Saturday, September 29, 2012

Jangkauan akal manusia terhad.

Salam semua.

Beri laluan untuk iklan sebentar.
.
______________________________________________



Jangkauan Akal Manusia Terhad 
dan 
berbeza pula di antara satu sama lain.

 Artikel ini hanya membincangkan secara ringkas mengenai kemampuan akal manusia, akal manusia sebenarnya terhad kepada lengkongan yang diizinkan Allah sahaja masih mempunyai ruang yang tidak berupaya dikesan dan diketahui oleh akal. Perkara ghaib dan perkara yang belum berlaku berada di luar pengetahuan manusia, manusia hanya mampu membuat andaian sahaja, kadang-kadang andaian tersebut tidak tepat dan terpesong, atas sebab itulah Allah mengutuskan Rasul untuk membantu manusia. manakala Rasul dibekalkan dengan wahyu. Dengan akal,wahyu, taufik dan hidayah Rasul membimbing manusia ke jalan yang benar.

Klik foto untuk besarkan tulisan.
Merujuk kepada Surah al.Baqarah ayat 216 yang tertera di atas menyatakan bahawa kadang-kadang manusia membenci sesuatu tetapi sebenarnya perkara yang dibenci itu baik untuk mereka dan dalam situasi yang lain pula manusia suka kepada sesuatu tetapi perkara itu pula buruk bagi mereka, walaupun manusia zaman kini mempunyai akses yang luas melalui internet untuk mencari kebenaran dan hakikat sesuatu peristiwa atau kejadian ataupun perlakuan seseorang tetapi di sana masih terdapat penipuan dan kecanggihan propaganda yang mampu memperlihatkan situasi kebaikan kepada keburukan dan sebaliknya. Apabila carian/search itu masuk ke dalam minda, minda  akan proses mengikut proses biasa dan akan menilainya seperti biasa tanpa mengambil kira penipuan yang canggih yang dikuasai oleh pakar propaganda, situasi ini akan menggagalkan carian kebenaran. Keadaan ini boleh berlaku.
Untuk mengesah dan meyakinkan carian itu benar atau penipuan kelas tertinggi, sebagai orang Islam perlu diikuti dengan amalan bersolat Hajat dan bersolat sunat Istikharah memohon dari Allah supaya Allah memberi petunjuk kepada kita sehingga kita dapati dan perolehi yang disangka benar itu sesungguhnya benar - ( bukan yang salah disangka benar, yang jahat disangka baik dan yang baik disangka jahat ), betapa ruginya sekiranya perkara yang celaru dan merugikan ini berlaku kepada kita.  

Sekian...Wallahu aklam.

Gambar dan cerita.

Salam semua.

Beri laluan untuk iklan sebentar.

 
____________________________________________


Artikel ini sengaja memaparkan foto atau gambar bercerita pendek dan mungkin boleh dijangkau lagi oleh pandangan masing-masing ke dalam lautan kehidupan harian.

Klik gambar untuk besarkan tulisan.














Sekian...Wallahu aklam.

Wednesday, September 26, 2012

Teknologi canggih boleh buat macam-macam dan boleh tipu macam-macam juga.

Salam semua.


Beri laluan utk iklan sebentar.
_______________________________

Zaman ini manusia menguasai teknologi canggih dan berupaya mencipta perkara-perkara canggih, antara benar dan salah boleh dialih dan disamarkan menyebabkan berlaku kekeliruan sehingga sukar hendak membuat keputusan atau dipercayai.

Oleh itu umat Islam perlu banyak bersolat Sunat Hajat, Solat Istikharoh, solat Duha dan seumpamanya  supaya meyakini perkara yang benar dan menolak perkara salah dan batil.

Cuba klik video di bawah ini.




Nah setelah menonton video ini fikiran kita menjadi keliru sama ada manusia pernah mendarat di bulan atau sebaliknya. semestinya kedua-dua pihak mempunyai alasan dan bukti. Adakah kita mampu menilai sehingga ke tahap itu.

Sekian...Wallahu aklam.

Sunday, September 23, 2012

Lebuh raya Dungun ke Kuala Terengganu - video.

Salam semua.
Beri laluan untuk iklan sebentar.
_________________________________________________






Tuesday, September 18, 2012

Musafir.

Salam.

Beri laluan untuk iklan sebentar.


______________________________________________________
Di antara syarat musafir yang dibolehkan solat secara qasar dan jamak.


- Musafir yang diharuskan ( dibolehkan) solat musafir seperti disebutkan di atas, musafir itu hendaklah  bertujuan baik atau  tidak bertujuan maksiat, 
-Jarak perjalanan mestilah dua marhalah (80 –90KM atau lebih), tidak dikira mencukupi syarat musafir jika jaraknya diragui sama ada mencukupi dua marhalah atau tidak.



Catatan.
Sebelum keluar musafir .
- Mandi sunat musafir.
- Solat sunat musafir.

Sekian - Wallahu aklam.

Thursday, September 13, 2012

Info untuk bakal Haji - Kesesakan di Mina.

Salam.

Beri laluan untuk iklan sebentar.
 

######################################

Khemah di Mina amat sesak.
Khemah atas di Padang Arafah.
Dua foto ini di Mina.


Inilah keadaan sebenar penempatan bakal Haji di Padang Arafah dan di Mina yang pergi mengerjakan Haji melalui Pakej Muassasah ( Pakej bukan  swasta ) - Foto ini dirakamkan pada tahun lepas (1433H) - Ruang di sebelah kiri pembaca ialah khemah di Padang Arafah agak longgar dan lebih selesa dan dua ruang di sebelah kanan anda itu adalah khemah di Mina, baring dan tidur badan bertemu badan sehingga sukar hendak beralih badan.
Situasi tahun ini wallahu aklam, diharap pihak yang berwajib berusaha untuk membaiki keadaan yang daif itu. Situasi ini menyebabkan kesihatan terjejas dan kerja Haji tidak dapat dijalankan dengan lancar. 
Seringlah bersolat hajat memohon supaya dimudahkan semua urusan mengerjakan Haji.
Sekian.


Doa untuk diturunkan rezeki dari langit dan dikeluarkan dari bumi - jika ada di situ.


Salam semua.


Beri laluan untuk iklan sebentar.

__________________________________

Bersolat dan diiringi dengan doa adalah lebih berkesan daripada hanya berdoa sahaja dan tentulah akan lebih berkesan lagi, jika diikuti dengan usaha dan ikhtiar, kemudian menyerahkan segalanya kepada Allah. Solat yang dimaksudkan di sini ialah solat sunat Duha di mana waktunya ialah ketika matahari tinggi segalah ( kira-kira mulai  jam 8.00 pagi- Malaysia ) sehinggalah sebelum gelincir matahari ke barat ( sebelum jam 12.00 t.hari ).
Solat ini dilakukan seperti solat sunat lain juga pada asasnya iaitu dikerjakan sebanyak dua rakaat - rakaat pertama dibaca selepas surah al.Fatihah surah as.Syam dan pada rakaat kedua selepas al.Fatihah dibaca surah ad.Duha , kalau tidak menghafaznya bacalah mana-mana  surah asalkan mengikut tertibnya.Terdapat ulamak menyatakan Nabi Muhammad.s.a.w mengerjakan solat Duha ini dua rakaat pada awal waktu Duha, kemudian mengerjakan pula empat rakaat di tengah waktunya. Sebanyak-banyak yang dikerjakan Rasulullah.s.a.w delapan rakaat, dalam pada itu terdapat juga  disabdakan baginda ialah dua belas rakaat ( 2 rakaat degan  1 salam ); apa pun kalau tidak berdaya mengerjakan semua. jangan pula ditinggalkan   semuanya.
( Sebahagiannya dirujuk dari Kitab Fikih Sunnah ms.64 -69 )
 Wallahu aklam.

 

Sehingga berjumpa lagi ....Wassalam.

Wednesday, September 12, 2012

Kumpulan Nasyid UNIC di Rumah Terbuka - video.

Salam semua.

Beri laluan untuk iklan sebentar.



Monday, September 10, 2012

Rumah Terbuka Sempena 'Aidil Fitri 1433H -Video

Salam semua.

Beri laluan utk iklan sebentar.
______________________________









Saturday, September 8, 2012

Informasi melalui gambar untuk bakal Haji (2)

Beri laluan untuk iklan sebentar.

Hubungi : 012 - 6100177


 $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Paparan gambar-gambar ini adalah sambungan informasi yang telah lalu.
Pada keseluruhannya layanan bahagian penyedia/pembekal  makanan terhadap bakal Haji adalah baik dan tidak menimbulkan apa-apa masalah ketika di hotel.
Pihak Tabung Haji membawa bakal Haji melawat ke beberapa lokasi  yang sesuai  untuk menambahkan pengetahuan mereka terutamanya melawat Mina dan Padang Arafah, juga Jabal Rahmah.

Sekian...Wallahu aklam.