Thursday, April 5, 2012

Persekitaran mencipta kemarahan dan kebencian manusia.

Salam semua.

Allah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian, tiada kejadian makhluk lain yang lebih baik berbanding dengan kejadian manusia, sebaik-baik manusia ialah mereka yang taat dan bertakwa kepada Allah, manusia adalah makhluk yang paling mulia di sisi Allah tetapi tidak semua manusia itu mulia, terdapat juga manusia yang hina dan hinanya pula sehingga setaraf dengan binatang malah ada yang lebih teruk lagi.

Kejadian manusia diterang dan dijelaskan di dalam al.Quran seperti berikut;
____________________________________________
 [12]
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
[13]
Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
[14]
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
( Surah al.Mu'minun ) 
________________________________________________________________
Kejadian manusia dilengkapkan dengan dua unsur iaitu fizikal/jasmani  dan roh, manusia mempunyai akal dan perasaan, manusia yang normal mampu menilai baik buruknya tentang diri dan persekitarannya. Artikel ini hanya ingin menyentuh sedikit sahaja tentang perasaan atau emosi manusia normal yang menyebabkan  hadirnya perasaan marah , perasaan suka dan marah yang wujud dalam diri manusia ianya  dipengaruhi oleh persekitarannya, setiap manusia mempunyai perkara yang disukai dan dibenci, semua manusia tidak suka atau benci kepada kezaliman, kezaliman itu sama ada berbentuk  penganiayaan, penipuan, penyelewengan atau ketidakadilan. Terdapat juga manusia normal yang menzalimi diri sendiri tidak marah kepada kezaliman, sekiranya kezaliman itu akan memberi keuntungan sementara kepadanya atau mereka mempunyai kepentingan tertentu yang tersirat di dalam kezaliman itu.

Dalam sejarah kehidupan manusia kita pernah melihat berulang kali peristiwa manusia keluar beramai-ramai  ke tanah lapang untuk menyatakan kemarahan mereka sama ada kepada kerajaan semasa, institusi atau individu tertentu.Peristiwa ini berlaku sudah tentu pihak-pihak tersebut melakukan perkara-perkara yang menimbul kemarahan mereka, sama ada kehadiran perasaan marah itu sudah sampai masanya  atau tidak, perkara itu tidak dibincangkan di sini.

Pihak yang mewujudkan punca kemarahan itu pula tentunya di sana tersirat tujuan dan objektif tertentu yang menguntungkan mereka ataupun menguntungkan masyarakat seluruhnya.Situasi atau persekitaran tersebut telah mengacau dan menimbulkan kemarahan pihak yang dimaksudkan, persekitaran dan situasi yang menyenangkan satu pihak dan menyusahkan satu pihak yang lain itu dilihat sebagai zalim atau tidak adil kerana di satu pihak mendapat keuntungan manakala satu pihak lagi  mendapat kerugian atau dianiayakan, itu adalah tanggapan, mungkin situasainya masih  rasional dan adil tetapi bagi mereka yang bersifat penting diri sendiri merasai tidak adil kalau kepentingan mereka terjejas. Apabila situasi ini memuncak maka keramahan juga akan turut memuncak.

Apabila kemarahan terhadap kezaliman dan ketidakadilan memuncak sukar hendak dihalang dan beri nasihat kerana kemarahan yang memuncak itu adalah hasil kesabaran yang telah lama direalisasikan sementara menunggu perkara yang dimarahi itu berubah atau diubah.Kemarahan ada puncanya, puncanya itu perlu dan wajib dihapus dan padamkan, pihak yang bersalah sebenarnya mereka yang mencipta punca tersebut.

Perasaan atau emosi manusia dihidupkan oleh nafsu ammarah , manusia sifatnya tidak seperti malaikat, malaikat dijadikan Allah untuk beribadat semata-mata, mereka tiada sifat marah dan tiada keinginan untuk berlumba-lumba di dalam kehidupan hariannya, juga tidak berminat untuk melakukan kejahatan .Manakala manusia memiliki sifat manusia dan malaikat, manusia melakukan kebaikan dan kejahatan, kedua-duanya dilakukan mereka setiap hari.Manusia mempunyai ikhtiar dan usaha yang datang dari minda atau akal mereka, ikhtiar dan usaha itu sama ada untuk kebaikan atau kejahatan.

Adakah manusia tidak perlu marah?
Manusia kekadang memerlukan sifat marah kerana manusia hidup sesama manusia yang kekadang melakukan perkara-perkara yang disebutkan di atas tadi, manusia yang sederhana menggunakan perasaan marah itu untuk melindungi dirinya atau menjaga egonya supaya tidak dibuli oleh manusia lain terhadap dirinya.

Catatan;
"Sebaik-baik perbuatan adalah sederhana, jangan terlalu keras sehingga boleh dipatahkan dan jangan terlalu lembut sehingga  boleh diperah"

Sekian...wallahu aklam.

 .

No comments: