Tuesday, September 8, 2009

Aku belum kenal diriku sepenuhnya.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Malam tadi dan malam ini aku tidak ke surau atau ke masjid aku hanya bersolat Isyak dan Terawih bersendirian di rumah kerana kesihatanku ada sedikit ganguan. Gangguan ini sudah menjadi lumrah pada diriku, kepalaku sakit tetapi sakit bukanlah berdenyut-denyut. cuma rasa panas di kepala, dua malam lepas sedang aku mengimamkan solat Isyak kepalaku berdengung dan lidahku tersasul lagi, aku terpaksa tukar rentak untuk memujuk kepalaku supaya mengurangkan dengungnya itu, aku dengar semacam ada orang menegurku di belakang tetapi suaranya tidak jelas kerana dihalangkan oleh suara halus telingaku yang berdengung itu, akhirnya bila dengungannya reda kuulang baca semula ayat tersebut, akhirnya berjaya dibereskan dengan baik adanya. hahaha.

Punca gangguan ini memang sudah kuduga dan kukenalpasti, sebab ini bukan pertama kali sebaliknya telah berpengalaman dan pakar dalam hal seperti ini hehehe.....bergurau ye... kan Nabi Muhammad.s.a.w. telah berpesan kepada umatnya bahawa punca penyakit adalah dari perut, maknanya berpunca daripada makanan yang kita makan, sama ada makan banyak, sidikit, panas atau sejuk, pendek kata pengambilannya tidak bersifat sederhana. sebaik-baik pekerjaan ialah sederhana sedangkan aku makan terlebih daging, daging kambing pulak tu dan banyak lagi makanan pedas, sedangkan badanku dan kesihatanku tidak sesuai dengan makanan pedas ni.Tapi mulut lidahku pulak sangat gemar dengan makanan pedas, nampaknya kumiliki sesuatu yang bertentangan di dalam diri berkaitan dengan juadah makanan sebab itulah selalu berlaku perang saudara di dalam badanku, kalau aku selalu beringat perkara ini tidak akan berlaku.

Memanglah sejak puluhan tahun dahulu sepanjang bulan Ramadan seperti ini seleraku tidak terjejas malah ianya semakin bertambah, kalau tidak beringat badanku semakin naik kilo, puasaku juga tidak terjejas, sedang sakit kepala aku masih berselera makan. selera inilah agaknya yang membawa penyakit kepadaku, itulah, apapun kena sederhana sahaja. Inilah yang dikatakan cakap tidak serupa bikin, memang senang masak kari dengan mulut tetapi kalau pergi masak betul-betul, mungkin kari itu tidak menjadi. Pandai menasihati orang lain tetapi diri sendiri tidak pula dapat diuruskan dengan baik. itulah manusia sentiasa ada kelemahan dan kekurangan. Aku tidak terkecuali.

Selama dua hari ini terutamanya, aku kenalah kembali makan makanan yang berasaskan ikan dan sayuran, makanan yang berasaskan cili dan rempah terpaksa ditinggalkan buat sementara waktu. Aku kena kontrol tanganku supaya tidak merayap ke mangkuk yang terisi gulai, masak lemak cili api dan makanan yang berasaskan rempah dan cili, sekurang-kurangnya buat beberapa hari lagi setiap kali waktu berbuka puasa dan bersahur.

Walaupun kepalaku ada gangguan, dalam pada itu aku masih menulis entri di blog ini, tajuk yang kutulis semasa kepalaku sedang bengang dan tidak lena tidur ialah

dan

Pada masa aku bengang tu aku masih lancar berfikir tetapi aku tidak dapat mengeluarkan apa yang telah aku hafaz atau aku tidak dapat menghafaz dengan baik, pelik jugak ya. aku tidak faham diriku ini. Allah Yang Maha Mengetahui. adanya.

Malam ini aku masih berihat di rumah dan bersolat Isyak dan Terawih di rumah. Tindakan ini supaya badanku tidak terlalu aktif, kalau aktif badan akan menjadi panas dan kepala juga akan turut panas jika keadaan ini berlaku takut nanti tidur akan terjejas, bila tidurnya terjejas sakit kepala akan berlaku lagi, hehehe sudah ada pengalaman.

Demikianlah Allah menjadikan manusia itu tidak sama, walaupun dua beradik kembar, dua beradik kembar cuma kelihatan macam sama tetapi tidak sama apabila kita melihat mereka sedang berada berdekatan di antara satu sama lain. kita kata sama kerana kita memiliki kekuatan ingatan dan pemgamatan yang tidak seratus peratus. Kita hanya mampu melihat perbezaan yang kasar sahaja.

Walaupun aku telah menceritakan banyak perkara tentang diriku tetapi hakikatnya aku belum kenal diriku sepenuhnya, demikianlah lemahnya diriku ini dan begitulah juga manusia lain mereka sebenarnya belum mengenali diri mereka sepenuhnya. cuba senaraikan berapa tumpok tahi lalat yang anda ada, senaraikan juga jumlah helaian rambut yang berada di atas kepala, senaraikan juga jumlah sama ada dalam kilo atau gantang beras yang telah anda makan dan banyak lagi kalau hendak disenaraikan tidak tersenarai, tidak mampu mengiranya, yakinlah bahawa kita tidak mampu menceritakan sepenuhnya tentang diri kita, berlebih-lebih lagi mengenai orang lain.

Ok . setakat ini dulu sebab nak bersolat Terawih pula, setahun sekalilah katakan, mana tahu malam ini malam " Lailatul Qadr".

Sekian. Wassalam.

5 comments:

Leenoh said...

Belum ada ulasan sehigga tarikh ini.

Temuk said...

Salam Leenoh
Berasaskan apa yang Nabi Muhammad kita kata, sakit di kepala mungkin juga kerana "perut yang puasa siang harinya" + kita isi pula si perut dgn sesuatu & dgn cara, kuantiti, dan pada masa yg tertentu. Semoga pening tak datang lagi & dapat terus mengimamkan tarawih sehingga akhir Ramadhan.

buNga said...

ooo patutlah x nmpk p.Ngah.. kena serangan sakit kpala upenye.. hehe.. dulu last year ms bln posa Jmr yg kena sakit kpala... sampai rase nak pecah dia kate.. gara2 dia x mo amik air manis...

doc kate bdn kurang gule pun leh wat sakit kpale yg teruk camtuh.. tp kalo terlebih gula pun bhy gak.. semuanye kena SEDANG2 saje

Leenoh said...

Salam Temuk.

Saya memang pakar sakit kepala sejak muda dulu hehehe.
Memang sah Temuk kata tu, kerana perut. saya makan benda-benda yang pedas dan makanan yang menyebabkan panas badan.
Insya Allah malam esok saya akan ke surau.

Leenoh said...

Salam bunga.
Dah dua hari Pak Ngah berkhemah dalam bilik bersama laptop.
Boleh kalau nak keluarpun tapi nanti lambat baik, jadi baiklah Pah Ngah berehat.