Wednesday, April 4, 2012

Kewajipan memakmurkan masjid dan surau.

Salam semua.

 Kewajipan memakmurkan masjid dan surau adalah kewajipan ke atas semua orang Islam. Para pemimpin yang mempunyai ilmu dan kuasa , sama ada  kuasa dari segi memerintah atau kuasa yang wujud  melalui ilmu, mereka adalah paling utama dituntut untuk melaksanakannya secara proaktif dan berhikmah. Memakmurkan masjid bukan sahaja tertumpu kepada solat berjamaah semata-mata tetapi turut menjadi penting ialah menyebarkan ilmu untuk memperkukuhkan aqidah (makrifatullah) kerana dengan memiliki ilmu seseorang itu akan terselamat dari murtad dan syirik kepada Allah dan turut menjadi  mudah dalam urusan menguruskan kehidupan harian.Ilmu diibaratkan seperti lampu penyuluh kehidupan atau ilmu itu adalah cahaya. Tanpa ilmu (cahaya) manusia akan hidup di dalam kegelapan.
  
Jika setiap masjid dan surau dapat dimakmurkan seumpama di dalam video di atas ini pada setiap waktu solat, maka ketika itulah Islam berada dimartabatnya dan Melayu yang rata-rata menganut Dinul Islam akan turut tertebus maruahnya.

Kalau masjid dan surau berjaya dimakmurkan bermakna Islam akan   berjaya ditegak dan direalisasikan sepenuhnya, kiranya masjid dan surau lengang dari kehadiran masyarakat Islam di sekelilingnya situasi ini menggambarkan masih ramai lagi orang Islam yang kurang faham mengenai hakikat Islam yang sebenar atau masih salah faham tentang Islam.
Laungan dan pekikan menegak atau mempertahankan Islam yang sedang atau telah berlaku, mungkin  hanya sebagai cetusan emosi atas sebab menganuti Dinul Islam tersebut, bukan atas kefahaman sebenar yang dikehendaki Allah atau apa yang disarankan dan diperintahkan di dalam al.Quran dan al.Hadis kerana kesepaduan di antara pekikan menegakkan Islam dan memakmurkan masjid dan surau tidak begitu kelihatan.

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ  
  (  التوبة  18)

Mafhumnya.
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Subhanallah... moga kita tergolong dari golongan yg mengimarahkan masjid. Jujur kakak sesekali aje dapat pergi kalau ada kuliah maghrib tapi subuh kakak tak pernah ikut...

Sedangkan subuhlah ganjaran yg terbesar dan maghriblah yg paling kecil, tapi buat kakak itulah yg terdaya buat masa ini.

Satu lagi yg sedih bila ada syarat penyampai dakwah dikeluarkan di setiap rumah Allah ini. Politik buat benda ini semua..

Leenoh said...

Terima kasih Kakzakie kerana membaca dan memberi komen dan respon yang baik.