Wednesday, November 4, 2009

Berpeluh dalam air.


Salam semua.

Dulu aku merungut kerana setiap hari cuaca panas di kawasan kediamanku tetapi rungutanku itu sekadar mengeluh sahaja masih merasai bahawa nikmat Allah masih banyak dan tidak mampu dikira, kalau hendak berbuat demikian.

Kini diakhir separuh awal dan di permulaan separuh akhir bulan Zulkaidah hujan nampaknya sudi turun pada setiap hari berserta dengan dentuman guruh dan suluhan kilat yang kekadang menyeramkan dan menakutkan kanak-kanak dan juga dewasa.

Kalau dulu panas sepanjang hari dan badan berpuluh sepanjang masa seolah -olah di dalam air pun berpeluh, sekarang keadaannya telah berubah, tidur malam memerlukan kain selimut untuk mengurangkan kesejukan dan tidurnya juga telah nyenyak dan puas seperti yang dihajati. Allah jua yang menurunkan hujan dari langit dan dari air itu tumbuh pula pokok buah-buahan sebagai rezeki untuk menyara hidup manusia.

Tentu sekali manusia wajib bersyukur di atas segala rahmat dan nikmat tersebut. Maha Pengasih dan Penyayang Allah kepada hamba-Nya tidak berkehendak untuk memanjangkan cuaca panas tersebut. Allah Maha Bijak dan Berkusa mengatur alam ini.

Alhamdulillah nyamannya malam ini, insya Allah akan aku tidur mengikut adab yang dikehendaki.

Sekian.Wassalam.

4 comments:

KUNTONG said...

Hujan atau panas adalah rahmat dari Allah yang tiada tolok bandingnya.Kita bersyukur kerana masih dapat membezakan diantara sejuk dan panas. Syukur Alhamdulillah.

شكور الحمدالله.

tinta kasturi said...

alhamdulillah

Leenoh said...

Salam Sdr.Kuntong.

Betul, semestinya setiap saat kita kena bersyukur.

Leenoh said...

Salam Tinta Kasturi.

شكور الحمدالله - Syukur alhamdulillah.