Monday, November 9, 2009

Jangan gempak orang lemah.

Salam semua.

Pagi ini Allah masih mengizinkan daku berlapang masa untuk aku menulis diskrin lap top ini untuk bacaan mereka yang menyukainya.

Bukan apa cuma aku rasa kesian dengan mereka yang lemah tenaga dan lemah minda untuk mengerjakan Haji, janganlah gempak depa dengan amalan yang susah kerana dalam mengerjakan Haji tiada bacaan yang susah dan panjang, doa yang sedia ada itupun hanyalah sunat , sekiranya tidak membacanya tidak membawa kepada batalnya ibadat Haji.

Perkara yang mustahak hanya niat dan perbuatan sahaja, Jika mereka lemah minda sekalipun mereka masih dapat melakukannya......yang penting kekuatan tenaga ....janganlah gempak depa dengan bermacam-macam doa.....

Cuma ingatkan mereka supaya menjaga kesihatan kerana pekerjaan bagi menyempurnakan fardu Haji 99% menggunakan tenaga.

Bagi mereka yang cergas tenaga dan minda terpulanglah kepada mereka untuk membaca doa-doa yang panjang itu kerana mereka mampu berbuat demikian.








Sekian.Wassalam.

6 comments:

Temuk said...

Salam sdr Leenoh
Ya, semoga semua para jemaah haji kita selamat pergi balik & mendapat haji mabrur. Sangat setuju dgn sdra. Kita harap yg tak mampu ingat / dapati susah berniat atau baca doa panjang2 & dlm Bh. Arab akan tak ragu2 guna bahasa sendiri. Tapi ngapa ye sdra Leenoh, kita tak boleh ubah amalan berdoa dlm B. Arab ni. Selepas sembahyang waktu, Jumaat, atau sunat, atau masa kenduri, Pak Imam pasti akan baca doa dlm B. Arab. Dan kita tahu ramai yg tk faham! Ramai pastinya tak puas kot doa dlm B.M. Agaknya ada ke cara kita ubah norma ini? Atau ini kes 'biarkanlah'?

Leenoh said...

Salam Sdr.Temuk.

Memang boleh berdoa dalam bahasa apa pun asalkan mengikut adab-adabnya.

Untuk elok lagi doa itu dengan diselang-selikan dengan petikan doa dari al.Quran atau Hadis.

Mereka yang tidak mampu berdoa di dalam bahasa Arab, berdoa sahaja dengan bahasa sendiri.

pecinta_Islam said...

hmm..x berani nk komen lbh2..sbb x prnh mengikuti kursus secara detail ttng cr untuk menunaikan haji.hnya tau secara umun shja bila dngr orng mengajar sket2.hmm..tp x de ssh kut..rmi jerk orng pegi..yg tua yg muda.x de pula diorng merungut betapa ssh nye nk faham semuanya sblm pegi..tak tau lakan mungkin jg ada
:)

zai said...

Salam Leenoh..

Sangat benar tu..Islam itu agama yg sangat indah, tidak pernah Allah ingin menyusahkan hamba2nya sehinggakan segala2nya ada adab peraturannya yg dipermudahkan utk mereka2 yg bermasalah terutamanya utk orang2 sakit utk beribadat dn sebagainya.yang penting adalah niat kita ketika mengerjakannya kerana Allah Maha Mengetahui.. buat Haji kerana ingin mendapat nama disisi manusia tetapi bukan kerana Allah pun tak guna jugakan ?

Leenoh said...

Salam Zai.

Memang betul kata Zai tu. kekadang kita banyak campur dengan adat, adat tu kekadang memudahkan tetapi ada juga menyusahkan.

Gelaran Haji bagi mereka yang pergi Haji adalah adat orang Melayu, panggilan itu dalam keadaan tertentu boleh membawa ego.

Apa perkara yang menyentuh tentang Islam, perlu melihatnya dari sudut Islam, barulah selamat.

Leenoh said...

Salam Syahbandar87.

Dalam mengerjakan Haji selain daripada niat hanya melibatkan perbuatan, semua bacaan atau doa hanya sunat sahaja.

Misalnya, tawaf Umrah dan Tawaf Haji hanya perbuatan sahaja , niatnya hanya sunat sahaja kerana memadai dengan niat induknya sahaja.begitu juga wukuf, mabit, melontar dll.

kalau dalam solat memerlukan niat bersolat sahaja, sujud, rukuk, iktidal dll tidak perlu lagi berniat....Perkara yang susah dalam hal mengerjakan Haji ni kerana manusia terlalu ramai....bukan pekerjaan atau amalannya....wallahu aklam.