Saturday, November 14, 2009

Keinginan melakukan perkara baik elok disegerakan


Salam semua.

Amy Search teringin tubuh sekolah tahfiz.

Demikianlah salah satu tajuk berita yang telah menarik perhatian saya yang disiarkan di dalam laman Malaysiakini yang dipetik dari Bernama.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi bin Abdul Rahman bercadang akan membina sekolah tersebut di Johor, walau bagaimanapun lokasi yang tepat tidak dilaporkan.

Saya sebagai seorang Islam yang ingin ajaran Islam sentiasa berkembang, rasa gembira dan seronok sangat dengan hasrat Amy itu. Ini adalah salah satu cara penerusan dan kesinambungan hayat ilmu Islam supaya dapat dihayati pula oleh zuriat kita pada masa akan datang.

Setelah hati berserabut memikirkan perbalahan mengenai kaedah dan autoriti menyebarkan ilmu Islam dan perselisihan pendapat mengenai amalan Islam yang tersebar luas di alam maya kebelakangan ini. Maka berita mengenai hasrat Amy ini dapat juga mengubati hati yang duka dan risau.

Melalui laman blog yang tidak sepertinya ini saya mengucapkan syabas dan selamat berjaya kepada Amy Search, Semoga hasrat anda itu akan menjadi kenyataan dengan segera, insya Allah ramai yang akan bersama anda.

Kata orang;
Pekerjaan yang baik itu elok disegerakan supaya ianya menjadi kenyataan dan pekerjaan yang jahat pula hendaklah dilambat-lambatkan supaya ianya tidak menjadi kenyataan.

Sekian. Wallahu aklam.wassalam

6 comments:

Temuk said...

Salam sdr Leenoh
Alahai ... memang bingung dgn pelbagai kisah berkait dgn Islam, penyebaran & pengamalannya di tempat kita hari ini. Kisah tauliah, kisah siapa yg ada autoriti menyebarkan agama, kisah penajaan haji, kisah macam2. Sdr rasa sesuaikah kalau TV1 adakan ruangan khas (macam slot Forum Perdana)jelaskan kpd ummah bila ada isu2 tertentu berbangkit, supaya ummah faham & tahu cara bertindak? Kesihan ummah yg tak tahu mana yg betul! Amat gembira dgn hasrat sdr Amy Search. Sama2 kita doakan harapannya segera terkabul & mendapat keredhaan Allah.

Unknown said...

Salam Leenoh, Amy sejak beberapa tahun kebelakangan ini nampak cenderung ke arah Islam. Daripada bahasa tubuh (body language) jelas beliau tidak yakin hasratnya akan tercapai jika mengguna saluran biasa sebab itu beliau banyak melibatkan parti Islam dan menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam beberapa majlis. Wallahualam.

Leenoh said...

Salam Sdr.Temuk.

Malam tadi saya hadiri forum Hal Ehwal Islam yang saya iklankan di dalam entri yang terdahulu, di dalam majlis tersebut YB.Dato' Dr.Hassan Mohd.Ali memaklumkan bahawa pihak kerajaan negeri Selangor telah menubuhkan akademi Imam selangor (AIMS) untuk melatih dan memantapkan lagi keilmuan imama-imam di Selangor, bagi saya ini adalah suatu langkah proaktif oleh MAIS dan JAIS.Juga meningkatkan maruah Islam yang telah bertapak sekian lama di negara kita.

Hal menyebarkan ajaran Islam ini bukan lagi suatu tugas yang ringan, sebaliknya suatu tugas yang sangat berat yang memerlukan ramai tenaga ilmuan dan banyak dana. Negeri lain juga perlu mengikut jejak dan langkah Selangor ini.

Langkah mengelakkan kekeliruan, pada pendapat saya ialah perlu perbanyakkan pendakwah-pendakwah, di setiap kampung dan ceruk perlu ada mereka ini,

masjid dan surau perlu dijadikan Pusat Pengajaran Islam secara teori dan praktikal dengan bersungguh-sungguh dan terancang serta ikhlas ( bukan ambil ada sahaja ). wallahu aklam.

Leenoh said...

Salam saudara...

Dalam pemerhatian saya pun nampaknya berpendapat begitu juga.

Beliau mencari kekuatan dengan cara yang baik dan betul kerana hanya jauhari yang mengenal manikam.

Semoga beliau berjaya.

Mak Su said...

mmg btl, nak buat perkara baik jgn tangguh... biarpun kt orang dgn niat jer dah dapat pahala. tapi kita tak mahu menjadi dreamer... kita mahu jadik pelaksana..caiyuk amy.

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Sama-samalah kita berdoa agar hasrat itu menjadi kenyataan, terutamanya orang Johor.