Monday, April 2, 2012

Cara kita berpolitik - Pi mai pi mai tang tu jugak.


Salam semua.

Hari ini aku teringin menulis mengenai politik walaupun aku bukanlah ahli politik atau menganggotai mana-mana parti politik. Namun begitu aku  sentiasa mengikuti perkembangan politik Tanah Air dengan membaca akhbar,blog, Facebook dan lain-lain media yang terdapat di negara ini, termasuk kekadang menghadiri ceramah baik di pihak parti yang sedang berkuasa atau pembangkang yang hampir berkuasa.

Untuk senang kita menganalisa atau menilai politik negara, aku lebih suka menilainya secara umum berdasarkan dua parti sahaja iaitu  Pakatan Rakyat dan  Barisan Nasional. Barisan Nasional adalah parti yang sedang berkuasa di mana mereka telah dan sedang merealisasikan dasar parti mereka di dalam pemerintahan negara, mereka telah pun melaluinya sejak lebih 50 tahun lalu, sudah tentunya mempunyai banyak pengalaman, kalau mereka memerintah dengan baik maka baiklah pengalamannya, jika buruk   maka buruk dan huduhlah  pengalaman yang tersimpan di dalam minda mereka. Aku ada penilaian sendiri dalam hal ini tetapi biarlah ianya tersimpan di dalam mindaku.

Dalam artikel ini aku ingin mengimbau kembali senario kempen pada masa lalu untuk masyarakat memilih parti  mereka iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional masing-masing menabur berbagai umpan untuk menarik masyarakat memberi sokongan.Umpan-umpan yang ditabur terdapat juga yang mengandungi maklumat yang b0leh meracuni dan  menjejaskan minda , akhirnya memberi kesan buruk kepada masyarakat dalam cara berfikir dan cara bertindak.langkah ke arah kemajuan dimundurkan.

Parti politik sepatutnya berkempen secara sihat kerana dengan cara itu masyarakat turut sihat minda dan sihat cara bertindak, kempen yang sihat juga akan membentuk sikap yang baik dan harmoni dalam segala aspek.Kempen yang tidak menyentuh dasar parti tetapi menyebok hal-hal lain seperti memburukkan  sahsiah lawan, cara ini tidak memberi manfaat kepada rakyat/masyarakat kerana ianya seolah-olah hendak menyembunyikan dasar yang tidak baik yang terkandung di dalam parti atau ingin menyembunyikan kelemahan yang terdapat di dalam diri pemimpin mereka.

Kedua-dua parti tersebut sepatutnya berlumba-lumba di dalam kempen mereka dengan menerangkan kebaikan dasar masing-masing dan  gunakan segala kemudahan yag ada untuk berceramah dan berdebat sambil  membiarkan rakyat menilainya, kedua-dua pihak sepatutnya dibenarkan menggunakan kemudahan yang sama, jangan sekali-kali parti yang berkuasa beranggapan parti pembangkang rakyat kelas kedua di dalam negara dan tidak layak menggunakan TV,Radio,Surat Khabar dan seumpamanya seolah-olah kita mempunyai 2Malaysia, satu untuk Pemimpin Kerajaan Semasa ( walaupun ketika itu tiada kerajaan ) dan satu lagi untuk Pemimpin Pembangkang

Pada hematku inilah cara terbaik  untuk rakyat memilih kerajaan yang  terbaik melalui Pilihan Raya nanti. Semuanya ini adalah untuk kebaikan bersama dan berterusan sehingga genarasi yang akan  datang.Sekiranya cara ini tidak dilaksanakan akan berlaku sesuatu isu penting tidak diuruskan dengan baik walaupun telah diberi peluang sekian lama, cuba kita lihat isu Bahasa Rasmi. Tulisan Jawi, Dasar Pendidikan Negara, sebagai contoh pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dan tidak ketinggalan masalah rasuah yang masih berterusan malah kekadang dilihat semakin subur.Inilah yang dimaksudkan  Pi mai Pi mai tang tu jugak,  rakyat telah memberi teguran sejak lama dahulu dan katanya teguran itu ditangani tetapi masih belum selesai dan masyarakat masih bercakap hal yang sama sehingga kini.Kalau kerajaan melakukan kesilapan berulang kali bermakna  kesilapan itu tentunya melibatkan rakyat juga kerana di dalam negara yang mengamalkan demokrasi rakyat yang memilih pemimpin @ kerajaan.kalau kerajaan yang dipilih itu menjadi buruk pentadbirannya, maka rakyat juga akan sama-sama berkongsi kesalahan kerana tidak teliti di dalam pemilihan.

Sekian...wallahu aklam.

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Salam Ustaz... cantik ulasan kakak suka. Kita sebagai rakyat kenalah celik menilai. Kalau negara luar berkempen dua-dua pihak diberi peluang yg sama banyak baik media cetak/elektronik tapi negara kita selalunya pihak pembangkang akhbarnya selalu dikekang, peluang masuk media tv (senang kata) memang langsung tak adalah.

Cuba kita tonton berita kalau ada persidangan parlimen. Kalau pembangkang cuma tunjuk muka tapi suara dari ucapannya tak dikeluarkan - keadilan memang tak ada...