Wednesday, November 4, 2009

Hidup ini ibarat kembara di hutan belantara



Salam semua.

Akal dan hati adalah tempat tersimpannya segala khazanah manusia, ibarat gedung perniagaan bertaraf global , mulut dan lidah bagai kunci yang menutup segala isi kandunganya yang tersirat. Bila mulut dibuka dan lidah bergerak serta berputar, maka terbukalah gedung khazanah akal dan hati, segala yang tersirat bertukar menjadi tersurat, apa sahaja yang bersifat tersurat akan dapat dibaca dan dianalisakan, kalau boleh disuluh dan dibaca akan kelihatan di dalamnya bak hutan belantara kandunganya, tentulah memakan masa untuk dicerakin dan dihuraikan satu persatu secara terpeinci, tidak kuasa rasanya untuk dihuraikan segalanya.

Berbalik kepada laluan kehidupan bagai kembara di hutan belantara, laluan agak sukar kiranya masih berada di kaki bukit kerana melihat di lereng dan puncak di atas sana dipenuhi hutan tebal berduri, pokok balak yang tersergam besar dan tinggi bak pohon tualang , bergerak perlu berhati-hati pula dengan binatang buas, ular dan hidupan lain yang berbisa sentiasa bersedia untuk meracuni, jika terpijak atau tersentuh privisinya. Ketika kembara dan mendaki ini keinsafan terhadap kesusahan dan keperitan kembara sangat tinggi.

Dalam tempoh masa tertentu kembara akan tiba di puncak bukit, bila berada di puncak bukit, hati rasa lega dan terlupa segala kesusahan yang lalu kerana leka dengan kejayaan pendakian, dalam menguruskan kejayaan pula di sana terdapat segala keindahan dan kelazatan, pandangan mata pun semakin jauh dan segala apa yang berada di kaki bukit semakin kecil dan halus pada pandangannya, sidikit demi sedikit terhakis saiz hakiki kerana, ketika berada di kaki bukit dahulu tidak membuat pengamatan dan pemerhatian, saiz hakikatnya hilang, maka segala pandangan akan berdasarkan pandangan dari puncak bukit yang tidak lagi menyeluh dan menoropong secara menyeluruh sampai ke kaki bukit.

Segala yang tidak mampu sekarang telah menjadi mampu, segala yang tidak boleh telah menjadi boleh, segala yang miskin telah menjadi kaya, berada di puncak bukit memang sangat selesa dan tertanam di hati ingin kekal sahaja di sana, kerana di sana terdapat banyak buah-buahan yang lazat , madu yang berkualiti, udara yang bersih dan terdapat naungan pokok besar yang dapat dibuat tempat tumpang berteduh, walaupun bayangnya kini tidak lagi dapat melindungi orang yang berada di kaki bukit.

Kehidupan di kaki bukit terselit keistimewaannya juga, di kaki bukit terdapat juga pokok buah-buahan yang lazat, madu lebah yang berzat, terdapat kaki bukit yang bersambung dengan sawah padi yang menghijau atau menguning buahnya, hamparan petak sawahnya mengentuh pantai yang indah pemandangannya. Kembara di kaki bukit melegakan dan tidak menghadapi cabaran yang besar, cuma ianya tiada kehebatan kerana sifatnya yang berada di bawah dan rendah, walaupun ianya berada di bawah dan rendah pula, pohon tualang yang tinggi melangit yang berada di puncak bukit itu dilihatnya rendah dan kecil sahaja , dengan itu tiada apa lagi yang dikaguminya.

Nukilan untuk kepuasan diri.

Sekian.Wassalam.


6 comments:

jiwa kental said...
This comment has been removed by the author.
tinta kasturi said...

salam pak ngah,

metafora yang bagus,
penggunaan perumpamaan memudahkan kefahaman, penjelasan dan penghayatan tentang sesuatu

lebih penting, perumpamaan adalah satu kaedah pendidikan dalam alquran

"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al Qur'an ini tiap-tiap macam perumpamaan, tapi kebanyakan manusia tidak menyukai kecuali mengingkari (nya).(17:89)

tinta kasturi said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

En leenoh,

nak masuk hutan kena bawak bekalan...

khemahnya... makanannya... semua nak lengkap .... betul idak... ilmu nak pergi kehutan...

Leenoh said...

Salam Tinta Kasturi.

Memang Allah banyak menggunakan bahasa sastera dan perbandingan serta perumpamaan di dalam al.Quran supaya memberi kesan kepada jiwa manusia, itulah juga di antara sebab al.Quran bahasanya indah dan tiada tandingannya.

Tapi nukilan Pak Ngah sekadar menyatakan pengalaman seorang yang berada di kaki bukit sahaja hehehe. kata orang syok syok sahaja.

Leenoh said...

Salam Izan.

Tdak dapat dinafikan lagi kata Izan itu.Ilmu sgt penting utk segalanya.

Kalau sesat di hutan lembek dibuatnya dan risau pula orang di luar hutan termasuk TV Malaysia he3