Wednesday, September 16, 2009

Bersediakah kita untuk berpuasa Sunat Syawal - 1430H

Seronoknya berbuka puasa.

"Puasa itu adalah perisai yang dengannya seorang hamba terlindung dari panahan api neraka dan puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya."
(Hadis Qudsi riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Jabir bin Abdillah r.a.)

@@@@@@@@@@@@

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Hari ini puasa kita telah tiba giliran hari yang ke-26. Ramai berasakan masa itu berjalan begitu pantas dan amat laju sekali. Siapakah yang ada kekuatan untuk menahannya tentu tiada siapa yang mampu berbuat demikian kerana itu adalah perancangan Allah. Masa akan berlalu dengan berbagai peristiwa suka dan duka, manis dan pahit yang dialami oleh berbagai jenis manusia.

Diharap peristiwa Ramadan pada tahun ini yang telah berlalu sebahagian besarnya dan beberapa hari lagi akan berlalu sepenuhnya akan meninggalkan kenangan yang manis kepada kita, Semoga kelebihan Lailatul Qadar itu kita mendapatnya tanpa disedari di dunia ini tetapi diisytiharkan di akhirat nanti bahawa kita mendapatnya, betapa kita sangat mengharapkannya kerana pahalanya sangat besar sehingga menyamai amalan 83.33 tahun,
kalaulah seumur hidup kita mendapatnya beberapa kali sudah tentulah amalan kita
melebihi usia kita
yang sebenar.

Betapa bahagianya kita setelah mendapat Lailatul Qadar disambung pula dengan berpuasa pada 2hb.Syawal sehingga 7hb.Syawal atau sekurang-kurangnya 6 hari di dalam bulan Syawal walaupun tidak berturut-turut, asalkan berpuasa 6 hari sebelum berakhirnya bulan Syawal - Amalan seperti ini pula diibaratkan seolah-olah kita berpuasa sepanjang tahun. ( 1hb.Syawal diharamkan berpuasa, sebaliknya diperintahkan untuk berhari raya dengan mengutamakan solat sunat Aidil Fitri dan bertakbir sebelum mendirikan solat tersebut ).

Marilah kita sama-sama bertekad untuk menyempurnakannya, tepuklah dada tanyalah iman, sama ada bersediakah kita untuk berpuasa sunat Syawal atau sebaliknya.

Tanya dan bisiklah hati , pujuklah dia, mungkin akal dan hati ingin melakukannya.

Tentu sekali badanpun akan sanggup bersusah payah untuknya kerana badan telah melalui latihan di Institusi Ramadan selama sebulan. Katakanlah kepada hati. Wahai hati dan badan marilah kita bersuka-suka pula ketika berbuka puasa Syawal, tentunya ada kelainan berbanding dengan berbuka puasa Ramadan. Marilah kita rasai kelainan itu, kelainannya ibarat kita berpuasa tambah lagi 11 bulan untuk mencukupkan setahun. Betapa Pemurah dan Penyayangnya Allah kepada hamba-Nya yang taat. Dengan tambahan 6 hari sahaja dalam bulan Syawal selepas Ramadan dikurniakan-Nya seolah-olah kita berpuasa setahun.

.......

Klik- Sepandai-pandai tupai melompat.....

Mungkin anda ingin mengetahuinya.

.......


Sekian.Selamat Berpuasa. Wassalam.


2 comments:

Mak Su said...

insyallah akan cuba, saya ni lembik :(

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Sama-samlah kita berdoa supaya kita mampu berpuasa lagi.Insya Allah.