Friday, November 27, 2009

Selamat Aidil Adha - 1430 & Mabit di Mina.

Salam semua.


Kepada semua umat Islam dan khasnya kepada semua pembaca blog ini .
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan;


Selamat Aidil Adha,

Maaf Zahir dan Batin.

كل عام وأنتم بخير




Pada hari ini - 10 Zulhijjah ( Jumaat ).

- Mereka yang tinggal di luar Mekah atau mereka yang tidak mengerjakan ibadat Haji akan menyambut Hari Raya Qurban seperti yang kita lakukan di Malaysia. iaitu bertakbir, melaksanakan solat sunat Aidil Adha dan menunaikan ibadat Qurban. Ibadat qurban akan berakhir pada 13 Zulhijjah.

Aktiviti Jamaah Haji pada hari ini. Melontar pada hari Nahar.
-Biasanya para jamaah Haji bertolak dari Muzdalifah ke Mina selepas solat Subuh tadi, setelah sampai di Mina mereka akan membawa masuk barang keperluan ke dalam khemah dan mengambil tem
pat masing-masing.

Setelah itu mereka bergerak pula ke jumrah Kubra ( Aqabah ) untuk membuat lontaran.




Pada hari ini dikehendaki melontar di jumrah Aqabah (Kubra) sahaja, selepas itu mereka bolehlah bertahlul ( tahlul awal ), setelah selesai bertahlul atau bercukur maka bolehlah mereka menukar pakaian kepada pakaian biasa ( tidak perlu lagi berpakaian ihram ) dan semua larangan ihram digugurkan.

Larangan yang masih kekal sehingga sempurna seleuruh ibadat Haji ialah bersetubuh, berciuman dengan isteri, berkahwin, menjadi wali dan
memjadi wakil kahwin.

Selesai bertahlul mereka bolehlah bertakbir Hari Raya Aidil Adha dan melakukan ibadat sunat yang lain lagi sementara menunggu lontaran berikutnya pada ( 11, 12 dan 13 Zulhijjah ).




Insya Allah akan bersambung esok............


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

No comments: