Friday, November 13, 2009

Doa untuk diri sendiri dan ramai.

Salam semua.

Mafhumnya:
1. Deangan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah Tuhan ( yang mendidik ) semesta alam.
3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
4. Lagi mempunyai hari pembalasan.
5. Hanya Engkalah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan.
6. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan yang telah Engkau berikan nikmat-nikmat kepada mereka. Sedang mereka itu bukan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula orang yang sesat.



رَبَّنَا آتِنَا فِى ال دُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Mafhumnya:

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".
Surah al.Baqarah ( ayat 201 ).

Mafhumnya:

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman (yaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhan-mu", maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti.

Suarh Ali.Imran (193)

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ والمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ

Mafhumnya:

Ya. Allah ampunkanlah kaum muslimin dan muslimat dan mukminin dan mukminat sama ada mereka yang masih hidup dan yang telah mati.


Mafhumnya:

Ya. Allah ampunkanlah daku, dosaku dan dua ibubapaku dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mendidikku semasa kecil.


Ulasan:

1. Berdoa bukan terhad untuk diri sendiri sahaja, malah digalakkan untuk mendoakan kesejahteraan ibubapa dan orang lain atau sesama Islam.

2. Seseorang itu tidak boleh menanggung dosa orang lain tetapi tidak menjadi kesalahan jika ia mendoakan untuk keampunan dan keselamatan saudaranya sesama Islam, malah mendapat pahala pula atas kebaikannya itu, asalkan dia tidak melupai untuk diri sendiri atau hendaklah mengikut tertibnya.

3. Di dalam solat Jenazah selepas takbir yang ketiga dan keempat ianya sarat dengan doa untuk si mati dan juga diri yang berdoa.


Klik dan baca:

Berzikir Dengan Suara Perlahan - Mazhab Syafi'e.



Sekian.Wallahu aklam.


No comments: