Monday, April 16, 2012

Minat membaca

Salam semua. 
Pagi tadi aku menulis dua artikel dan memaparkannya untuk bacaan umum, tajuk artikel seperti di bawah ini, dalam masa kurang lebih 6 jam artikel yang diposkan terlebih dahulu iaitu " Panduan untuk Pra Mesyuarat, Kendali Mesyuarat dan Selepas Mesyuarat" ditonton atau dibaca hanya 4 tontonan sahaja di mana pada hematku artikel ini lebih bermanfaat berbanding dengan artikel yang satu lagi tetapi artikel yang satu lagi yang bertajuk  " Peristiwa yang tidak diingini berlaku ketika Jamuan Berbuka Puasa" ditonton seramai 121 tontonan dalam masa kurang 6 jam, adakah pertunjuk itu menggambarkan minat membaca di kalangan pembaca laman sosial di mana mereka suka membaca artikel yang ringan atau perasaan ingin tahu tentang sesuatu menarik minat mereka untuk membaca termasuk ingin tahu mengenai perkembangan politik semasa Tanah Air. Kalau artikel mengenai politik pembacanya agak ramai walaupun tulisanku kualitinya rendah dan bertaraf kampungan sahaja.
Artikel ini hanya pandangan rambang sahaja, mungkin tidak berpijak di bumi yang nyata pun, pada hematku kebanyakan yang melayari laman sesawang ini adalah mereka yang sedang bersantai sebelum meneruskan tugas yang lebih berat, ruang masa senggang itu mereka gunakan dengan membaca artikel yang ringan-ringan untuk memberi tenaga semula kepada minda yang telah letih dan kurang bermaya setelah melunaskan tugas yang berat.
Almaklumlah zaman ini adalah zaman sebok dan zaman yang terpaksa berebut-rebut untuk menghadapi arus kehidupan sama ada di jalanraya, berlebih-lebih  lagi di era menjelang pilihan  raya masing-masing bergelut dan berhempas pulas berusaha supaya mendapat sokongan walaupun terpaksa berbohong dan memfitnah kawan dan rakan yang suatu ketika dahulu merupakan kawan baik dan sahabat perjuangan. 
Suatu ketika dahulu yang kita tahu orang barat sahaja yang 
hidup dalam keadaan kalut malut ini, sekarang kita pula yang menggantikan kehidupan cara itu sedikit demi sedikit meninggalkan budaya mulia sendiri terutamanya  ajaran Islam, pergaduhan antara Tan Sri,Datuk, Datuk Sri dan lain-lain, tegasnya mereka yang ternama tidak dapat disembunyikan lagi, kekadang kelihatan pergaduhan itu umpama perdaguhan budak-budak kampung.
Senario ini juga menarik minat masyarakat kita membaca dan membaca, dengan harapan mereka dapat berjumpa letak duduknya sesuatu yang dibincangkan oleh masyarakat di dalam media cetak, media eletronik dan media maya atau sembang-sembang di kedai kopi.


Sekian...wallahu aklam. 

No comments: