Monday, April 16, 2012

Peristiwa yang tidak diingini berlaku ketika Jamuan Berbuka Puasa.

Salam semua.
Jamuan Berbuka puasa bukanlah sesuatu yang  asing bagi kita masyarakat Malaysia termasuk mereka yang bukan Islam, kekadang orang bukan Islam dijemput bersama bertujuan untuk memamerkan kemesraan dan keindahannya, selain masjid atau surau, persatuan atau majikan juga mengadakan jamuan tersebut, menu jamuan ini biasanya istimewa dan lazat-lazat kerana pihak penganjur ingin menjamu makanan dan minuman yang terbaik untuk tetamunya.
Semasa saya masih bertugas sebagai guru sekolah, di sekolah saya Persatuan Ibu bapa dan Guru yang akan menganjurkan jamuan tersebut dengan kerjasama semua guru dan kakitangannya.
Sumber kewangan diperolehi melalui kutipan derma khas daripada guru dan staf lainnya dan juga PIBG. Makanan ditempah dari pembekal yang diuruskan oleh Jawatankuasa Khas mengenai jamuan ini.

Peristiwa yang tidak diingini
Merujuk kepada peristiwa yang tidak diingini berlaku ketika Majlis Jamuan Berbuka Puasa. Pada hari diadakan jamuan para jemputan yang terdiri daripada  warga sekolah dan PIBG telah hadir memenuhi kerusi di tempat jamuan, masing-masing menunggu dengan aksi lapar dan dahaga, maklumlah seharian tidak menjamah makanan dan minuman.Waktu  berbuka sudah hampir tiba tetapi makanan yang hendak dijamu itu belum lagi menampakkan bayangnya, semua hadirin tertanya-tanya  apa yang sebenarnya  telah berlaku, saya sendiri mulai gelisah kerana saya sendiri juga salah seorang AJK jamuan tersebut tetapi tugas menempah makanan dan minuman telah diserahkan kepada sahabat saya selaku Bendahari PIBG ketika itu, segala menu dan anggaran perbelanjaan telah diputuskan dengan jelas oleh AJK. 

Bendahari yang membuat tempahan tersebut bersendirian tentulah merasai gelisah dan gelabahnya melebihi orang lain, mungkin takut dia akan dipersalahkan nanti, Bendahari sentiasa sahaja menelefon pembekal ,  dari masa ke semasa saya bertanyakan perkembangannya, jawapannya pembekal dalam perjalanan, makanan dalam perjalanan. Dalam asyik bertanya dan gelabah itu tiba-tiba azan  pun berbunyi menandakan waktu berbuka sudah tiba. Semua yang hadir mengambil keputusan menunaikan solat fardu Maghrib dahulu sementara menunggu makanan kunjung tiba,manakala mereka yang bukan Islam terus menunggu di dewan makan.
Sedang kami menunaikan solat fardu Maghrib makanan pun tiba, kelewatan itu rupanya menjadikan kami lebih  berselera, hehe lucu .

Kesilapan.
Tempahan yang dibuat menepati  menu yang telah ditetap dan diputuskan di dalam mesyuarat, Makanan yang dibekalkan itu sangat baik dan memuaskan hati, kesilapan berlaku kerana Bendahari tidak memberi alamat tempat jamuan diadakan dan pembekal juga tidak meminta alamat tersebut ketika tempahan dibuat, ketika menghantar makanan berlakulah kesalahan lokasi yang hanya diandaikannya sahaja, kemudian  dalam keadaan gelabah  pembekal terpaksa berpatah balik, nampaknya pembekal merasai gelabah dan risau itu terlebih dahulu berbanding dengan kami yang sedang menunggunya, Bendahari menefon  menghubungi pembekal setelah disedari telah lewat  kerana sebelumnya disangkanya pembekal sedang di dalam perjalanan ke tempat jamuan, sebab masa telah melewati zon selesa maka makanan tetap sampai lewat juga.

MANUSIA HANYA MERANCANG ALLAH JUA YANG   MENENTUKAN

Sekian...wallahu aklam.

No comments: