Wednesday, November 11, 2009

Jom. Kita semak harga beras.



Salam semua.

Pagi tadi aku pergi ke salah sebuah pasaraya di Shah Alam ini, cadangan asal hendak beli beras tetapi memandangkan harganya melangit tinggi tawar hati pula nak membelinya.

Cuba anda pergi ke mana-mana pasaraya di tempat anda dan buat bandingan harga dulu dengan harga sekarang. kekadang menghairankan makanan asasi atau makanan ruji boleh bergerak harganya sesuka hati.

Siapakah bertanggungjawab mengawal harga ni ?.

Bayangkan 10 kilogram dijual dengan harga RM51.00, kalau sekilogram berapa harganya ye............? . Tapi petani kita masih miskin juga, kenapa ye.

Hairan juga ye............anda tidak terkesan ke.....tidak sensitif ke dengan harga ni.....tak rasa alahan ke dengan harga yang tidak menentu ni. Agaknya pendapatan anda masih ok, tapi bagaimana dengan sanak saudara anda, tentu ada juga yang rimas dengan harga ni.

Orang kaya semakin kaya , orang miskin semakin...............

Sekian.

6 comments:

Ad Rifza said...

Jenis apa beras tu?brapa peratus hancur?Import ke tempatan?

Leenoh said...

Salam Ad.Rifza.

Dulu harganya di antara RM37+ - RM40+ saja. memanglah jenis baik tetapi itulah perbezaannya.

Entri ini tak mahulah ulas panjang kerana tajuknya jom kita semak, jadi kenalah pergi ke tempatnya...hehehe.

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Dengar khabar syarikat asing dah beli saham Bernas.

Nampak gayanya Leenoh kena cari menantu "orang kaya bendang" kat area Pendang atau Sungai Limau. Cari orang No 2 pun apa salahnya. Siap laa RM25 ribu wang hantaran..Hahaha.

Leenoh said...

Salam Zaidi.

Saya ni anak bendang, jadi tahulah juga beras mana elok atau tak elok. Dulu bila masak nasi campur beras wangi dengan beras biasa, rasanya tentu kelas punya, bila datang Shah Alam susah nak dapat, jadi kenalah cari beras yang baik sikit, rupa-rupanya harga melangit. sentiasa berubah pula tu.

La ni kalau kahwin dgn depa pun tak jadi.sebab semua padi naik lori, tak macam dulu, dulu naik jelapang kemudian baru pi kilang,Dulu ada kilang Pak Husain di kaki Gunung Jerai jalan arah ke Merbok tu, sekarang ni anak bendang pun beli beras kampit.

Kalau sampai RM25 ribu nampaknya habislah duit simpanan....awat la mahai sangat. he3

buNga said...

P.Ngah,

to be honest kan p.Ngah, kami makan beras yg 10kg rege dia RM28 - RM32 jek... x mampu kot nak beli yg mahal2 / beras wangi... huhu

igt lg ms rege beras blom naik, beras jati yg kami mkn tu rege dia RM15-RM18 jek tiap 10kg...

tu la kan... pelik kenapa rege beras naik tp pesawah x kaye2 gak... nmpk pun mcm ckp2 makan jek.. x adil utk mereka sbb merekalah yg palaing bersusah payah

oh inilah dunia... ^_^

Leenoh said...

Salam buNga.

Pak Ngah pun macam tu gak, cuma skrg ni, harga dia sentiasa berubah, kekadang bln lepas kita beli RM36/= bulan ni Rm40.++.

Nampaknya kena belajar makan roti dll.