Wednesday, November 18, 2009

Minda Malaysia tertumpu ke Kedah pula - Jom. Kita pi Kedah.

Belum pasti lagi.

###

Salam semua.

Setelah Mahkamah Tinggi mengambil keputusan dan mengisytiharkan DUN Kota Siputih kosong dan memerlukan pilihan raya untuk menentukan wakil rakyatnya yang baru, kini minda orang Malaysia tertumpu ke Kedah pula, khususnya DUN Kota Siputeh.

Dalam
entri ini saya tidak bercadang membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan politik secara khusus, namun demikian bila berbincang sesuatu hal tidak mungkin dapat lari seratus peratus daripada menyentuh hal tersebut.

Objektif saya kali ini hanya ingin menceritakan serba sedikit mengenai negeri Kedah, khasnya mengenai Bandaraya Alor Setar melalui beberapa imej yang dipaparkan di bawah ini.


Masjid Zahir.


@@@@@@@@@@@

Balai Besar.

@@@@@@@@@@@

Muzium Di Raja.

@@@@@@@@@@@

Menara Alor Setar dan Balai Nobat.

@@@@@@@@@@@

Wisma Negeri Kedah.

Selain Wisma Negeri terdapat juga Wisma Darul Aman yang mana lokasinya terletak berhampiran Taman Rimba, Penjara, Hospital Lama, Muzium Negeri dan Stadium Darul Aman.


@@@@@@@@@@@


Pekan Rabu

Semua imej yang dipaparkan di sini semuanya di pusat bandar dan berdekatan di antara satu sama lain.

Kalau anda mencari ibu bapa anda di Pekan Rabu tentu tiada di sana tetapi selain daripada itu semuanya ada.

Kalau Gunung Jerai itu besak, temberang ini lebih besak lagi...hehehe....sembang-sembang dan lawak-lawak pun memang macam-macam ada, tak kuasa nak senaraikan di sini. Kalau tak percaya, jom kita pi tengok.

Sebenarnya saya pun berpolitik juga. Politik saya bertujuan menolong peniaga di Pekan Rabu mempromosikan Pekan Rabu supaya menjadikan terkenal dan gah di Malaysia.
Tidak dapat apa-apa bayaran pun, cuma Allah melihat dan menilai perbuatan saya ini. He3,
bergurau ye.

@@@@@@@@@@@

Suasana kampung
sebelum pertengahan tahun 70an.
Agaknya beginilah gambarannya.

Kerbau lembu dilepas dan dibiarkan mencari makanannya sendiri di petak sawah dan dipadang pada musim kemarau, di mana pada ketika itu buah padi telah dituai, keadaan sawah pun kering kontang dan dipenuhi dengan lungguk jerami yang bertaburan di dalam petak sawah.

@@@@@@@@@@@

Sekian. Maassalamah.


6 comments:

tinta kasturi said...

salam pak ngah

amboi tu dia aiih
promote kedah nampak

hu hu
baguih3x
(cantik bangunan2 yg dipamerkan)

Leenoh said...

Salam Kasturi.

Semua gambar tu diambil semasa balik Kedah bln Syaaban yang lalu kecuali satu saja bukan... he3.

Nanti balik pula Pak Ngah nak ambil gambar satu negeri Kedah tapi nak kena naik belon..ha3.

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Tempat jatuh lebih lagi dikenang.
Saya pencen nanti pun nak balik duk Kedah.

Nl said...

jom pi kedah... huhuhu
rindu nak tengok kerbau hehehehee

Leenoh said...

Salam Sdr.Zaidi.

Lepas pencen saya duk Sg.Petani,
sekarang telah berhijrah, rupanya perancangan saya tidak sama dgn perancangan Allah.
Setakat lani Allah takdirkan saya tinggal di Shah Alam.

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Kalau ke Kedah, jangan mis Pekan Rabu, di sana segala-segalanya ada, jangan salah sangka Pekan Rabu tu nama saja, sebenarnya beroperasi setiap hari.

Dulu di Kedah banyak Pekan Nat ( Pekan Sehari )seperti Nat Isnin di Langgar. Nat Selasa di Titi Hj.Idris. Nat Khamis di Tualang dll.

Nat tu bahasa Siam kot....he3