Tuesday, September 8, 2009

Masih teringat Allahyarham Pak Wan Musa.

Image Hosting by Picoodle.com

Bangkit, bangkit, bangkit Sok.

__________________

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Pagi ini entah macam mana sekali lagi saya teringat Allahyarham Pak Wan Musa jiran semasa saya sekeluarga tinggal di Taman Rakyat, Jalan Sultanah. Alor Setar. Kedah. beberapa tahun dahulu. Pak Wan Musa seorang yang peramah walaupun kelihatan wajahnya agak serius, suka menolong orang, berpakaian kemas, bajunya sentiasa bersih dan licin seperti baru lepas digosok atau diseterikakan, keadaan ini memang dia beristiqamah, jarang kelihatan selekeh atau comot, entah mengapa beliau sangat menghormati saya dan sangat baik dengan keluarga saya, Sudah pasti saya menghormatinya kerana beliau lebih tua dan orang lama di situ, Suasana itu menjadikan perhubungan silaturrahim kami sangat rapat.
Beliau bersolat di surau setiap hari dan bertindak sebagai siak surau secara sekarela.beliau juga menjadi salah seorang orang harapan di surau tersebut.

Pak Wan Musa juga sangat suka makan durian, saya selalu juga membeli durian dan sebahagiannya diberikan kepada keluarga beliau, usia beliau agaknya antara 60 - 70an ketika itu .

Keistimewaan Pak Wan Musa.
Pak Wan Musa mempunyai beberapa keistimewaan yang tidak dapat dilupakan oleh jiran-jiran dan kekawannya, saya memang kagum dengan sifat istiqamahnya dalam menabur bakti kepada orang -orang yang meminta khidmatnya.

Pak Wan Musa mempunyai senarai panjang nombor-nombor telefon kekawannya yang meminta pertolongan dan perkhidmatannya yang amat ikhlas itu bukan sahaja penduduk Taman Rakyat bahkan sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan. Pada setiap pagi sebelum Subuh Pak Wan Musa akan menefon semua orang yang berdaftar nombor telefon dengannya untuk kejutkan mereka, Pak Wan cuma mendailkan sahaja tanpa bercakap setelah berdering sebanyak tiga kali, beliau akan mendailkan giliran seterusnya pula sehingga selesai nombor di dalam senarainya. ( Pada ketika ini belum ramai menggunakan telefon bimbit ).

Setelah selesai telefon Pak Wan keluar rumahnya pula dengan mengayuh basikal meronda Taman Rakyat mengejutkan jiran-jiran pula. tugas ini dibuatnya setiap hari dan istiqamah sehinggalah beliau jatuh sakit dan meninggal dunia.
( Al.Fatihah ).

Begitu juga dalam bulan Ramadan, beliau akan bangun antara jam 4.30 - 5.00 pagi mengejutkan jiran-jiran untuk bangun membuat persediaan bersahur, beliau membunyikan locengnya sambil melaungkan " bangkit. bangkit, bangkit sok " dengan suara yang lantang. Dalam hal seperti ini saya sangat kagum dan hormat kepada sesiapa sahaja yang mampu berbuat demikian, sekiranya dilakukan sekali sekala mungkin ramai di antara kita mampu melakukannya tetapi ini dilakukan dalam jangka masa beberapa tahun secara istiqamah sehingga akhir hayatnya.

___________________________

Jangan bimbang Pak Wan kerana Pak Wan ada habuannya.

Firman Allah bermaksud;
"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.
Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula".
Surah Az.Zalzilah ( 7 - 8 ).
________________________

Pulau Pandan jauh ke tengah.
Gunung Daik bercabang tiga.
Hancur badan dikandung tanah.
Budi baik dikenang jua.

&&&&&&&&&&&&

Demikianlah jasa Pak Wan Musa kepada kami, semoga Pak Wan Musa dan isterinya mendapat keampunan Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

" TERIMA KASIH PAK WAN "

#####





#####


Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

4 comments:

izan said...

Assalamualaikum Leenoh,

Salam Ramadhan yang ke 16 :)

Leenoh said...

Waalaikumussalam Izan.

Alhamdulillah, Allah telah memberi anda keringan berpuasa dan berpuasa dalam keadaan bersahaja sehingga tidak menyedari bahawa anda sebenarnya telah berpuasa lebih daripada 16 hari kerana hari ini adalah hari yang ke 18....hehehe.

Selamat Berpuasa, semoga sihat walafiat dan dapat berpuasa dengan sempurna.

Nl said...

salam pak ngah ...

saya pun masih ingat cerita dia yang
pak ngah dah buat n3 dulu...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Ya. Ini siaran ulangan macam RTM juga, nak sesuaikan dengan biah Ramadan.he3