Saturday, November 7, 2009

Terdetik di hati ingin berkhenduri.


Salam semua.

Pagi tadi saya menghadiri majlis khenduri di TTDI.Jaya, Shah Alam. Kebiasaan orang Islam di Malaysia akan melakukan kebaikan setelah mereka mendapat kebaikan atau keuntungan sebagai tanda bersyukur dan mengharapkan kelebihan dan keuntungan itu akan bertamabah. Demikianlah juga Allah mendidik manusia dengan menyuruh manusia bersyukur dan Allah juga menyatakan kepada manusia bahawa perbuatan tersebut akan membuka peluang kebaikan dan keuntungan
itu akan ditambah lagi oleh - Nya.

Khenduri ialah salah satu cara sedekah yang terbaik kerana selain mensedekahkan makanan oleh seseorang individu, ditambah pula dengan memasak dan menghidangkan pula kepada tetamu yang hadir. setiap us
aha dan penat lelah itu tentunya akan mendapat pahala dari Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Untuk mendapatkan pahala semestinyalah berkehendakkan niat yang ikhlas, iaitu semata-mata mengharapkan keredaan Allah bukan memenuhi kehendak adat yang lumrah di sesuatu tempat, kiranya keperluan adat meng
atasi niat , ditakuti ianya akan menjadi sia-sia.

Bacaan ayat-ayat suci al.Quran beramai-ramai dan makanan yang dimakan oleh tetamu, segala pahalanya disedekahkan kepada ibubapa dan sekalian muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia. Perbuatan seperti ini
tentulah cetusan hati anak-anak yang solih dan solihah, amalan baik yang dilakukan oleh anak-anak yang solih dan solihah akan juga menjadi tali kesinambungan ibadat ibu dan bapa.

Orang-orang yang beriman apabila mereka terasa bahawa Allah telah memberi rezeki yang banyak kepada mereka hati mereka akan terdetik ingin b
ersedekah atau berkhenduri supaya orang lain juga dapat sama-sama merasainya.

Setiap pekerjaan itu tergantung kepada niat, niat yang dihendaki ialah niat melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah tanpa menghubungkan sesuatu perkerjaan dengan perintah Allah ianya akan menjadi sia-sia.



Klik dan baca:

APABILA PADERI BERDEBAT



Sekian.Allah Maha Mengetahui. Wassalam.


4 comments:

tinta kasturi said...

salam pak ngah,

baca tajuk ingatkan pak ngah nak buat kenduri lagi..

tambah korum

:)

Leenoh said...

Salam Tinta Kasturi.

Rupanya tajuk entri memang kuat magnetnya.

Hahaha.....ingat di hati nak peluk gunung apakan daya tangan tak sampai.

zai said...

Salam Leenoh,

Hasrat kita ada persamaan..dah lama tak buat kenduri makan2..last bulan 3 dulu jer tu pun setakat kenduri jamu kawan2 dan jiran2 terdekat jer..

Terima kasih tak terhingga kerana sudi promosi blog zai tntg entri "apabila paderi berdebat" mudah2an ada kesannya dihati para pembaca dan mereka yang ingin mengenali islam dengan lebih jelas..

Leenoh said...

Salam Zai.

Hasrat dan niat laman Kehidupan Bersih ialah menyebarkan kebaikan kerana ilmu yang dimilikinya terhad tentulah akan menjadi jumud sebarannya kiranya bergantung pada satu kaedah atau method sahaja.

Menyediakan peluang utk orang mengukuhkan aqidah juga suatu kebaikan dan dakwah, walaupun sumber ilmu atau artikel itu dari orang lain.