anjakan, 
bergerak keluar rumah menemui masyarakat dan membantu mereka.
Termasuk penyanyi dan penghibur telah menukar hadaf bukan ke Kelab Malam tetapi ke masjid atau ke surau. 

Apakah semuanya ini?.
Semuanya kerana  keyakinan dan kepercayaan telah gering,
semuanya inginkan perubahan, inginkan ketelusan dan  inginkan kebaikan.
Atau mungkin telah jemu kepada yang lama dan ingin yang baru,
Agaknya yang baru itu canggih, ada hati budi dan bertanggungjawab.



No comments: