Sunday, September 6, 2009

Mengah panjat anak tangga masjid.

Malam tadi saya ke masjid Sultan Abd.Aziz. Shah Alam untuk bersolat Isyak dan terawih di sana. Jam 8.16 malam bertolak dari rumah setelah bergerak lebih kurang 0.5 km dari rumah baru disedari bahawa jam di dalam kereta itu memang terlambat lima minit daripada masa sebenar waktu Malaysia, maka kereta dipecut lebih laju takut nanti terlewat, memang saya pandu yang amat laju sehingga tayar belakang tidak sempat mengejar tayar depan sehinggalah sampai di lokasi....hehehe...... lawak bodoh ja. lawak-lawakpun yang sebenarnya memang laju juga, walaupun laju saya terlewat juga.


Sebaik sahaja sampai kedengaran bunyi iqamah, saya pun cepat-cepat berlari-lari anak supaya sempat bersolat empat rakaat bersama imam, tempat saya letak kereta itu agak jauh juga kerana tempat yang lebih dekat telahpun penuh.Saya ikut sahaja arahan pengawal yang sedia menunggu di kawasan letak kereta untuk membantu orang ramai yang berpusu-pusu datang ke masjid Shah Alam yang indah ini.

Setelah saya berlari-lari anak dan memotong beberapa orang yang mengambil keputusan dengan berjalan laju sahaja saya terasa mengah, akhirnya saya pun menukar rentak dengan berjalan laju pula sebaik sahaja sampai di hadapan tangga kedengaran Tok Imam pun takbir untuk rukuk, saya masih bergerak laju ketika naik tangga walaupun rasa mengah, ramai juga yang sedang memanpanjat tangga, di antara yang ramai itu salah seorang daripada mereka memandang dan senyum kepada saya, agaknya melihat saya berkejan-kejan mendapatkan imam kot. Dia naik tangga selamba sahaja, mungkin dia tidak sanggup hendak bergopoh gapah kot, saya pun beralih kepadanya dan menyatakan " mengah" beliau senyum, agaknya beliau terfikir di dalam hati bersendirian" mana tak mengah, tadi kan makan banyak ketika berbuka" dan beliaupun tidak menjawab agaknya tidak mahu mengubah dan mengganggu rentak kelajuan saya itu atau sedang asyik mendengar bacaan tok imam atau masa untuk berbalas cakap sudah tidak sesuai lagi, masing-masing tertumpu pada bacaan imam walaupun di luar solat.

Setelah selesai memanjat berpuluh-puluh anak tangga itu, rupa-rupanya masih jauh lagi nak kena berjalan, kawasan ini tidak boleh lagi berlari-lari anak kerana lantainya licin, di kawasan ini agak sebok kerana ramai juga yang terlewat dan bertembung pula dengan mereka yang naik menggunakan tangga di sebelah kanan, lelaki hendak ke depan manakala jamaah perempuan pula hendak ke kawasan mereka di saf belakang, kena betul-betul berhati-hati takut nanti bertembung dengan orang perempuan - " jadi kes naya nanti - bukan dapat pahala, silap-silap dapat pelempang. hahaha"
.


Alhamdulillah tak berlaku apa-apa pertembungan fizikal, cuma dok bimbang-bimbang takut berlaku sahaja, saya sampai di saf jamaah dengan selamat pada ketika Tok Imam sedang membaca ayat untuk rakaat yang kedua. suara Tok Imam seperti Imam di Masjid Makkah sungguh mengkhusyukkan, terasa kerugian kerana hanya sempat tiga rakaat sahaja bersama imam dan satu rakaat lagi sudah tentulah kena bangun dan menyempurnakannya secara bersendirian. Apapun saya masih bersyukur kerana solat terawih dapat bersolat dengan sempurna mengikut Imam iaitu 20 rakaat dan tiga rakaat solat witri ( witir) dengan dua salam.

Semasa saya memberi salam solat Isyak kedengaran di belakang sana suara bacaan ayat al.Quran yang agak kuat juga. rupa-rupanya mereka itu betul-betul lewat sehingga tidak sempat satu rakaatpun bersama imam oleh itu mereka terpaksa menunaikan Isyak secara berasingan dengan berimamkan imam yang lain iaitu di kalangan mereka yang datang lewat tadi. Demikianlah meriahnya masjid Shah Alam ini. Sayangnya ketika saya di masjid saya tidak bertemu seorangpun baik lelaki mahupun perempuan yang saya kenal, kalau ke masjid qariah saya sendiri tentu ramailah orang yang dapat saya berborak-borak dengan mereka selepas solat terawih dan makan jamuan more ( jamuan selepas solat terawih) sekali.

Ramai juga yang menyempurnakan solat sunat Terawih setakat lapan rakaat sahaja kemudian mereka pun keluar meninggalkan saf dan imam ketika itu terpaksalah mereka yang hendak mengikut imam dengan sempurna terpaksa bergegas ke saf depan yang dikosongkan untuk menyempurna tuntutan saf, saya sendiri dari saf tengah terpaksa pula bergerak ke hadapan sehingga ke saf yang ke dua, kali ini saya bernasib baik kerana tempat duduk bertentangan dengan kipas, rasa sangat nyaman dan bersolatpun semakin khusyuk dan suara bacaan imampun semakin jelas.

Saya tidak pasti mereka yang keluar selepas lapan rakaat itu sama ada mereka keletihan atau mempercayai bahawa solat lapan rakaat itu lebih afdal, kalau imampun solat lapan rakaat maka tiada apa yang cacat lagi kerana mengikut imam dengan sempurna, pada saya tidak afdal keluar selepas lapan rakaat sedang imam masih meneruskan solat rakaat yang berikutnya kerana perbuatan itu menggambarkan kita tidak patuh sepenuhnya kepada imam, solat yang mendapat pahala sempurna ialah solat yang sempurna ditunaikan bersama imam, jika keluar sebelum imam menyempurnakan solatnya bermakna kita juga tidak menunaikan solat sunat witri bersama imam, kalau balik ke rumah dan langsung tidak menyempurnakannya solat witri tentulah lagi berkurangan fadilatnya.

Di antara adab ke masjid makmum disunatkan datang awal dan balik kemudian daripada imam, manakala imam pula disunatkan datang kemudian dan balik dahulu daripada makmum. Keadaan tadi makmum balik jauh lebih awal daripada imam. Apapun kalau kerana keletihan terpaksalah diterima seadanya, kalau tidak buat semua tidak pula mereka buang semuanya. Mereka masih mendapat kebaikannya.

Nampaknya pihak pengurusan masjid ini sangat prihatin dan bertindak secara proaktif untuk kemudahan ahli jamaahnya, mereka menyediakan tempat menjaga atau mengasuh anak-anak untuk memberi peluang kepada ibu-ibu mengerjakan solat yang agak panjang masanya itu, perkhidmatan ini ditawarkan sehingga jam 11. 00 malam. Dulu ada ura-ura di jabatan kerajaan hendak mengadakan tempat asuhan kanak-kanak untuk kakitangannya tetapi sehingga saya bersara belum lagi menjadi kenyataan, sepatutnya perkara baik hendaklah dicepat-cepatkan supaya ianya menjadi lebih baik dan perkara jahat hendaklah dilambat-lambatkan supaya ianya tidak akan berlaku, agaknya kaedah ini tidak digunapakai atau mungkin juga usaha itu terdapat halangannya yang tertentu.

Kemudahan lain yang disediakan ialah mereka menyediakan pasukan perkhidmatan rawatan dan ambulan, pasukan ini bersedia untuk memberi bantuan segera kepada mereka yang mungkin tiba-tiba berlaku serangan terhadap kesihatan yang di luar jangkaan mereka yang terlibat. Selain daripada itu terdapat beberapa gerai jualan untuk kemudahan mereka yang sebok pada waktu siang membeli barang-barang keperluan terutamanya pakaian Hari Raya.

Saya sengaja menceritakan hal ini bukan semata-mata ingin menceritakan hal diri sendiri untuk dikenali dan merapatkan silaturrahim melalui alam maya ini tetapi selain daripada itu untuk kekawan saya yang tinggal di luar Shah Alam , mereka mungkin ingin mengetahui aktiviti saudara mereka di Shah Alam ini. Bagi mereka yang tinggal di Shah Alam , mungkin tidak perlu membaca cerita ini kerana mereka sendiri boleh datang ke sini dan mengalaminya sendiri.

Sekadar cerita santai di pagi Ramadan hari ke- 16.

Klik: sambung baca.




Sekian. Wassalam.

8 comments:

KUNTONG said...

seingat saya, saya baru 2 kali masuk ke masjid ini. memang teringin juga utk berterawih di masjid ini. mungkin di masa-masa hadapan. Insaallah.

Leenoh said...

Salam Sdr.Kuntong.

Selamat Berpuasa.Semoga sihat sekeluarga.

Baik juga kalau kebetulan kita bersolat di banyak masjid, sekurang-kurangnya dia menjadi saksi terhadap ibadat kita nanti.
Yang pasti saya sudah bersolat di Masjid Mampan, masih ingat lagi suasananya.

Prof Azie said...

Sungguh beruntung dapat ke masjid untik menunaikan solat terawih..saya hanya buat sendiri di rumah disebabkan anak masih kecil (7 bulan)..nanti kecoh pula masjid..

Leenoh said...

Salam Prof Azie.
Selamat berpuasa. orang perempuan mendapat pahala yang sama walaupun buat di rumah, memangpun tempat ibadat mereka afdal di rumah.
Saya terlupa nak catatkan dalam cerita saya tu iaitu di masjid negeri ini, pihak masjid menyediakan penjaga untuk menjaga kanak-kanak sehingga pukul 11.00 mlm, di sana juga ada disediakan pasukan ambulan.
Alhamdulillah anda sihat dan masih dapat buat iabadat. malam ini malam nuzul al.Quran.

Abeli Rosli said...

Assalamualaikom abag leenoh.. agar sejahtera di bulan ramadan ni...tkasih mencemar duli menatap blog abeli yg entah apa-apa tu... Dalam artikal ni.. semuanya best... tapi.. bab drive kete laju tu yang kelakar sikit...tapi kan bila kita ingat balik.. masa abeli drive kete pegi ke kelantan konvoi..dgn adik abeli... abeli drive 100-120km/j.. adik abeli..drive slow sikit..80-100km/j.. bila abeli berheti di petrol pam..tak smpai 5minit.. adik abeli sampai..tak jauh masa sampainya..kan.. sekiranya semasa kita drive laju.. tetiba..je sesuatu melintas.. mcm mana.. agaknya.. kerana kita nak kejar masa tak sampai 5minit..kita kehilangan apa yang kita sayang dgn sekelip mata... sedihkannnn...
ishk..ishk...ishk...waaaaaa...waaa

Nl said...

salam pak ngah...

kesian pak ngah terpaksa lari2 anak
hehehee...

lainkali bawa motor... senag nak perking huhuhuuhu

Leenoh said...

Salam RMY-Abelitokjoro.

Selamat Berpuasa. semoga sihat dan dapat berpuasa dgn sempurna.
Suatu nasihat yang baik dan pandangan yang positif, elok dibawa berfikir mengenainya.
Saya pun biasa juga memandu dari Kedah ke Kelantan dan selalu ke Terangganu (dulu).

Antara Pengkalan Hulu ke Kelantan ( Jeli ) kita akan lalui ratusan jalan yang bengkok-bengkak, kalau tak hati-hati nasib tidak baik akan terjun ke dalam gaung atau langgar kumpulan gajah terutamanya waktu malam.
Insya Allah selagi kita ingat Allah semasa memandu kita akan selamat.

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Pak Ngah takde motor, nampaknya nak kena beli satu, yang boleh up punya hahaha.

Macam mana Naqeeb sihat ke?. semoga sihat dan dapat berpuasa dgn sempurna. hari ni dah hari yang ke-17, begitulah lajunya masa berjalan, dia tidak akan menunggu kita, kita sakitpun dia berjalan, kita sihatpun dia terus berjalan meninggalkan kita dan tidak akan berpatah balik lagi.

Ramadan tahun hadapan belum tentu kita bersamanya atau dia telah meninggalkan kita.
Semoga kita akan mendapat lailatul qadr.