Saturday, November 7, 2009

Jambatan Bulatan Selangor ditutup sementara.



Salam semua.

Sabtu . 07 .11. 2009.

Jambatan Bulatan Selangor ditutup 3 bulan.

Jambatan Bulatan Selangor di Seksyen 15, Shah Alam ditutup sementara mulai hari ini sehingga 31 Disember depan untuk memberi laluan kepada kerja- kerja penyelenggaraan,

Berhubung dengan itu, para pengguna dicadangkan menggunakan laluan pilihan lain untuk ke Syeksyen 15, 16, 18,19 dan kawasan-kawasan yang berhampiran.
Demikian dipetik dari Sinar Harian keluaran semalam.

Makluman Terbaru:
Hari ini Isnin ( 23.11.2009 ) didapati laluan itu dibuka dan dapat dilalui dengan selesa walaupun terdapat kerja-kera di tepi laluan sedang dijalankan.

Sekian.wassalam.


No comments: