Sunday, November 29, 2009

Aktiviti Ibadat Haji hari ini - Ahad..

Salam semua.

Melontar pada hari tasyrik kedua.


UlaWustaAqabah


Hari ini - Ahad.
Tanggal 12 hb. Zulhijjah 1430.


Melontar di ketiga-tiga jumrah Ula, Wusta dan Aqabah (Sughra, Wusta dan Kubra). setiap satu jumrah 7 lontaran dengan menggunakan sebiji anak batu untuk satu lontaran, 7 biji anak batu untuk setiap satu jumrah. Semuanya berjumlah 21 biji anak batu. ( anak batu 7 x 3 = 21 biji ).

Mereka yang telah siap melontar di ketiga-tiga jumrah pada hari ini ( 12 Zulhijjah ) boleh memilih untuk balik ke Makkah dan keluar sebelum terbenam matahari dan tidak lagi kembali ke Mina untuk melontar pada hari ke 13. Zulhijjah, Cara ini dinamakan Nafar Awal.

Doakan semoga saudara mara kita dan kaum muslimin dan muslimat seluruhnya dapat melakukan lontaran dengan sebaik mungkin dan mendapat haji mabrur.

Catatan:
Pada hari ini akan terdapat sebahagian daripada para jamaah haji akan membuat Nafar Awal setelah mereka siap melontar di ketiga-tiga jumrah dengan membuat pilihan balik ke Makkah sebelum terbenam matahari pada hari ini dan tidak lagi melontar pada esok hari dan memadai dengan lontaran hari ini sahaja.
Dengan syarat mereka telah bermalam di Mina lebih separuh malam ( lebih 6 jam ) pada tiap-tiap malam berkenaan ( 11 dan 12 Zulhijjah ).

Di Makkah nanti mereka akan bertawaf haji dan bersae di antara Safa dan Maruah. Dengan demikian sempurnalah haji mereka. Semua larangan yang berbaki pun gugur dan tiada lagi larangan semasa mengerjakan haji.

Sebelum balik mereka akan membuat pula tawaf widak ( tawaf perpisahan ).

Gambar-gambar ini sekadar untuk renungan.










#########

Saya telah membacanya.
Elok juga kalau anda membacanya kerana banyak manfaatnya.

Klik : Mencari kebenaran beragama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

###############

Sekian. Wallahu aklam.Wassalam.

No comments: