Saturday, November 7, 2009

Selamat berangkat ke Makkah.

Salam semua.

Diucapkan selamat berangkat ke Makkah al.Mukarramah
kepada semua yang terlibat, khususnya ahli keluarga dan sahabat handai untuk menyahut seruan yang Maha Esa.


Saya sekeluarga memohon maaf , zahir dan batin serta diiringi doa , " Semoga anda mendapat Haji Mabrur".



Sekian.Wassalam

5 comments:

zai said...

Salam Leenoh,

Mudah2an setiap dari kita umat islam..berpeluang utk menziarahi bumi Mekah dan beribadat disana dan mudah2an semoga semuanya dapat kembali dengan haji yang mabrur..ameen...

Leenoh said...

Salam Zai.

Itulah suatu penantian yang panjang bagi orang yang beriman.

Insya Allah penantian itu akan sampai jua detik panggilan dan keizinan-Nya biarpun di hujung usia.amiin

Temuk said...

Sdr Leenoh semoga sihat. Sayu hati melihat video orang melakukan tawaf. Semoga dapat ke sana lagi bila-bila. Hari ini terbaca dlm akhbar THE STAR: Sheikh Ahmad Ibrahim yg membuat pintu Kaabah meninggal dunia Jumaat lalu. Umur 89 th. Yg perintah buat, Raja Khaled, pd bulan Okt 1979. Pintu itu emas tulin, seberat 300kg. Tak pernah baca/tahu kisah ini dulu. Salam bahagia.

Leenoh said...

Salam Temuk.

Terima kasih, banyak maklumat penting saya dapat dari ulasan ini.
Saya pun tak pernah membacanya hari ini baru baca ni.

Semoga anda dan keluarga di dalam keadaan sihat walafiat,amin.

Leenoh said...

Sheikh Ahmad bin Ibrahim Badr, tukang utama yang mereka bentuk pintu emas Kaabah, meninggal dunia pada usia 89 tahun di Makkah Jumaat lepas, demikian harian Arab Saudi berbahasa Inggeris, The Arab News melaporkan pada Ahad.

Ahmad menghasilkan pintu Kaabah menggunakan emas tulen seberat 300 kg atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979.

Kerja-kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi meezab (saluran air di atas Kaabah) dan rangka perak Hajar Aswad.

Beliau mempelajari seni berkenaan daripada bapanya, pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz pada 1942, lapor akhbar itu.