Saturday, November 28, 2009

Aktiviti Ibadat Haji hari ini - Sabtu.

Salam semua.

Melontar pada hari tasyrik - Pertama.


UlaWustaAqabah

Hari ini .
Sabtu - tanggal 11 hb. Zulhijjah 1430.


Melontar di ketiga-tiga jumrah
Ula, Wusta dan Aqabah (Sughra, Wusta dan Kubra). setiap satu jumrah 7 lontaran dengan menggunakan sebiji anak batu untuk satu lontaran, 7 biji anak batu untuk setiap satu jumrah. Semuanya berjumlah 21 biji anak batu. ( anak batu 7 x 3 = 21 biji ).

Doakan semoga saudara mara kita dan kaum muslimin dan muslimat seluruhnya dapat mengerjakannya dengan sebaik mungkin.
________________

Saya telah membacanya. Elok juga kalau anda baca kerana banyak manfaatnya.
Mencari kebenaran beragama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Sekian. Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Nampaknya para jemaah haji zaman sekarang perlukan lebih daya imaginasi untuk mendapat lebih penghayatan. Sebabnya kemodenan infrastruktur yang melebih-lebih membuatkan ibadah haji begitu selesa. Apabila kaki tidak menjejak tanah dan matahari pula tidak membakar kulit, keperitan Siti Hajar pun tidak terasa!

Leenoh said...

Salam Zaidi.

Memang betul, sebelumnya memerlukan ilmu pengetahuan kerana ilmu sahaja yang mampu mendayakan imaginasi yang mendorong kepada keihklasan dan keikhlasan pula menghasilkan kualiti ibadat.

Dalam hal ini insya Allah akan mendapat haji mabrur.