Showing posts with label Cetusan hati anak solih - 442. Show all posts
Showing posts with label Cetusan hati anak solih - 442. Show all posts

Saturday, November 7, 2009

Terdetik di hati ingin berkhenduri.


Salam semua.

Pagi tadi saya menghadiri majlis khenduri di TTDI.Jaya, Shah Alam. Kebiasaan orang Islam di Malaysia akan melakukan kebaikan setelah mereka mendapat kebaikan atau keuntungan sebagai tanda bersyukur dan mengharapkan kelebihan dan keuntungan itu akan bertamabah. Demikianlah juga Allah mendidik manusia dengan menyuruh manusia bersyukur dan Allah juga menyatakan kepada manusia bahawa perbuatan tersebut akan membuka peluang kebaikan dan keuntungan
itu akan ditambah lagi oleh - Nya.

Khenduri ialah salah satu cara sedekah yang terbaik kerana selain mensedekahkan makanan oleh seseorang individu, ditambah pula dengan memasak dan menghidangkan pula kepada tetamu yang hadir. setiap us
aha dan penat lelah itu tentunya akan mendapat pahala dari Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Untuk mendapatkan pahala semestinyalah berkehendakkan niat yang ikhlas, iaitu semata-mata mengharapkan keredaan Allah bukan memenuhi kehendak adat yang lumrah di sesuatu tempat, kiranya keperluan adat meng
atasi niat , ditakuti ianya akan menjadi sia-sia.

Bacaan ayat-ayat suci al.Quran beramai-ramai dan makanan yang dimakan oleh tetamu, segala pahalanya disedekahkan kepada ibubapa dan sekalian muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia. Perbuatan seperti ini
tentulah cetusan hati anak-anak yang solih dan solihah, amalan baik yang dilakukan oleh anak-anak yang solih dan solihah akan juga menjadi tali kesinambungan ibadat ibu dan bapa.

Orang-orang yang beriman apabila mereka terasa bahawa Allah telah memberi rezeki yang banyak kepada mereka hati mereka akan terdetik ingin b
ersedekah atau berkhenduri supaya orang lain juga dapat sama-sama merasainya.

Setiap pekerjaan itu tergantung kepada niat, niat yang dihendaki ialah niat melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah tanpa menghubungkan sesuatu perkerjaan dengan perintah Allah ianya akan menjadi sia-sia.



Klik dan baca:

APABILA PADERI BERDEBAT



Sekian.Allah Maha Mengetahui. Wassalam.