Monday, November 2, 2009

Senang melayani persamaan - susah melayani perbezaan.


Salam semua.
Manusia di dunia ini kepala sama hitam tetapi hati lain-lain, kepala sama hitam menggambarkan persamaan, hati lain-lain pula menunjukkan perbezaan, untuk melayani persamaan tentu sekali tugasnya lebih mudah berbanding dengan melayani perbezaan.

Di antara seorang individu dengan seorang individu yang lain, di antara suatu kumpulan dengan kumpulan yang lain dan di antara suatu tempat dengan suatu tempat yang lain pasti mempunyai perbezaan dan juga persamaan, carilahlah persamaan untuk merapatkan perhubungan dan berkawan, begitulah nasihat mereka yang bijaksana.

Peminat bola sepak sesama peminat bola sepak, peminat memancing sesama mereka yang minat memancing, peminat tenis sesama mereka yang suka bermain tenis. Maka bergembiralah mereka menjalani aktiviti yang sama-sama berminat itu.

Peminat-peminat bola sepak akan berkumpul memenuhi stadium ketika pertandingan bola sepak, mereka yang minat permainan tenis akan memenuhi gelanggang tenis, mereka yang berminat memancing akan menyewa bot untuk sama-sama turun ke laut mencari lokasi yang banyak ikan untuk dipancing. Semua aktiviti tersebut berjalan dengan meriahnya kerana kerjasama senang diperolehi dan mendapat sokongan ramai dan mantap. Agak senang melayani persamaan.

Dalam persamaan itu terdapat pula perbezaan, dalam kumpulan peminat bola sepak atau peminat memancing tadi terdapat pula perbezaan di antara mereka, mungkin dari segi agama, politik, pekerjaan, makanan, taraf hidup dan seumpamanya. Melayani dan menangani perbezaan ini adalah lebih susah dan kekadang menimbulkan masalah pula di kalangan mereka.

Masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk, majmuk dari segi bangsa, agama dan budaya. Mereka menjadikan perlembagaan negara sebagai panduan bersama, manakala peraturan agama akan mengawal penganut masing-masing serta memakmurkannya. Rakyat Malaysia seharusnya mengetahui batas-batas agama orang lain selain batas-batas agama sendiri supaya tidak timbul salah faham di antara mereka.

Sebagai contoh orang Islam seharusnya mengetahui pantang larang orang Hindu supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang mengebabkan kemarahan penganutnya. Demikian juga orang Hindu sepatutnya bersikap serupa, malah semua penganut agama, sama ada Budha , Kristian , Bahai dan lain-lain yang terdapat di Malaysia sepatutnya mengetahui larangan dan pantang larang agama lain selain agama mereka sendiri, Dengan itu barulah masing-masing mengetahui cara menghormati di antara satu sama lain.

Bagi mereka yang memahami latar belakang perlembagaan negara sudah tentu akan menerima seadanya apa yang termaktub di dalam perlembagaan tersebut. Bagi mereka yang enggan menerima hakikat , suatu pendekatan berhikmah dan langkah susulan untuk memberi mereka penjelasan dan kefahaman ke arah mematuhi dan menghormatinya perlu diambil dan diusahakan.


Bersatu teguh, bercerai roboh.

Sekian. Wassalam.


6 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam leenooh,

"lakom dinukom waliyaddin."

wassalam.

Leenoh said...

Salam Pak Cha & Mak Wan.

Itulah panduan nombor wahid dalam hal agama atau aqidah, panduan itu pula wajib selari dengan aliran nafas dan denyutan nadi sepanjang masa dan setiap tempat.

Perlembagaan negara pula sebagai panduan aqliyah glokal Malaysia yang juga perlu dihormati.

Hehehe saja tulis, tak dak keja cari keja.

KUNTONG said...

Sdr Leenoh : Orang yang dilahirkan dari satu kandungan pun ada yang tak sama dari banyak segi. Itulah kebesaran Allah swt.Hanya kita yang perlu memikirkan dan memilih diantara yang baik dan yang tidak baik.

Leenoh said...

Salam Sdr.Kuntong.

Memang betul tiada manusia yang sama di dunia ini walaupun dua beradik kembar. Dua beradik kembar itu hampir sama tetapi sama sekali tidak sama...itu juga kebesaran Allah bagi mereka yang berfikir.

Perbezaan itu sebenarnya banyak juga yang memudahkan kita, paling tidak sebagai tanda pengenalan atau identiti diri.

Bila kita fikir secara terpeinci semua kejadian yang Allah jadikan itu ada hikmahnya.

Untuk menguruskan semua itu dengan betul dan benar memerlukan renungan yang lama dan mendalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam leenoh,

Benar apa yang dikata.Ilmu Allah memang hebat.Semua Allah buat berbagai2,berbeza2,tidak ada sesuatu yang streotype.Dari sebesar2 makhluk dan juga sekecil2 habok.......masyaallah.

Leenoh said...

Salam Pak Cha n Mak Wan.

Semoga Allah memberi taufik dan hidayah-Nya kepada kita semua sepanjang masa dan setiap saat.amin