Friday, April 6, 2012

Kehidupan Bersih dan "Bersih 3".

Salam semua.
"Bersih 3" akan digerakkan pula pada 28 April 2012 bertempat di Dataran Merdeka, maklumat ini berdasarkan apa yang diwar-warkan oleh berbagai media ala baru, ketika Bersih 2.0 di ambang pelaksanaannya dahulu, blog ini iaitu blog yang bertemakan "Kehidupan Bersih" telah menjadi mangsa kemarahan orang yang salah sangka dengan tema tersebut. Pada kali ini diharap perkara tersebut tidak akan berlaku lagi kerana setiap detik masa berjalan dan bergerak menjadikan manusia semakin dewasa dan matang dan tentunya telah dapat memahami dan mengenali "Bersih 3" yang sebenarnya dan bukan blog terpencil ini.

Laman sesawang ini sebenarnya telah wujud sebelum tertubuhnya "Bersih 2.0", di antara Kehidupan Bersih dengan "Bersih 3" ianya tidak kena mengena,objektifnya berbeza dan mungkin matlamatnya hampir sama iaitu inginkan kehidupan ini bersih tanpa penyewengan dan tipu daya serta ingin menjauhi kehidupan yang bercelaru tanpa etika yang mulia dan dihormati. Thema utama laman ini seperti tertera di dalam imej istimewa di atas..

Kirannya masih berlaku demikian rupa sekali lagi, penulis Kehidupan Bersih akan hanya menganggapnya sebagai tersalah klik dan akan memberi ulasan kemudiannya.



Sekian...wallahu aklam.

No comments: