Friday, November 20, 2009

Semakan ulangan mengenai raya - Raya Puasa dan Raya Haji.


Salam semua.

Semakan ulangan mengenai raya.
- Raya Puasa dan Raya Haji.
- Untuk direnung dan difikir-fikirkan.

Hari ini Jumaat 2. Zulhijjah .1430 bersamaan 20. November .2009. berbaki hanya 7 hari lagi akan tibalah pula hari Raya Haji atau Aidil Adha iaitu pada 10 Zulhijjah ini.

Kalaulah berada di ambang Hari Raya Puasa kelihatan lebih meriah dan sebok lagi. walaupun sebenarnya Hari Raya puasa itu pada hakikatnya sehari sahaja yang diperintahkan oleh Allah, iaitu pada 1 Syawal di mana pada hari itu Allah melarang umat Islam berpuasa, bermakna kenalah berhari raya dengan melaksanakan solat sunat Aidil Fitri.Pada malamnya dimeriahkan dengan takbir hari raya sehinggalah waktu pagi iaitu sebelum mendirikan solat sunat tersebut.

Ibadat Puasa yang dilakukan pada bulan Ramadan diperintahkan supaya dihentikan sebaik sahaja muncul 1hb.Syawal. Sesiapa yang meneruskan puasa pada 1 Syawal adalah dilarang dan haram hukumnya.

Pada 2 Syawal sehingga 7 Syawal disunat atau digalakkan pula berpuasa, ini bermakna tidak digalakkan berhari raya pada hari tersebut sebaliknya berpuasa adalah lebih utama (afdal) .Selepas 1hb.Syawal yang paling utama dan afdal dilakukan ialah berpuasa bukan meneruskan berhari raya, puasa tersebut boleh juga dipilih pada enam hari yang lain tetapi kuranglah afdalnya.

Dengan itu terbuktilah bahawa Hari Raya Puasa ( Aidil Fitri ) suruhannya tidaklah semeriah Aidil Adha, mereka yang betul-betul mengikut perintah Allah akan berhari raya pada 1 Syawal dan mulai berpuasa pada 2 Syawal sehingga 7 Syawal, kemudian pada 8 Syawal mereka berhari raya pula kerana telah selesai berpuasa sunat Syawal, hanya sekadar beberapa hari sahaja. Bagi mereka yang kuat melayani amalan adat, mereka akan terus berhari raya, kekadang sampai sebulan lamanya, amalan ini elok difikirkan semula supaya tidak membawa kepada salah faham keturunan kita atau generasi pada masa akan datang.

Hari Raya Puasa 1 hari - Hari Raya Haji 4 hari.
Hari Raya Haji atau Aidil Adha disambut pada 10hb.Zulhijjah sehinggalah 13hb.Zulhijjah pada setiap tahun. Dalam tempoh empat hari tersebut umat Islam digalakkan dan disunatkan mengerjakan ibada Qurban dengan menyembelih binatang ternakan dan disedekahkan dagingnya kepada orang-orang miskin seperti kita lakukan setiap tahun. Dalam tempoh empat hari tersebut juga disunatkan bertakbir, sebaliknya ketika Hari Raya Puasa hanya disunatkan bertakbir mulai malam 1 Syawal sehingga sebelum mendirikan solat sunat Hari Raya Puasa ( Aidil Fitri ) seperti disebutkan di atas tadi. Suruhan itu membuktikan bahawa tempoh perayaan Raya Puasa itu lebih pendek berbanding dengan perayaan Raya Haji atau Aidil Adha.

Artikel ini bukan hendak melarang atau mencegah amalan dan cara sambutan yang telah menjadi tradisi itu tetapi ingin mengesyurkan supaya lajakannya itu dipendekkan sedikit supaya mencapai kesederhanaan yang sering kita cari dan harapkan.



Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.


No comments: